Mastif Sepanyol

baka anjing dari Sepanyol

Mastif Sepanyol[a] ialah satu baka anjing dari Sepanyol yang pada asalnya dibiakbakakan untuk menjadi anjing pengawal yang tujuan khususnya adalah untuk menjadi anjing penjaga haiwan ternakan yang melindungi kawasan ternakan daripada serigala dan pemangsa lain.

Mastif Sepanyol
Nama lainMastif León
Mastif Extremadura
Negara asalSepanyol
Trait
Berat40–80 kilogram (88–176 lb)
TinggiJantanMelebihi 80 sentimeter (31 in)
BetinaMelebihi 75 sentimeter (30 in)
Anjing (Canis lupus familiaris)

Konteks sejarah

Seekor mastif Sepanyol brindle

Mastif Sepanyol disangkakan telah wujud selama beribu-ribu tahun. Mastif bekerja sebagai anjing penjaga haiwan ternakan apabila orang Rom tiba di Semenanjung Iberia.[1] Pada Zaman Pertengahan, anjing ini menemani kawanan biri-biri dan kambing yang menyeberang dari Sepanyol utara ke selatan dan mempertahankan lembu daripada serangan serigala dan pemangsa lain.[2] Mastif ini mempunyai perlindungan kalung logam bungkal dengan pencucuk. Fungsinya adalah terutamanya untuk perlindungan, tidak seperti anjing carea sesamanya, yang fungsinya ialah mengawasi dan menggiring kawanan di padang ragut sebagai respons kepada isyarat-isyarat gembala.[3][4][5] Di sesetengah, tempat ia dikenali sebagai perro merinero ("anjing biri-biri merino") apabila ia menemani biri-biri baka merino.

Piawaian baka pertama bagi mastif Sepanyol dibuat oleh Persekutuan Kinologi Antarabangsa pada tahun 1946. Pada tahun 1981, Asociación Española del Perro Mastín Español ("Persatuan Sepanyol untuk Anjing Mastif Sepanyol") ditubuhkan, yang menganjurkan program pembiakbakaan untuk mencari jenis mastif besar dan kuat dari zaman dahulu dan merangka piawaian baka baharu yang tertumpu pada pemulihan anjing lembu lama, yang sesuai sebagai anjing peliharaan, dan sebagai anjing pengawal dan pertahanan.[6][1]

Penampilan

Mastif Sepanyol ialah anjing sangat besar dan berkuasa, serupa dari segi penampilan dengan baka-baka mastif lain. Ia mempunyai kepala besar berkuasa dan wajah serius dan berwaspada.[4][5]

Jantan baka ini adalah setinggi 70–85 sentimeter (28–33 in) pada paras kelasa dan berukuran seberat 50–70 kilogram (110–150 lb). Betina pula sekurang-kurangnya setinggi 65 sentimeter (26 in) dan seberat 40 hingga 60 kilogram (88 hingga 132 lb).[7] Mastif Sepanyol unggul adalah sekurang-kurangnya setinggi 70 sentimeter (28 in) pada paras kelasa.[8]

Ia mempunyai mata kecil dan telinga labuh yang menyerupai segi tiga. Lapis bulu anjing ini paling kerap berwarna perang kekuning-kuningan, tetapi juga dapat bercorak brindle, hitam, atau berwarna 'serigala'. Sentuhan kemerah-merahan menunjukkan misegenasi.[4][5]

Perangai

Dua ekor mastif Sepanyol perang kekuning-kuningan

Gergasi mulia ini menyendiri, bermaruah, tenang, dan cerdas.[perlu rujukan] Ia berbakti kepada keluarganya dan mungkin sesopannya menerima orang asing jika ia telah tersosialisasi dengan betul, walaupun ia curiga terhadap orang asing berkenaan. Ia dapat menjadi agresif terhadap anjing lain.[1] Mastif Sepanyol mungkin haiwan peliharaan kurang unggul dalam situasi perbandaran yang mempunyai bunyi dentam-dentum dan saiz besar yang dapat menjadi masalah. Ia merupakan pelindung menakjubkan untuk rumah dan keluarganya.

Sosialisasi dan pelatihan patut bermula awal-awal untuk menjamin anjing ini sebagai anjing peliharaan stabil dan boleh dipercayai. Pendedahan terpantau semasa usia anak anjing kepada pelbagai anjing asing namun tidak mengancam akan membantu meredakan kecenderungan untuk agresi terhadap anjing lain.[perlu rujukan] Baka ini agak berwaspada dan bermotivasi terhadap makanan tetapi boleh menjadi bosan dengan mudah; pelatihan mesti tekal dan tegas tetapi lembut. Sebaik jurulatih telah menetapkan rasa hormat anjing itu sebagai pemimpin, mastif Sepanyol berkenaan akan menjadi anjing peliharaan amat setia.[perlu rujukan]

Senaman

Anjing ini lebih cenderung terhadap gaya jalan berat berbanding dengan gaya jalan derap, namun ia mampu bergerak dengan agak pantas apabila perlu. Sesi berjalan panjang harian sudah memadai, walaupun ia menghargai kawasan berpagar yang di dalamnya ia dapat bersenam mengikut kadar sendiri.

Keragaman

Keragaman lebih primitif bagi baka ini, mastif Sepanyol tradisional (dapat dipertikaikan)

Sebagai tambahan kepada keragaman "rasmi" anggapan, iaitu mastif Sepanyol semasa dan moden yang dibingkai dengan corak tegar estetik dan diiktiraf oleh entiti-entiti anjing terbesar, terdapat juga keragaman tradisional lebih primitif, yang dianggap tidak rasmi, yang tidak memenuhi sebarang piawaian estetik dan berobjektif, sehingga kini masih sedemikian, untuk berkhidmat kepada pemiliknya yang bertindak dalam perlindungan kawanan daripada pemangsa. Strain-strain tidak rasmi ini, untuk tujuan pembezaan, diistilahi mastif Sepanyol tradisional, mastif Sepanyol pekerja, mastif león, dan anjing serigala. Strain-strain tidak rasmi ini terus bertindak secara aktif dalam fungsi asli dan primitifnya, dengan angka yang diterbitkan oleh Tabung Alam Sedunia pada tahun 1986 yang menunjukkan pengurangan 61% bagi pemangsaan haiwan ternakan apabila kawanan dijaga oleh mastif.[9][10][11]

Kesihatan

Mastif Sepanyol terutamanya terdedah kepada displasia pinggul. Mastif Sepanyol tradisional mempunyai prevalens lebih rendah bagi penyakit ini berbanding dengan keragaman rasmi.[11]

Anjing perwakilan

  • Pelakon Viggo Mortensen mempunyai, sebagai hadiah semasa beliau berada di León, seekor anjing gembala León dan seekor mastif Sepanyol, bernama "Aragorn" dan "Alatriste", nama bagi dua watak yang dimainkan oleh beliau dalam filem-filem beliau.[12]

Lihat juga

Catatan

Rujukan