Michael Caine

Pelakon dan pengarang Inggeris

Sir Michael Caine CBE (/kn/; lahir Maurice Joseph Micklewhite; 14 Mac 1933), ialah seorang pelakon dan pengarang Inggeris. Caine telah muncul dalam lebih 115 filem dan dianggap sebagai ikon filem British.

Sir

Michael Caine

Caine pada tahun 2012
Kelahiran
Maurice Joseph Micklewhite

(1933-03-14) 14 Mac 1933 (umur 91)[1]
Rotherhithe, Surrey, England
WarganegaraBritish
PekerjaanPelakon, pengarang
Tahun aktif1950–sekarang
PasanganPatricia Haines (k. 1955; c. 1962)
Shakira Baksh (k. 1973)
Anak-anakDominique Caine (l. 1956)
Natasha Caine (l. 1973)
KeluargaStanley Caine
(adik)
Laman web rasmiwww.michaelcaine.com

Beliau mula terkenal pada era 1960an dengan membintangi beberapa filem British termasuk Zulu (1964), The Ipcress File (1965), Alfie (1966) dimana beliau dicalonkan untuk satu Anugerah Akademi, The Italian Job (1969) dan Battle of Britain (1969). Perananya yang paling terkenal pada era 1970an adalah dalam Get Carter (1971), The Last Valley, Sleuth (1972) dimana beliau mendapatkan pencalonan Anugerah Akademi keduanya, The Man Who Would Be King (1975) dan A Bridge Too Far (1977). Beliau mendapat pujian kritis terbaiknya pada era 1980an menerusi filem Educating Rita (1983) mendapatkan beliau Anugerah BAFTA dan Golden Globe untuk Pelakon Lelaki Terbaik. Pada tahun 1986, beliau menerima Anugerah Akademi bagi kategori Pelakon Lelaki Sokongan Terbaik untuk peranannya dalam Hannah and Her Sisters.

Caine melakonkan watak Ebenezer Scrooge dalam The Muppet Christmas Carol (1992). Selepas boleh dikatakan telah bersara daripada berlakon dalam skrin besar, beliau menikmati kebangkitan semula kerjayanya pada lewat era 1990an, menerima Anugerah Golden Globe kedua untuk lakonannya dalam Award Little Voice pada tahun 1998 dan menerima Anugerah Akademi kedua bagi kategori Pelakon Lelaki Sokongan Terbaik untuk lakonan dalam The Cider House Rules pada tahun berikutnya. Caine melakonkan watak Nigel Powers dalam Austin Powers in Goldmember dan Alfred Pennyworth dalam siri filem Batman oleh Christopher Nolan. Beliau kemudiannya muncul dalam beberap lagi filem Nolan termasuk The Prestige (2006), Inception (2010) dan Interstellar (2014). Beliau juga muncul sebagai peranan sokongan dalam Children of Men dan Cars 2. Sehingga tahun 2015, filem-filem yang dibintanginya telah mengutip lebih daripada $7.4 bilion di seluruh dunia.[2]

Kehidupan awal

Sebuah plag biru digantung pada tahun 2003 menandakan tempat lahir Caine di Hospital St Olave

Caine dilahirkan di Hospital St Olave, Rotherhithe, Surrey,[3][4] anak lelaki kepada Maurice Joseph Micklewhite (1899-1957) dan Ellen Frances Marie (née Burchell; 1900–1989).[5] Bapa beliau berketurunan Ireland dan merupakan penganut Katolik. Beliau dibesarkan sebagai Protestan.[6]

Caine mempunyai seorang adik, Stanley Micklewhite (1936–2013). Caine membesar di Southwark, London dan semasa Perang Dunia Kedua, beliau telah dipindahkan ke Runcton Utara berdekatan King's Lynn di Norfolk.[7] Selepas perang, keluarganya ditempatkan semula di Marshall Gardens.

