Marcel Desailly

Marcel David Desailly (Sebutan bahasa Perancis: [maʁ.sɛl də.sɑˈji]; lahir Odenke Abbey, 7 September 1968) merupakan seorang bekas pemain bola sepak Perancis yang bermain di posisi pertahanan. Beliau sebahagian daripada pasukan kebangsaan Perancis yang menjuarai Piala Dunia 1998 dan Euro 2000. Di peringkat kelab, beliau berjaya meraih dua kejuaraan Liga Juara-Juara Eropah ketika bersama Marseille dan Milan selain beliau turut merupakan bekas pemain Nantes, Chelsea dan lain-lain.

Marcel Desailly
Maklumat peribadi
Nama penuhMarcel David Desailly[1]
Tarikh lahir (1968-09-07) 7 September 1968 (umur 55)
Tempat lahirAccra, Ghana
Ketinggian1.85 m (6 ka 1 in)[2]
Posisi permainanBek tengah / Pemain tengah bertahan
Kerjaya Senior*
TahunPasukanKmcln(Gol)
1986–1992Nantes162(5)
1992–1993Marseille47(1)
1993–1998Milan137(5)
1998–2004Chelsea158(6)
2004–2005Al-Gharafa28(6)
2005–2006Qatar SC7(0)
Jumlah539(23)
Pasukan kebangsaan
1993–2004Perancis116(3)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik

Kerjaya kelab

Marcel Desailly dilahirkan sebagai Odenke Abbey pada 7 September 1968 di Accra, Ghana. Ibu bapa beliau merupakan orang asal Ghana. Beliau menukarkan namanya apabila ibunya berkahwin dengan ketua Konsulat Perancis di Accra. Keluarganya berpindah ke Perancis semasa Desailly berumur empat tahun. Apabila saudaranya, Seth Adonkor memulakan kariernya, Desailly memulakan kerjayanya di FC Nantes. Di sana, sebahagian daripada program remaja FC Nantes, beliau bermain bersama seorang pemain muda, Didier Deschamps yang merupakan seorang pemain mantap di bahagian pertahanan sebelum mereka berdua menjadi satu sahabat akrab. Desailly mula menjadi seorang pemain profesional pada 1986, dua tahun selepas saudaranya maut dalam satu kemalangan kereta. Pada tahun 1992, beliau berpindah ke Olympique de Marseille, di mana beliau berjumpa semula rakan baiknya, Deschamps. Di sana, beliau merangkul kejuaraan Liga Juara-Juara Eropah pada tahun berikutnya. Pada tahun 1994, apabila beraksi untuk A.C. Milan, beliau sekali lagi merangkul trofi Liga Juara-Juara dan menjadi pemain pertama meraih kejuaraan itu buat dua musim berturut-turut dengan mewakili dua kelab berbeza. Di Milan, beliau memenangi dua kejuaraan liga Itali pada tahun 1994 dan 1996.

Desailly kemudian berpindah ke kelab Inggeris, Chelsea pada 1998 dengan harga 4.6 juta euro.[3] Beliau dijadikan sebagai kapten pasukan dan bermain di posisi pertahanan atau sweeper sehingga penghujung musim 2003–04. Sepanjang enam musim di Chelsea, Desailly merangkul satu kejuaraan utama iaitu Piala FA pada tahun 2000.

Desailly direbut kelab Qatar, Al-Gharafa pada tahun 2004. Beliau telah dilantik sebagai kapten kelab di bawah jurulatih Perancis, Bruno Metsu. Di sana, beliau meraih kejuaraan Liga Qatar pada 2005. Beliau kemudian sertai kelab Qatar S.C. sebelum beliau melakukan persaraan rasmi daripada bola sepak selepas membantu kelab itu menamatkan musim di tempat kedua liga.

Kerjaya antarabangsa

Desailly telah sering berkata bahawa dirinya betul-betul berasa Perancis dan tidak mahu bermain untuk negara selain daripada Perancis. Pendirian ini dinyatakan sendiri oleh Desailly dalam autobiografinya yang diterbitkan pada 2002. Beliau membuat debut antarabangsa untuk pasukan kebangsaan Perancis pada tahun 1993 tetapi tidak menjadi pilihan pertama di barisan pertahanan sehinggalah tahun 1996.

Beliau sebahagian daripada pasukan kegemilangan Perancis yang menjulang trofi Piala Dunia 1998 walaupun beliau dibuang padang pada perlawanan akhir. Seperti rakan-rakan sepasukan lain, beliau dianugerahkan Chevalier (Kesateria) Légion d'honneur pada tahun 1998.

Dua tahun kemudian, Perancis meneruskan era kegemilangannya dengan meraih kejuaraan Euro 2000. Selepas kejohanan itu, Desailly mengetuai pasukan kebangsaan selepas persaraan Didier Deschamps. Pada tahun 2001, beliau mengetuai Perancis untuk meraih Piala Konfederasi 2001.

Pada April 2003, Desailly mengejutkan rekod penampilan terbanyak buat pasukan kebangsaan Perancis apabila membuat 116 penampilan selepas kejohanan Euro 2004. Walau bagaimanapun, rekod itu dikejutkan oleh Lilian Thuram ketika beraksi di Piala Dunia 2006.

Statistik

[4]

Pasukan kebangsaan Perancis
TahunKmnclnGol
199340
199470
199571
1996120
199770
1998131
1999110
2000160
2001121
2002130
200390
200450
Jumlah1163

Gol antarabangsa

#TarikhLokasiLawanSkorKeputusanKejohanan
1
6 September 1995Auxerre, Perancis  Azerbaijan
1–0
10–0
Kelayakan Euro 1996
2
25 Januari 1998Marseille, Perancis  Norway
3–3
3-3
Persahabatan
3
7 Jun 2001Suwon, Korea Selatan  Brazil
2–1
2–1
Piala Konfederasi 2001

Kelab

KelabMusimLigaPiala[5]Benua[6]Lain[7]Jumlah
KmnclnGolKmnclnGolKmnclnGolKmnclnGolKmnclnGol
Nantes1986–871301020160
1987–8811010120
1988–8936140401
1989–9036130391
1990–9134140381
1991–9232210332
Jumlah162514020001785
Marseille1992–9331130101442
1993–9416000160
Jumlah4713010100602
Milan1993–94211106230313
1994–952211010030361
1995–963221070402
1996–972914050381
1997–9833080410
Jumlah1375150282301867
Chelsea1998–99310607110451
1999–200023140160431
2000–01342301010392
2001–0224111020371
2002–033121010332
2003–041502080250
Jumlah1586270271202227
Al-Gharafa2004–05286286
Jumlah286000000286
Qatar SC2005–067070
Jumlah7000000070
Jumlah keseluruhan539235907548068127

Penghargaan

Kelab

Marseille
Milan
Chelsea

Antarabangsa

Perancis[8]

Individu

Catatan

Pautan luar

Kedudukan sukan
Didahului oleh
Dennis Wise
Kapten Chelsea
2001–2004
Diikuti oleh:
John Terry
Didahului oleh
Didier Deschamps
Kapten pasukan kebangsaan Perancis
2000–2004
Diikuti oleh:
Patrick Vieira