Manis FM

Manis FM ialah sebuah stesen radio swasta pertama di pantai timur Semenanjung Malaysia yang bersiaran 24 jam. Ia dimiliki oleh Husa Network Sdn. Bhd. Siarannya dipacarkan dari No 18, Pusat Komersial Chabang Tiga, 21000 Kuala Terengganu, Terengganu

Manis FM
BandarKuala Terengganu
Kawasan penyiaranKelantan
Pahang
Terengganu
Slogan
  • Pastinya Manis
    (2011)
  • Pilihan Terunggul di Pantai Timur
    (31 Mei 2016)
  • Gaya Pantai Timur
    (sejak 1 Jun 2016)
Tarikh siaran pertama1998; 26 tahun yang lalu (1998)
BahasaMelayu
PemilikHusa Network Sdn Bhd
Siaran weblive.manis.fm
Tapak webmanis.fm

Sejarah

Di awal penubuhanya radio Manis FM hanya untuk pendengar di Kelantan amnya Kota Bharu dan jajahan sekitarnya sahaja yang bersiaran di frekuensi 88.7 FM dan bersiaran hanya 18 jam sahaja pada masa itu. Radio yang menggunakan tagline "Pastinya Manis" kini dah menggunakan tagline baru "Pilihan Terunggul di Pantai Timur" Konti asal radio terletak di Jalan Kebun Sultan berhadapan dengan Dewan Perniagaan Cina Negeri Kelantan.[perlu rujukan]

Pada tahun 2003, Manis FM telah memulakan siarannya 24 jam sehari setelah berpindah ke bangunan baru yang diberi nama Wisma Manis. Untuk memenuhi citarasa pendengar yang meningkat Manis FM telah meluaskan lagi frekuensi ke beberapa negeri khususnya pantai timur Semenanjung iaitu Terengganu dan Pahang. Selaras dengan itu Manis FM juga mempunyai laman portalnya dengan wajah baru.[perlu rujukan]

Pada 1Jun 2016 Manis FM telah melaksanakan satu perubahan selarasa dengan hasrat yang disuarakan oleh Kerajaan Negeri Terengganu agar mentransformasikan radio Manis FM berkonsepkan pendekatan inklusif melalui program berbentuk hiburan dan maklumat untuk memperkasakan agenda transformasi yang relevan kepada semua lapisan usia dengan fokus utama kepada golongan belia (Gen-Y) dari peringkat umur 20 tahun hingga 40 tahun dengan menggunakan tagline baru "Gaya Pantai Timur". [1]

Penyampai Radio

Penyampai Harian

NamaNama samaranMula kerjaCatatan
Tengku Nura NajihahNura3 Mac 2016
Ezaq KamilEzaq2019
Fadhil JamilFadJanuari 2021
Alifah Ilyana Mohd ZakiamaniIfa Lyana22 Januari 2023Finalist Pertandingan Cek Mek Molek Tati 2022 anjuran Molek FM
Tengku WafiqWafiq2 Januari 2024
Syakila AfifaKayla

Penyampai Hujung Minggu

  • Anas
  • E-Sey
  • Khalida Raif

Bekas Penyampai

  • Adam Hashim
  • Ewan Mardzuki (Berpindah ke Gegar)
  • Farid Nor
  • Jun Hamid
  • Shazwani Mohamad Shakeri
NamaNama samaranTempoh kerjaCatatan
Fizie RoslanFizie- Februari 2014Berpindah ke Gegar
Nor Razlinda RazliBienda10 Ogos 2016 - 13 Julai 2017
Mohd Rafly RahamatRafly RahamatMac 2016 - April 2017Meninggal dunia pada 2018 akibat sakit misteri[2]
Memey Nabyla NoordinMemey2016 - 2019
Mohammad Kareef Daniel AbdullahMat Dan2018 - 2019Berpindah ke Molek FM
Abdul Karim HassanKai Hassan2017 - 2020Berpindah ke Suria
Muhammad Syazwan Mohd GhazaliSyazwan Ghazaly2018 - 2020
Fieqa ArifFieqa2021 - 2022
Hidayatus Sufia AlimFia2020 - Disember 2022
Syaza QatrunnadaMeksha2020 - 2023
Mohamad RawandiWadi Tok Dalang- 14 Disember 2023

Program

Ahad - Khamis

SegmenPenyampaiMasa
Manis Manis PagiEzaq & Fiq06:00 - 10:00
Manis SokmoNura10:00 - 15:00
Manis XpresFad & Ifa15:00 - 19:00
Renungan ManisUstaz Amir Idris19:00 - 20:00
Manis MalamKayla20:00 - 00:00

Jumaat

SegmenPenyampaiMasa
Manis Hujung MingguKelly14:00 - 18:00
Talaqqi Safinatunnaja18:00 - 19:00
--19:00 - 20:00
Manis Malam Hujung MingguE-Sey20:00 - 00:00

Sabtu

SegmenPenyampaiMasa
Carta Mega ManisFiq & Ifa10:00 - 12:00
Manis Hujung MingguKelly14:00 - 19:00
--19:00 - 20:00
Manis Malam Hujung MingguE-Sey20:00 - 00:00

Frekuensi

Radio

FrekuensiKawasanPemancar
95.1 MHzKuantan, PahangBukit Pelindung
102.0 MHzKuala Terengganu, TerengganuBukit Jerung
90.6 MHzKota Bharu, KelantanTunjong

Televisyen

Platform TVSaluran
MYTV726

Rujukan

Pautan luar