Pada tahun 1944, beliau mendapat biasiswa ke Sekolah Hackney Downs.[8] Selepas setahun, beliau berpindah ke Sekolah Grammar Wilson di Camberwell (sekarang Sekolah Wilson di Wallington, London Selatan) dimana beliau meninggalkan sekolah itu ketika berumur enam belas tahun selepas mendapta sijil sekolah dalam enam mata pelajaran. Beliau kemudiannya bekerja sektika sebagai kerani untuk syarikat filem di Victoria Street dan untuk penerbit filem, Jay Lewis di Wardour Street.[9]

Bermula 28 April 1952, beliau dipanggil untuk melaksanakan khidmat negara sehingga tahun 1954, beliau pernah berkhidmat semasa Perang Korea.

Karier

1950an

Karier lakonan Caine' bermula ketika berumur 20 tahun di Horsham, Sussex apabila memberi jawapan terhadap sebuah iklan di The Stage untuk pembantu pengurus pentas yang juga akan melakonkan peranan kecil untuk Horsham-based Westminster Repertory Company yang berlakon di Teater Carfax Electric.[10] Menggunakan nama pentas "Michael Scott" pada bulan Julai 1953, beliau telah diberikan watak pemabuk Hindley dalam produksi Wuthering Heights.[11] Beliau berpindah ke Lowestoft Repertory Company di Suffolk selama setahun apabila beliau berumur 22 tahun. Ia merupakan di sini beliau berjumpa dengan isteri pertamanya.[12]

Apabila karier membawanya ke London pada tahun 1954, agennya memberitahu beliau bahawa sudah terdapat Michael Scott yang berlakon di London dan beliau perlu mencari nama baru dengan segera. Bercakap dengan agennya menerusi sebuah telefon awam di Leicester Square, London, beliau melihat sekelilingnya untuk mencari inspirasi dan terlihat The Caine Mutiny sedang ditayangkan di Sinema Odeon pada tahun 1954 dan mengambil keputusan untuk menukar namanya kepada "Michael Caine".

Peranan filem pertama Michael Caine adalah sebagai salah seorang tentera dalam filem 1956, A Hill in Korea. Bintang-bintang filem ini adalah George Baker, Stanley Baker, Harry Andrews dan Michael Medwin manakala Stephen Boyd, Ronald Lewis dan Robert Shaw juga mempunyai peranan kecil.

Beliau muncul denagn kerap di televisyen sebagai peranan kecil. Peranan pertamanya yang dikredit dalam BBC adalah 'Boudousse' dalam The Lark pada tahun 1956. Bahagian-bahagian lain termasuk tiga peranan dalam Dixon of Dock Green pada tahun 1957, 1958 dan 1959, siri Escape (1957), drama Mister Charlesworth dan The Caine Mutiny Court Martial (1958).

1960an

Michael Caine dalam Zulu (1964)

Caine terus untuk muncul dalam televisyen, dalam The Golden Girl dan No Wreath for the General tetapi kemudiannya dipilih untuk berlakon dalam lakonan pentas The Compartment. Ini disusuli dengan peranan utama dalam lakonan pentas lain termasuk Somewhere for the Night, Sunday-Night Play, The Playmates, dan dua edisi lakonan pentas BBC First Night, Funny Noises with Their Mouths dan The Way with Reggie. Beliau juga berlakon dalam lakonan radio termasuk Looking for Frankie (1963) dan Ping Pong (1964).Kejayaan besar untuk Caine datang apabila beliau dipilih untuk melakonkan watak Meff dalam Next Time I'll Sing To You.[13]

Apabila lakonan pentas ini berpindah ke Criterion, beliau dilawati oleh Stanley Baker, salah seorang bintang dalam filem pertama Caine, A Hill in Korea yang memberitahu beliau untuk watak tentera Cockney dalam filem Zulu. Baker memberitahu Caine untuk berjumpa pengarah, Cy Endfield yang memberitahu beliau bahawa watak itu telah diberi kepada James Booth. Endfield kemudiannya menawar beliau ujian skrin untuk watak pengawai kelas atasan. Walaupun kurang berjaya dalam ujian, Endfield memberinya watak itu yang kemudiannya menjadikan beliau bintang filem.[14] Lokasi pengambaran Zulu mengambil tempat di Natal, Afrika Selatan selama 14 minggu pada tahun 1963.[15][16][17]

