Marie Fredriksson

Gun-Marie Fredriksson, sering ditulis Marie Fredriksson (Swedish: [ma¹riː ²freːdrɪkˌsɔn] ( dengar); 30 Mei 1958 - 9 Disember 2019) ialah penyanyi-penulis lagu pop, pianis, dan pelukis Sweden. Beliau dikenali sebagai salah seorang ahli duo pop rock Roxette pada 1986 bersama Per Gessle. Mereka berdua berjaya mencipta nama di pentas antarabangsa pada akhir 1980-an dan awal '90-an menerusi album Look Sharp! (1988) dan Joyride (1991). Enam lagu mereka masuk dalam carta lagu Billboard Hot 100: "The Look", "Listen to Your Heart", "Dangerous", "It Must Have Been Love", "Joyride" dan "Fading Like a Flower (Every Time You Leave)".

Marie Fredriksson
Fredriksson beraksi di Odderøya di Kristiansand, Norway, pada 13 Julai 2012.
Latar belakang
Nama lahirGun-Marie Fredriksson
Kelahiran(1958-05-30)30 Mei 1958
Össjö, Sweden
Meninggal dunia9 Disember 2019(2019-12-09) (umur 61)
Djursholm, Sweden
GenrePop rock
PekerjaanPenyanyi-penulis lagu
Instrumen
  • Vokal
  • piano
  • keyboard
Tahun aktif1978–2016
Pengkarya berkait
  • Strul
  • Gyllene Tider
  • MaMas Barn
  • Lasse Lindbom Band
  • Spännande Ostar
  • Roxette
  • Artister för Miljö
  • Sugarcane
Laman sesawang
www.mariefredriksson.se

Fredriksson mempunyai zaman kegemilangan kerjaya muziknya di Sweden sebelum menubuhkan Roxette. Beliau dahulunya ialah anggota kumpulan punk Strul, band yang merintis festival muziknya sendiri pada tahun 1979. Pembubaran Strul menjadi permulaan dari projek Fredriksson selanjutnya, MaMas Barn. Sejak itu, beliau mengeluarkan single. Album pertamanya, Het vind, dikeluarkan pada 1984, diikuti oleh Den sjunde vågen pada 1986 dan ... Efter stormen pada 1987. Kejayaan Roxette ke pentas antarabangsa bertepatan dengan peningkatan kerjaya Fredriksson sebagai penyanyi solo. Sepanjang tempoh itu, beliau hanya melancarkan bukan album single bertajuk "Sparvöga" tahun 1989. Beliau kemudian melancarkan album-album solo seperti Den ständiga resan (1992) dan I en tid som vår (1996).

Pada tahun 2002, Fredriksson didiagnosis mengihdap tumor otak. Semasa menjalani pemulihan, beliau merakamkan lagu sebagai penyanyi solo. Beliau melancarkan The Change pada 2004 dan Min bäste vän pada 2006 serta bukan album single "Där du andas" pada 2008. Beliau dan Gessle kemudian bersatu semula dan mengeluarkan beberapa album di bawah nama Roxette, kemudian mengadakan konsert jelajah di seluruh dunia. Beliau melancarkan Nu! sebagai penyanyi solo di Sweden pada 2013.

Diskografi

Sumber:[1][2]

  • Het vind (1984)
  • Den sjunde vågen (1986)
  • ... Efter stormen (1987)
  • Den ständiga resan (1992)
  • I en tid som vår (1996)
  • The Change (2004)
  • Min bäste vän (2006)
  • Nu! (2013)

Anugerah dan pencalonan

  • Rockbjörnen Awards[3]
TahunAnugerahKategoriKeputusanRuj.
1986Marie FredrikssonBest Swedish FemaleMenang[4]
1987Menang
Efter stormenBest Swedish AlbumMenang
1988Marie FredrikssonBest Swedish FemaleMenang
1989Menang
  • Swedish Grammy Awards
TahunAnugerahKategoriKeputusanRuj.
1988Marie FredrikssonPop/Rock – FemaleTercalon[5]
1989Menang[6]
1993Tercalon[7]
Artist of the YearMenang
Songwriter of the YearTercalon[8]
1997Pop/Rock – FemaleTercalon[9]

Rujukan

Sumber

  • Lundgren, Larz; Wikström, Jan-Owe (1992). Roxette: The Book. ISBN 91-46-16211-9.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Fredriksson, Marie; von Zweigbergk, Helena (2015). Kärleken till livet. ISBN 9789164204639.CS1 maint: ref=harv (link)

Pautan luar