Mayangsari

Penyanyi dan pelakon wanita Indonesia

Agustina Mayangsari atau lebih dikenali sebagai Mayangsari (lahir di Purwokerto, Jawa Tengah, 23 Ogos 1971; umur 52 tahun) merupakan seorang penyanyi, dan pelakon Indonesia yang dikenali dengan lagunya seperti "Harus Malam Ini" dan "Tiada Lagi". Selain menyanyi, Mayangsari juga memiliki kemampuan nyinden atau menyanyikan lagu-lagu Jawa.

Mayangsari
Kelahiran
Agustina Mayangsari

(1971-08-23) 23 Ogos 1971 (umur 52)
Purwokerto, Jawa Tengah, Indonesia
WarganegaraIndonesia
PekerjaanPenyanyi, Pelakon
PasanganBambang Trihatmodjo (k. 2011)[1]
Anak-anak1
Kerjaya muzik
Syarikat rakaman

Darah seni diwarisi dari kedua ibu bapanya. Ayahnya, Ki Dalang Sugito Purbocarito, ialah dalang sedangkan ibunya, Larasatun yang memiliki nama panggilan Nyi Woro Cengkir Gading ialah pesinden.[2]

Mayangsari yang terkenal di era 1990-an membuat berita heboh pada tahun 2000-an kerana digosipkan dekat dengan putera mantan presiden RI Suharto, Bambang Trihatmodjo yang telah berkahwin dengan Halimah Agustina Kamil. Kemudian diketahui Mayangsari ternyata telah berkahwin siri dengan Bambang dan memiliki seorang puteri, Khirani Siti Hartina Trihatmodjo.

Kerjaya

Mayangsari mula dikenali sejak melempar album perdana bertajuk Gairah pada awal tahun 1990. Sayang, album perdananya itu kurang berjaya di pasar. Setahun kemudian, Mayangsari kembali menerbitkan album Selamat Malam Cinta, dan cukup meledak. Kemudian menyusul Pinta (1992), Agenda (1993), Biarkan Saja (1994), Rasa Cintaku (1995), Beri Kesempatan (1996), Harus Malam Ini (1997), Tiada Lagi (1998), dan Kusalah Menilai (1999).

Di tengah gosip kehidupan peribadi yang terus menerpa, Mayangsari menerbitkan album ke 13, Repackage (2005). Album tersebut berisi 12 tembang yang terdiri dari 10 lagu-lagu lawas dan dua tembang baru. Beberapa lagu lamanya ada yang dibiarkan utuh, ada pula yang diaransemen ulang. Sedangkan dua lagu baru adalah ciptaan Bebi Romeo, "Kembali Mencintaimu" dan "Mengertilah" karya Irwan Simanjuntak. Berbeza dengan album sebelumnya, kali ini Ia menangani sendiri lagu karyanya alias menjadi seorang penerbit.[3][4]

Diskografi

  • Gairah (1990)
  • Album Rock (1991)
  • Selamat Malam Cinta (1991)
  • Pinta (1992)
  • Agenda (1993)
  • Biarkan Saja (1994)
  • Rasa Cintaku (1995)
  • Beri Kesempatan (1996)
  • Harus Malam Ini (1997)
  • Tiada Lagi (1998)
  • Kusalah Menilai (1999)
  • Ijinkan (2000)
  • Repackage (2005)
  • Hanya Untukmu (2014)

Rujukan

Pautan luar

🔥 Top keywords: Laman UtamaAzahari HusinThe Hardest Singing ShowYang di-Pertua Negeri Pulau PinangKhas:CariNuh & NaylaDedaun Hijau Di Angin LaluPuteri KhareezaScha ElinneaHari AsyuraAepul RozaJazmy JumaHarissa AdlynnPasukan bola sepak kebangsaan SepanyolSenarai peribahasa (A–M)Leez RosliKhas:Perubahan terkiniTony EusoffYang di-Pertua NegeriNabi Muhammad SAWMandi wajibPutera MuhammadInna lillahi wa inna ilaihi raji'unUEFA Euro 2024Rina NoseDan Mimpi Pun BerguguranBawah BlokPiala Eropah UEFAPertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17Zizi KiranaYang di-Pertuan AgongLamine YamalBubur AsyuraMalaysiaNuha BahrinBunga SaljuKeladi tikusAnwar IbrahimPlat pendaftaran kenderaan Malaysia