Agen Caine kemudiannya mendapatkan beliau peranan dalam produksi BBC, Hamlet at Elsinore (1964) sebagai Horatio. Zulu kemudiannya disusuli dengan dua peranan terkenalnya: Harry Palmer dalam The Ipcress File (1965) dan Alfie Elkins dalam Alfie (1966). Beliau kemudiannya melakonkan watak Palmer dalam empat filem seterusnya, Funeral in Berlin (1966), Billion Dollar Brain (1967), Bullet to Beijing (1995) dan Midnight in Saint Petersburg (1995). Caine membuat filem pertamanya di Amerika Syarikat pada tahun 1966 dalam Gambit.

1970an

Michael Caine dalam Get Carter (1971)

Selepas mempunyai peranan dalam The Italian Job dan Battle of Britain (kedua-duanya pada tahun 1969), Caine melakonkan watak utama dalam Get Carter (1971). Caine kemudiannya mempunyai peranan dalam Sleuth (1972) dan The Man Who Would Be King (1975). Pada tahun 1976, beliau muncul dalam The Eagle Has Landed. Pada tahun 1978, beliau membintangi The Silver Bears. Caine juga mempunyai peranan dalam A Bridge Too Far (1977).

1980an

Caine mempunyai peranan dalam The Island (1980), The Hand (1981) dan The Jigsaw Man (1982), Educating Rita (1983), Hannah and Her Sisters (1986),[18] dan Dirty Rotten Scoundrels (1988). Beliau juga muncul dalam filem yang menerima ulasan teruk seperti Blame It on Rio, Water, Jaws: The Revenge (1987) dan Bullseye! (1990).

Filem-filem lainya yang mencapai kejayaan adalah California Suite, Dressed to Kill, Escape to Victory, Deathtrap dan Mona Lisa. Pada tahun 1987, Caine menyuarakan filem Hero, filem rasmi Piala Dunia FIFA 1986.[19] Beliau juga membintangi dalam Without a Clue, melakonkan watak Sherlock Holmes dan juga berlakon sebagai Chief Insp. Frederick Abberline dalam siri TV 1988, 'Jack the Ripper'.

1990an

Beliau melakonkan watak Mike dalam Mr. Destiny pada tahun 1990. Beliau mempunyai peranan sebagai Ebenezer Scrooge dalam filem yang menerima pujian kritis, The Muppet Christmas Carol (1992). Beliau mempunyai peranan sebagai Lloyd Fellowes dalam Noises Off (1992). Beliau juga melakonkan watak penjahat dalam filem Steven Seagal, On Deadly Ground (1994). Beliau berada dalam dua sekuel terus-ke-video Harry Palmer dan beberapa filem televisyen. Lakonannya dalam Little Voice (1998) membolehkan beliau memenangi Anugerah Golden Globe. Pernaan yang lebih baik menyusul dengan The Cider House Rules (1999) dimana beliau memenangi Anugerah Akademi untuk Pelakon Lelaki Sokongan Terbaik keduanya.[20]

2000an

Caine di London untuk pembukaan Eropah The Dark Knight, Julai 2008

Pada era 2000an, Caine muncul dalam Miss Congeniality (2000), Last Orders (2001), The Quiet American (2002) dan beberapa lagi. Beberapa filem klasik Caine telah dibuat semula termasuk The Italian Job, Get Carter, Alfie dan Sleuth. Dalam buatan semula tahun 2007 filem Sleuth, Caine mengambil alih peranan Laurence Olivier dalam versi 1972 manakala Jude Law melakonkan peranan asal Caine.

Caine juga membintangi Austin Powers in Goldmember (2002) sebagai bapa Austin dan pada tahun 2003, beliau membintangi bersama Robert Duvall dalam Secondhand Lions. Caine melakonkan watak Henry Lair dalam filem 2004, Around the Bend. Pada tahun 2005, beliau dipilih untuk watak Alfred Pennyworth dalam prduksi pertama siri baru filem Batman, Batman Begins. Pada tahun 2006, beliau muncul dalam Children of Men dan The Prestige. Pada tahun 2007, beliau muncul dalam Flawless, dan pada tahun 2008 dan 2012, beliau menyambung wataknya dalam sekuel Batman, The Dark Knight dan The Dark Knight Rises serta membintangi drama British, Is Anybody There?.

