Mahathir: The Journey

Mahathir: The Journey ialah sebuah filem drama biopik Malaysia akan datang arahan Hatta Azad Khan terbitan Reliance Media Group.[1][2] Filem ini mengisahkan perjuangan bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad selepas melepaskan jawatan Perdana Menteri pada 2003 dan dilantik semula pada 2018.[3][4][5] Ia dibintangi oleh Azhar Amir yang melakonkan watak sebagai Tun Mahathir.

Mahathir: The Journey
Pengarah
PenulisZabidi Mohamed
Dihasilkan olehLawrance Poh
Dibintangi
SinematografiEddie Tham
Syarikat
penerbitan
  • Reliance Media Group
  • Creative Signature Film & Production
Tarikh tayangan
2025
Masa tayangan
100 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
BajetRM6 juta

Sinopsis

Dalam tempoh 22 tahun sebagai mentadbir negara sebagai Perdana Menteri Malaysia keempat, Tun Dr. Mahathir Mohamad mentransformasikan negaranya dari perairan pertanian menjadi pusat kuasa industri yang akan menjadi negara perdagangan ketujuh belas terbesar di dunia. Pencapaian luar biasa ini bukan tanpa kontroversi dan kejayaan Dr. Mahathir, penglihatan yang luar biasa dan cengkaman besi menjadikannya musuh dan juga penyokong yang kuat di dalam dan luar Malaysia.

Beliau telah digambarkan sebagai diktator zalim, bete noir, dan juga memberi inspirasi, berani dan pembela yang terus terang dari golongan tertindas, Dunia Ketiga dan Islam sederhana. Pada hampir setiap masa, Dr. Mahathir menggubal semula peraturan. Filem ini mengungkap aspek-aspek yang sangat tidak diketahui sehingga kini tetapi negarawan yang berani. Ini memberikan penceritaan yang jelas dan menarik mengenai sejarah politik Malaysia moden seperti yang dilihat melalui pandangan para pengasasnya yang terhebat. Ini bukan permintaan maaf atau pembelaan, tetapi kisah kuat dan sering menarik mengenai bagaimana Dr. Mahathir mencapai apa yang beliau lakukan dalam waktu yang singkat dan mengapa.

Pelakon

Penerbitan

Menurut penerbit merangkap Ketua Bahagian Kreatif Reliance Media Group, Yusof Kelana, Mahathir: The Journey menampilkan kisah benar perjuangan Tun Mahathir selepas meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri keempat sehingga dilantik semula selepas pilihan raya umum ke-14 pada Mei 2018.[3][6]

Katanya kepada Berita Harian: “Kami melakukan kajian selama tujuh bulan untuk merealisasikan kisah perjuangan Tun. Ia inspirasi kisah benar, malah babak bakal dipaparkan adalah kejadian yang berlaku selepas Tun meletakkan jawatan pada 2003. Sebahagian babaknya pula kejadian sebenar yang tidak pernah diketahui umum. Skrip filem ini mendapat kelulusan 100 peratus daripada Pejabat Perdana Menteri. Bahkan, pegawai khas Tun, Sufi Yusof, sendiri meneliti dialog dan babak ke babak untuk memastikan tiada kesilapan fakta,”.[3]

Penggambaran dijalankan selama 2 bulan, dari 15 Disember 2019 sehingga 15 Februari 2020 di Kuala Lumpur, Kelantan, Langkawi, Alor Setar dan Pulau Pinang.[7][8] Penggambaran yang sepatutnya dilakukan di Hiroshima, Jepun terpaksa bertukar lokasi di Langkawi berikutan pandemik COVID-19 yang menyerang seluruh dunia ketika itu. Menurut Taha Wahid, proses menyiapkan filem biografi ini bukan mudah kerana perlu memaparkan situasi sebenar yang berlaku.[9]

