Mahmud Jun

Pelakon veteran lelaki Malaysia
(Dilencongkan dari Mahmud June)

Dato' Mahmud Jun atau Mahmood June (20 Januari 1921 – 14 Februari 2002) merupakan seorang seniman serba boleh dan sering melakonkan watak-watak "bengis" dalam filem Melayu. Nama sebenar beliau ialah Mahmood Bin Derani. Beliau dilahirkan pada 20 Januari 1921 di Alor Ganu, Mukim Titi Gajah, Alor Setar, Kedah. Filem-filem terkenal lakonan beliau adalah seperti Jalak Lenteng, Sri Mersing dan Sultan Mahmud Mangkat Dijulang.


Mahmud June

Kelahiran
Mahmood bin Derani

(1921-01-20)20 Januari 1921
Meninggal dunia14 Februari 2002(2002-02-14) (umur 81)
Kampung Laksmana, Selayang, Selangor
Sebab kematianPenyakit asma dan masalah paru-paru
DikebumikanTanah Perkuburan Islam Sungai Tua, Selayang, Selangor
Nama lainMahmud Jun, Mahmud June
PekerjaanPelakon
Tahun aktif1958–1997
Terkenal keranaWatak Pak Maon dalam filem Nasib Do Re Mi
Kampung asalAlor Setar, Kedah
PasanganMaharom Abdul Ghani
Anak-anakenam anak, 16 cucu dan tiga cicit.

Kerjaya teater dan filem

Sebelum memasuki bidang perfileman, beliau berlakon di pentas bangsawan dengan menyertai kumpulan Grand Nooran Opera, Seri Nooran Opera, Rubis Opera, Royal Star Opera, United Opera, Oriental Opera, Grand Jubilee Opera dan M. June Opera.Watak pertamanya di bawah bangsawan Pak Yem ialah melalui pementasan Porter 13 dan beliau telah berjaya membawa wataknya berdasarkan pengalamannya bekerja sebagai tukang angkat beg di stesen kereta api Ipoh.

Setelah melibatkan diri di dalam pentas bangsawan, beliau menyertai Cathay-Keris Film Productions di Singapura dan filem pertamanya di Cathay Keris ialah Orang Lichin arahan L. Krishnan pada tahun 1958. Watak-watak zalim dan bengis yang dilakonkan oleh beliau sangat berkesan sehingga penonton-penonton filem Melayu pada ketika itu membencinya. Selain itu beliau turut diberi peluang berlakon dalam beberapa buah filem antaranya seperti filem Siti Zubaidah, Siti Payong, Selendang Merah, Jalak Lenteng, Orang Minyak dan Dang Anom.

Lima tahun kemudian, beliau menyertai Merdeka Film Studio (Studio Merdeka) di Hulu Kelang. Sewaktu beliau berada di Studio Merdeka, beliau berpeluang berlakon bersama Seniman Agung Tan Sri P. Ramlee antaranya seperti Si Tora Harimau Jadian, Ragam P. Ramlee, Masam-Masam Manis, Sabarudin Tukang Kasut, Do Re Mi dan Nasib Do Re Mi. Namun, watak yang dipegangnya berubah sewaktu bersama Studio Merdeka dan sekitar tahun 70-an dan 80-an. Beliau memegang watak-watak lucu, memegang watak sebagai bapa, datuk dan orang kaya di zaman moden. Antara lakonan beliau pada tahun 70-an dan 80-an ialah seperti Panglima Badol, Si Badol, Guru Badul dan Bujang Lapok Kembali Daa. Filem terakhir lakonan beliau ialah Layar Lara pada tahun 1997 arahan Shuhaimi Baba.

Ketika menjayakan salah satu watak dalam sesebuah filem

Selain bergiat aktif dalam filem, beliau juga turut berlakon drama. Antara drama-drama lakonan beliau seperti Luk Tujuh bersama Eman Manan, Harimau Harimau dan Orang Kaya Paduka.

Selain filem, beliau pernah berlakon dalam iklan televisyen untuk satu jenama teh terkenal. Gelagatnya dalam iklan tersebut menarik minat ramai penonton.

Perkahwinan

Dalam kehidupan peribadinya, beliau pernah berkahwin sebanyak 16 kali dan dengan Maharom Abdul Ghani, jodohnya kekal hingga ke akhir hayat. Sepanjang tempoh perkahwinannya, beliau dikurniakan enam anak, 16 cucu dan tiga cicit.