2010an

Caine (dua dari kanan) bersama barisan pelakon Inception pada 10 Julai 2010

Caine muncul dalam filem sains fiksyen, Inception sebagai Prof. Stephen Miles. Beliau menyuarakan watak Finn McMissile dalam filem 2011, Cars 2 dan juga menyuarakan peranan sokongan dalam filem animasi, Gnomeo & Juliet. Beliau juga membintangi filem 2012, Journey 2: The Mysterious Island bersama-sama Josh Hutcherson, Dwayne Johnson dan Vanessa Hudgens.

Caine menyambung wataknya sebagai Alfred Pennyworth dalam sekuel Batman, The Dark Knight Rises yang ditayangkan pada bulan Julai 2012. Pengambaran babaknya mengambil tempat di Wollaton Hall, Nottinghamshire. Beliau muncul dalam filem sains fiksyen 2014, Interstellar sebagai Dr. Brand.[21] Caine membintangi Kingsman: The Secret Service (2015), diarahkan oleh Matthew Vaughn.[22]

Kehidupan peribadi

Caine bersama Scarlett Johansson Konsert Hadiah Nobel Keamanan, Disember 2008

Beliau berkahwin dengan pelakon, Patricia Haines dari tahun 1955 sehingga 1962. Mereka mempunyai seorang anak perempuan, Dominique.[23] Beliau mempunyai hubungan dengan Bianca Jagger pada tahun 1968. Caine berkahwin dengan pelakon dan model, Shakira Baksh sejak 8 Januari 1973. Mereka mempunyai seorang anak perempuan, Natasha Haleema.[24][25]