Kos pembikinan filem ini dianggarkan berjumlah RM6 juta. Seramai 200 pelakon tambahan digunakan untuk babak di depan KLCC, serta babak kempen pilihan raya di Langkawi. Bagi babak perhimpunan BERSIH, 200 pasang baju kempen berwarna kuning telah dicetak bagi menjadikan adegan filem lebih realistik. Pasukan penerbitan turut meminta jasa baik Hotel Sheraton membina semula set yang sama ketika Dr. Mahathir berada di hotel berkenaan bagi menunggu keputusan rasmi Pilihan Raya Umum ke-14.[9] Kos membina semula set itu berjumlah RM700,000. Menerusi satu perbincangan, pihak hotel bersetuju menaja tanpa bayaran dikenakan. Pemilihan pelakon juga mengambil masa yang agak lama, hampir dua bulan. Ini berikutan, ingin memastikan pelakon yang dipilih memiliki wajah seiras dan mampu membawakan watak yang diketengahkan.[9]

Azhar Amir yang terkenal dengan watak bapa dalam beberapa drama Melayu, dipilih melakonkan watak sebagai Tun Dr. Mahathir, manakala penyanyi, Fauziah Latiff melakonkan watak sebagai Tun Dr. Siti Hasmah. Sebanyak 29 watak penting juga ditampilkan dalam Mahathir: The Journey.[10] Ditanya mengenai pemilihannya sebagai Tun Mahathir, Azhar berkata kepada Harian Metro di majlis pelancaran filem ini: "Saya menggigil apabila ditawarkan melakonkan watak tokoh hebat seperti Tun Dr. Mahathir. Saya sendiri tidak sangka terpilih sedangkan ramai pelakon hebat dan terkenal datang [ke] proses uji bakat ketika itu".[11] Fauziah pula berkata, beliau bersedia menggalas tanggungjawab besar melakonkan watak Tun Dr. Siti Hasmah. Sebagai persediaan, beliau melakukan kajian secara mendalam bagi menjayakan watak Siti Hasmah. Beliau berkata: “Saya akui ia tanggungawab yang sangat berat kerana ini filem pertama lakonan saya. Pada masa sama, saya masih baru dalam bidang ini dan masih banyak yang perlu belajar daripada pengarah serta pelakon lain. Saya banyak buat kajian mengenai Tun [Siti] Hasmah menerusi buku, suratkhabar, saluran YouTube dan sebagainya".[12]

Kritikan

Meskipun Mahathir: The Journey belum menjalani penggambaran, pada November 2019, filem ini mendapat tentangan daripada anak sulung Mahathir, Marina yang menganggap biopik bapanya memalukan dan tidak pernah mendapat kebenaran daripada keluarganya.[13] Menerusi laman Twitter, Marina tampil menjelaskan bahawa beliau dan ahli keluarganya yang lain tidak mengetahui kewujudan filem itu, malah hanya mengetahui kewujudan wataknya menerusi media. Beliau menulis: "Tiada keizinan daripada mana-mana pihak kami untuk ini! Keluarga saya lebih suka tiada sesiapa menghasilkan filem, filem biografi, muzikal, kartun atau apa saja mengenai kami kerana ia memalukan. Tetapi jika anda mahu teruskan, jangan paksa kami lihat (hasilnya)".[a][14][15] Perdana Menteri, Mahathir dilaporkan enggan memberikan kenyataan apabila ditanya mengenai restu yang diperolehi pihak terbabit mengenai kedudukan filem biografi mengenainya sambil menjawab ringkas: "Tu tak payah komen berkenaan keluarga terlibat,”.[16]

Keluaran

Mahathir: The Journey pada asalnya dijadualkan untuk ditayangkan pada Julai 2020, sempena ulang tahun kelahiran Mahathir ke-95,[17][18] namun ditangguhkan berikutan pandemik COVID-19. Reliance Media selaku penerbit turut mensasarkan tayangan di China, Jepun dan Asia Barat, bagaimanapun enggan mengambil risiko sekiranya meneruskan tayangan.[9][19] Pada September 2020, mereka mengumumkan bahawa biopik Mahathir akan ditayangkan pada Julai 2021.[20]

Catatan penjelasan

Rujukan

Pautan luar