Linggi
Linggi ialah sebuah mukim di daerah Port Dickson, Negeri Sembilan, Malaysia.[1]Dari segi pentadbiran adat, Linggi merupakan sebuah luak di bawah naungan Luak Sungai Ujong. Tempat yang berhampiran termasuklah Pasir Panjang, Pengkalan Kempas, Tanjung Agas dan Teluk Kemang.
Linggi | |||||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Negara | ![]() | ||||||||||||||||||||
Negeri | ![]() | ||||||||||||||||||||
Daerah | Port Dickson | ||||||||||||||||||||
Pentadbiran | |||||||||||||||||||||
• Jenis | Tempatan | ||||||||||||||||||||
• Badan | Majlis Perbandaran Port Dickson | ||||||||||||||||||||
• Yang Dipertua |
| ||||||||||||||||||||
• Pegawai Daerah | Khairy Maamor |
Linggi | |
---|---|
![]() Lokasi Luak Linggi di Negeri Sembilan (luak kecil berwarna ungu cair) | |
Negara | ![]() |
Negeri | ![]() |
Institusi adat | Undang Luak Sungai Ujong |
Pentadbiran | |
• Dato' Muda Linggi | Amran Mohd. Salleh |
Tempat ini mendapat namanya daripada sebatang sungai yang menjadi sempadan Negeri Sembilan dan Melaka. Sungai Linggi ini menjadi laluan masuk kapal-kapal dagang pada zaman silam. Raja Melewar yang datang dari Pagar Ruyung untuk dirajakan di Negeri Sembilan juga mudik ke hulu melalui Sungai Linggi. Sungai Linggi bercabang dua; satu cabang mengalir dalam daerah Rembau manakala satu lagi cabang berhulu di daerah Seremban. Hulu cabang inilah yang dinamakan Sungai Ujung iaitu nama lama bagi Seremban.
Pengangkutan
![](http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/0/09/E2%2C_Pedas_Linggi_Interchange_%28Exit_223%29_01.jpg/220px-E2%2C_Pedas_Linggi_Interchange_%28Exit_223%29_01.jpg)
Linggi dapat dicapai dengan menggunakan Jalan Pedas-Linggi ataupun menggunakan persimpangan EXIT 223 di Lebuhraya Utara-Selatan Jajaran Selatan .[2]