Filmografi

Filem

TahunTajukPerananNota
1956Panic in the ParlourSailorTidak dikredit
1956A Hill in KoreaPrivate LockyerJuga bertajuk Hell in Korea
1957The Steel BayonetCaineTidak dikredit
1957How to Murder a Rich UncleGilrony
1958A Woman of MysteryMinor RoleTidak dikredit
1958Carve Her Name with PrideThirsty Prisoner on TrainTidak dikredit
1958The KeyBit partTidak dikredit
1958Blind SpotJohnny Brent
1958The Two-Headed SpyGestapo Agent
1958Passport to ShameBridegroomJuga bertajuk Room 43
1959Danger WithinPrisoner with Pin-Up[26]Tidak dikredit
1960Foxhole in CairoWeber[27][28][29]
1960The Bulldog BreedSailor in Cinema Fight[30]Tidak dikredit
1961The Day the Earth Caught FireCheckpoint Policeman[31]Tidak dikredit
1962Solo for SparrowPaddy Mooney
1963The Wrong Arm of the LawPolice Station PCUncredited[32]
1964ZuluLt. Gonville Bromhead
1965The Ipcress FileHarry Palmer
1966AlfieAlfie Elkins
1966The Wrong BoxMichael Finsbury
1966GambitHarry Tristan Dean
1966Funeral in BerlinHarry Palmer
1967Hurry SundownHenry Warren
1967Woman Times SevenHandsome StrangerSegmen: Show
1967Billion Dollar BrainHarry Palmer
1968DeadfallHenry Stuart Clarke
1968The MagusNicholas Urfe
1969The Italian JobCharlie Croker
1969Play DirtyCaptain Douglas
1969Battle of BritainSquadron Leader Canfield
1970Too Late the HeroPvt. Tosh Hearne
1970The Last ValleyThe Captain
1970Simon, SimonDiri sendiriFilem pendek
1971Get CarterJack Carter
1971KidnappedAlan Breck
1972Zee and Co.Robert Blakeley
1972PulpMickey King
1972SleuthMilo Tindle
1974The Black WindmillMaj. John Tarrant
1974The Marseille ContractJohn DerayDitayangkan di A.S. sebagai The Destructors
1975The Wilby ConspiracyJim Keogh
1975The Romantic EnglishwomanLewis Fielding
1975The Man Who Would Be KingPeachy Carnehan
1976PeeperLeslie C. Tucker
1976Harry and Walter Go to New YorkAdam Worth
1976The Eagle Has LandedCol. Kurt Steiner
1977A Bridge Too FarLt. Col. John Ormsby Evelyn Vandeleur
1978Silver BearsDoc Fletcher
1978The SwarmDr. Bradford Crane
1978California SuiteSidney Cochran
1979AshantiDr. David Linderby
1979Beyond the Poseidon AdventureCaptain Mike Turner
1980Dressed to KillDr Robert Elliott
1980The IslandBlair Maynard
1981The HandJonathan Lansdale
1981Escape to VictoryCaptain John Colby
1982DeathtrapSidney Bruhl
1983Educating RitaDr. Frank Bryant
1983The Honorary ConsulCharley Fortnum, Consul
1983The Jigsaw ManPhilip Kimberly
Sergei Kuzminsky
1984Blame It on RioMatthew Hollins
1985WaterGovernor Baxter Thwaites
1985The Holcroft CovenantNoel Holcroft
1986Hannah and Her SistersElliot
1986Sweet LibertyElliott James
1986Mona LisaMortwell
1986Half Moon StreetLord Sam Bulbeck
1986The Whistle BlowerFrank Jones
1987The Fourth ProtocolJohn PrestonJuga penerbit eksekutif
1987Jaws: The RevengeHoagie Newcombe
1987SurrenderSean Stein
1988Without a ClueSherlock Holmes
Reginald Kincaid
1988Dirty Rotten ScoundrelsLawrence Jamieson
1990A Shock to the SystemGraham Marshall
1990Mr. DestinyMike
Mr. Destiny
1990BullseyeSidney Lipton
Doctor Hicklar
1992Noises OffLloyd Fellowes
1992Blue IceHarry AndersJuga penerbit
1992The Muppet Christmas CarolEbenezer Scrooge
1994On Deadly GroundMichael Jennings
1994Then There Were GiantsJoseph Stalin
1995Bullet to BeijingHarry Palmer
1996Blood and WineVictor 'Vic' Spansky
1996Midnight in Saint PetersburgHarry Palmer
1998Shadow RunHaskell
1998Little VoiceRay Say
1999The Cider House RulesDr. Wilbur Larch
1999The Debtors
2000QuillsDr. Royer-Collard
2000ShinerBilly 'Shiner' Simpson
2000Get CarterCliff Brumby
2000Miss CongenialityVictor Melling
2001Last OrdersJack
2002Austin Powers in GoldmemberNigel Powers
2002The Quiet AmericanThomas Fowler
2003QuicksandJake Mellows
2003The ActorsO'Malley
2003Secondhand LionsGarth
2003The StatementPierre Brossard
2004Around the BendHenry Lair
2005Batman BeginsAlfred Pennyworth
2005BewitchedNigel Bigelow
2005The Weather ManRobert Spritzel
2006Children of MenJasper
2006The PrestigeJohn Cutter
2007FlawlessMr. Hobbs
2007SleuthAndrew Wyke
2008The Dark KnightAlfred Pennyworth
2008Is Anybody There?Clarence
2009Harry BrownHarry Brown
2010InceptionProfessor Stephen Miles
2011Gnomeo & JulietLord RedbrickSuara sahaja
2011Cars 2Finn McMissile
2012Journey 2: The Mysterious IslandAlexander Anderson
2012The Dark Knight RisesAlfred Pennyworth
2013Now You See MeArthur Tressler
2013Mr. Morgan's Last LoveMatthew Morgan
2014Stonehearst AsylumDr. Salt
2014InterstellarProfessor Brand
2015Kingsman: The Secret ServiceArthur/Chester King
2015YouthFred Ballinger
2015The Last Witch HunterFather Dolan
2016Going in StyleJoe
2016Now You See Me 2Arthur Tressler

Rujukan

Pautan luar