Kematian

Beliau menghembuskan nafas terakhir pada hari Khamis, 14 Februari 2002 pada pukul 5.50 petang ketika berusia 81 tahun dirumahnya di Kampung Laksamana, Selayang. Sebelum itu, beliau dirawat di Unit Rawatan Jantung, Hospital Selayang kerana menghidap penyakit asma dan masalah paru-paru. Jenazah beliau disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Tua, Selayang.[1]

Filemografi

Filem

TahunTajukWatakCatatan
1958Orang LichinFilem pertama
SatayYaccub
Orang Minyak
Selendang Delima
1959Raden MasWanusugoro
Bawang Putih Bawang MerahDatuk Bendahara
Rasa Sayang EhMohamad
1960Noor IslamPanglima Merah Hitam
Tunang Pak DukunMajid
Hantu Rimau
1961Hang JebatKarma Wijaya
Jalak LentengMegat Rambai
Sri MersingAwang Sulong
Sultan Mahmud Mangkat DijulangTun Bija Ali
Siti Zubaidah
Gado-gado
Puteri Gunong LedangTengku Zainol
1962Dang Anom
Siti Payong
Selendang MerahDatuk Gaya
1963Ibu Ayam
Tangkap BasahJelatang
Fajar MenyinsingBapa Roslan
1964Sitora Harimau JadianSitora
Ragam P. RamleeGegalaSegmen: "Damaq"
Tun MandanHang Andak
1965Masam-Masam ManisRashid
Dajal SuchiPak Cik Musa
Bumiputra
1966Sabarudin Tukang KasutMemanda Wazir
Do Re MiBapa Minah
Nasib Do Re MiPak Maon
1969Keranda JinggaSarangga
1978Gila-GilaDatuk Jaafar Pangku KK
1979Panglima BadolDatuk Tumpang
Si BadolOrang Kaya Mahmud
Sumber Ilhamku
Penagih Dadah
Tiada Esok BagimuPenampilan khas
Dendang PerantauPak WanBintang utama: Uji Rashid & Hail Amir
1981Si LuncaiDatuk Demang Gempa Bumi
Da Di DuPak Tua
Penyamun TarbusTuan Said
ToyolOrang Kaya Abas
1982Langit PetangPak Arif
1983Darah SatriaBapa Arif
Ke Medan JayaPak Samad
1985Bujang Lapok Kembali DaaOto-san
1986Aniaya Jenayah
Jejaka PerasanKamarul
Si Jantung HatiPak Maun
1988Guru BadulHaji Lamin
Dendang Remaja
1989Sumpahan MahsuriDato' Kamar Jaya
1992SelubungAyah Mastura
Wanita Bertudung HitamLokman
1993ImigranPak Abu
1995Kad CintaPak Tam
1997Layar LaraUncle JeffFilem terakhir

Drama

TahunTajukWatakSaluran TVCatatan
1969Korban Kerana KeturunanTV1Drama pertama
Kahwin Emaknya Dulu
Jatuh Membangun
Puntong Hanyut
Sopan Santun Makan BersuapPak Mat
1974Bagai Roda Pedati
1989Luk TujuhTV3
1990Bapak
1993Anak Angkat
1995Alahai Manisnya Madu
1996Mount Estate
1997Orang Kaya PadukaTV1Drama terakhir

Telefilem

TahunTajukWatakSaluran TV
1988Intan Bukan KacaTV1
1993Tidak Menunggu Retak
1994Selamat Pengantin BaruTV3

Anugerah dan pencapaian

  • Anugerah Seniman dan Pelakon Terbaik pada tahun 1974.
  • Anugerah Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik di Festival Filem Malaysia yang pertama (1980) menerusi filem Sumber Ilhamku.
  • Anugerah Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-3 (1983) menerusi filem Langit Petang.
  • Anugerah Khas Juri di Festival Filem Malaysia ke-6 (1986).
  • Anugerah Seniman Veteran di Anugerah Bintang Popular 1995.
  • Ahli Mangku Negara pada tahun 1986.
  • Ahli Mahkota Kedah pada tahun 1987.
  • Darjah Kebesaran Dato' Setia Diraja Kedah yang menbawa gelaran Dato' oleh DYMM Sultan Kedah pada bulan Januari 2001.

Rujukan

Pautan luar