Mat Sentol

Pelakon, pelawak dan pengarah Malaysia
(Dilencongkan dari Mat Sentul)

Mat Sentol atau nama sebenarnya Abdul Rasip Yahya (lahir 26 Julai 1933) ialah salah seorang pelakon di Cathay-Keris Film Productions, Singapura sekitar 1950-an ,1960-an dan 1970-an. Mat Sentol dahulunya dikenali suatu ketika dahulu menerusi filem arahannya yang turut dilakonkan olehnya sendiri kesinambungannya dengan setiap di awal tajuk filem itu dimulakan dengan perkataan Mat diambil sempena namanya.[2]

Mat Sentol
Gambar Mat Sentol pada poster filem Mat Tenggek.
Kelahiran
Abdul Rasip bin Yahya

(1933-07-26) 26 Julai 1933 (umur 90)[1]
Nama lainMat Sentol
Pekerjaan
  • Pelakon
  • pengarah
  • penulis
  • pelawak
Tahun aktif1956–1998
PasanganJamilah Kasri (berkahwin)
Anak-anak2

Kehidupan awal

Beliau dilahirkan pada 26 Julai 1933 di Muar, Johor.

Kerjaya

Beliau memulakan penglibatannya dalam kerjaya lakonan dengan memainkan watak tambahan dalam filem Hang Tuah arahan Phani Majumdar pada tahun 1956, sebagai Penari Istana Pahang.

Selain berlakon dan mengarah, dia juga berbakat dalam bidang animasi, penulis skrip drama dan filem, jurusolek artis dan penggunaan kesan khas yang mana beliau mencipta pelbagai teknik penggambaran dalam filem arahannya. Mat Sentol kini menetap di Johor Bahru bersama keluarganya menguruskan syarikat berkaitan pengiklanan filem.[3]

Filem terakhir lakonan beliau ialah Jibon pada tahun 1998 arahan Nahar Akhbar Khan.

Filemografi

Filem

TahunTajukDikreditkan sebagaiWatakCatatan
PelakonPengarah
1956Hang Tuah Penari Istana PahangFilem pertama, pelakon tambahan
1958Sumpah Pontianak Sentol
1959Mahsuri
1960Pak Pandir Moden
Noor Islam Tando
Tun Fatimah Askar Portugis
1961Siti Zubaidah
Yatim Mustapha Selamat
Jalak Lenteng Kadok
1963Tajul Ashikin Bujang
Gila Talak Pak Imam
Masuk Angin Keluar Asap Pak ImamPenampilan khas
1964Mat Tiga Suku MatFilem arahan pertama
Pontianak Gua Musang Maidin
1965Tiga Botak Mat
1966Dua Kali Lima Mat
Anak Dara Untong
1967Mat Bond Mat BondBeliau mengarahkan bersama M. Amin
Mat Raja Kapor Mat Bond / Mat Raja Kapor
1968Mat Lanun Mat
Si Murai Kancil
1969Mat Toyol Mat
1971Mat Karong Guni Mat
Mat Magic MatBeliau mengarahkan bersama John Calvert
1972Dara-Kula
1979Mat Tenggek Mat
Penagih Dadah
1985Mat Spy Mat Spy
1988Mama Mau Kahwin Filem arahan terakhir
1998Jibon AmatFilem terakhir

Iklan

Tajuk
Ding Dang
Tora Datang Lagi

Televisyen

TahunTajukPerananSaluran TV
2011Jangan Tidur LagiDirinya sendiri / tetamu undanganTV3

Anugerah dan pencalonan

TahunAnugerahKategoriKeputusan
2022Festival Filem Malaysia ke-32Anugerah Khas Seniman Sepanjang ZamanMenang

Rujukan

Pautan luar