Menampar

Perbuatan menampar merujuk kepada memukul seseorang dengan tapak tangan yang terbuka.[1][2]

lelaki ditampar
John Wayne menampar Robert Stack dalam filem 1954, The High and the Mighty.

Penggunaan dan maksud

Tujuan tamparan selalunya untuk mengaibkan, lebih daripada mencederakan. Istilah Inggeris "a slap in the face" ialah frasa kiasan biasa, dan digunakan sejak akhir 1800-an, yang bermaksud untuk menegur, menolak atau menghina. [3]

Perkataan "tamparan" sering digunakan untuk merendah-rendahkan persepsi keganasan sesuatu perbuatan, walaupun perbuatan itu amat teruk. Seseorang mungkin memukul muka yang lain dan mencederakan mereka dengan teruk, tetapi apabila menyebutnya sebagai suatu tamparan, ia mungkin kelihatan kurang teruk, kerana tamparan sering dikaitkan dengan keganasan kecil.[4][5]

Aspek budaya

Menampar dipandang berbeza oleh budaya yang berbeza. Di banyak negara, seperti Iceland, menampar kanak-kanak dilihat sebagai satu bentuk penderaan fizikal dan adalah menyalahi undang-undang, manakala di negara lain seperti England, ia hanya dilihat oleh sebahagian ibu bapa sebagai penderaan, dan itupun secara sederhana.[6] Kajian India pada 1998 mendapati kadar penerimaan tinggi bagi suami untuk menampar isteri mereka, terutamanya dalam kalangan suami dan kelas pertengahan India.[7]

Dalam sesetengah budaya, apabila kanak-kanak perempuan datang haid buat kali pertama, ibu mereka sering menampar muka sebagai suatu tradisi budaya yang dianggap oleh sesetengah pihak menandakan kesukaran hidup sebagai seorang wanita.[8][9][10]

Di India, "tamparan penghinaan" ialah suatu gerakan politik yang digunakan untuk menyatakan ketidaksetujuan idea tokoh awam atau ahli politik tertentu. [11]

Penamparan turut wujud dalam bidang sukan. Dalam kejohanan bina badan Rusia, pertandingan menampar sering diadakan di antara peserta di mana pihak lawan berdiri di hadapan antara satu sama lain dan bertukar pukulan sehingga salah seorang akur atau tersingkir.[12] Perbuatan menampar merupakan antara teknik-teknik pukulan ada dalam sesetengah sukan seperti tinju, sumo (teknik harite) dan karate.

Rujukan