Liu Xiaobo

Penulis dan aktivis hak asasi manusia China

Liu Xiaobo (Cina ringkas: 刘晓波pinyin: Liú Xiǎobō; 28 Disember 1955 – 13 Julai 2017) ialah seorang pengkritik sastera, penulis dan aktivis hak asasi manusia Cina di China dan pemenang Hadiah Keamanan Nobel 2010. Beliau dipenjarakan sebagai tahanan politik di Jinzhou, Liaoning.[2][3][4] Pada 26 Jun 2017, beliau didiagnosis kanser hati terminal dan beliau meninggal dunia di hospital pada 13 Julai 2017.[5]

Liu Xiaobo
刘晓波
刘晓波
Kelahiran(1955-12-28)28 Disember 1955
Changchun, Jilin, China
Meninggal dunia13 Julai 2017(2017-07-13) (umur 61)
WarganegaraChIna
PendidikanUniversiti Jilin University
Beijing Normal University
PekerjaanPenulis, pengulas politik, aktivis hak asasi manusia
PasanganTao Li (bekas isteri)
Liu Xia[1] (k. 1996; kematiannya 2017)
AnugerahHadiah Keamanan Nobel
Liu Xiaobo
Tulisan Cina Ringkas
Tulisan Cina Tradisional

Beliau berkhidmat sebagai Presiden Independent Chinese PEN Center sejak 2003. Pada 8 Disember 2008, Liu ditahan kerana penyertaannya dengan manifesto Charter 08. Beliau secara rasmi ditangkap pada 23 Jun 2009, dengan disyaki "menghasut subversi terhadap kuasa negara."[6][7]Beliau kemudiannya dibicarakan di atas dakwaan yang sama pada 23 Disember 2009, dan dihukum penjara sebelas tahun dan perlucutan dua tahun hak politik pada 25 Disember 2009.

Semasa di penjara, beliau telah diisytiharkan sebagai pemenang Hadiah Keamanan Nobel 2010 pada 8 Oktober 2010 untuk "perjuangan tanpa kekerasan dan lama untuk hak asasi manusia di China."[8][9] Beliau merupakan warganegara China pertama dianugerahkan Hadiah Nobel yang menetap di China.[10] Beliau merupakan orang ketiga diberikan Hadiah Keamanan Nobel ketika dalam penjara atau tahanan, selepas Carl von Ossietzky di Jerman (1935) dan Aung San Suu Kyi di Myanmar (1991). Liu merupakan orang pertama tidak mempunyai seorang wakil pun untuk menerima hadiah Nobel tersebut pada 10 Disember.[11][12]

Meninggal dunia

Liu Xiaobo meninggal dunia pada 13 Julai 2017 di Hospital Universit Perubatan China Pertama Shenyang.[13][14] BBC menyatakan bahawa beliau adalah "hak asasi manusia dan pendokong demokrasi China yang paling menonjol."[15][16] Jerman, UK, Perancis, Amerika Syarikat, Taiwan dan Pesuruhjaya Tinggi Hak Asasi Manusia PBB, Zeid Ra'ad Al Hussein, menggesa Republik Rakyat China untuk membenarkan isteri Liu Xiaobo, Liu Xia untuk mengembara dan meninggalkan negara itu jika beliau mahu.[17]

Pada pagi 15 Julai 2017, mayat Liu dibakar mengikut kehendak ahli keluarga dan adat istiadat setempat diikuti dengan penghormatan terakhir.[18]

Lihat juga

Rujukan

Pautan luar

Anugerah dan pencapaian
Didahului oleh
Barack Obama
Penerima Hadiah Keamanan Nobel
2010
Diikuti oleh:
Ellen Johnson Sirleaf
Leymah Gbowee
Tawakel Karman