Mansoor Khan

Mansoor Khan ialah seorang pengarah dan penerbit filem India yang terkenal menerusi karyanya di Bollywood. Anak kepada pembikin filem Nasir Hussain, Khan mengarahkan filem pertamanya Qayamat Se Qayamat Tak (1988), yang mana Khan memenangi Anugerah Filem Kebangsaan untuk Filem Popular Terbaik yang Menyediakan Hiburan Menyeluruh dan Anugerah Filmfare untuk Pengarah Terbaik pada tahun tersebut.[1] Arahan sulung Khan bermula dari genre romantik muzikal di Bollywood.[2][3]

Mansoor Khan
Kelahiran
PekerjaanPenerbit, pengarah
SaudaraTariq Khan (adik)
Aamir Khan (sepupu)
Imran Khan (anak saudara)

Beliau meraih kejayaan empat tahun kemudian dengan Jo Jeeta Wohi Sikander (1992). Dua filem terakhir Khan; Akele Hum Akele Tum (1995) dan Josh (2000) meraih kejayaan sederhana. Pada tahun 2008, beliai kembali, sebagai penerbit, dan menerbitkan bersama filem Jaane Tu Ya Jaane Na bersama Aamir Khan, yang menjadi penampilan pertama anak saidaranya Imran Khan.[2][3]

Filemografi

TahunFilemPerananCatatan
1988Qayamat Se Qayamat TakPengarahFilem pertama
1992Jo Jeeta Wohi SikanderPengarah
1995Akele Hum Akele TumPengarah
2000JoshPengarah
2008Jaane Tu Ya Jaane NaPenerbit

Rujukan

Pautan luar