Liassine Cadamuro-Bentaïba
Peralatan
Umum
Cetak/eksport
Dalam projek lain
Maklumat peribadi | |||
---|---|---|---|
Nama penuh | Liassine Cadamuro-Bentaïba | ||
Tarikh lahir | (1988-03-05) 5 Mac 1988 (umur 36) | ||
Tempat lahir | Toulouse, Perancis | ||
Ketinggian | 1.86 m (6 ka 1 in) | ||
Posisi permainan | Pertahanan | ||
Maklumat kelab | |||
Kelab terkini | Osasuna (pinjam dari Real Sociedad) | ||
Nombor | 3 | ||
Kerjaya remaja | |||
2003–2008 | Sochaux | ||
Kerjaya Senior* | |||
Tahun | Pasukan | Kmcln | (Gol) |
2008–2011 | Real Sociedad B | 80 | (3) |
2011– | Real Sociedad | 27 | (0) |
2014 | → Mallorca (pinjam) | 8 | (0) |
2014–2015 | → Osasuna (pinjam) | 14 | (0) |
Pasukan kebangsaan‡ | |||
2012– | Algeria | 9 | (1) |
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 15 Februari 2015 ‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 11 Januari 2015 |
Liassine Cadamuro-Bentaïba (lahir 5 Mac 1988) merupakan pemain bola sepak Algeria yang bermain untuk CA Osasuna secara pinjaman dari Real Sociedad dan pasukan kebangsaan Algeria.
Cadamuro dilahirkan di Toulouse, Perancis. Ayahnya berbangsa Itali manakala ibunya berbangsa Algeria.[1]
Ketika berumur 15 tahun, Cadamuro menyertai pasukan belia FC Sochaux-Montbéliard dan mewakili pasukan simpanan kelab itu selama tiga musim. Pada musim panas tahun 2008, dia berpindah ke Sepanyol untuk menyertai Real Sociedad.
Cadamuro bermain selama tiga untuk untuk pasukan B, dua tahun di divisyen ketiga dan satu tahun di divisyen keempat. Dia dinaikkan ke skuad utama untuk musim 2011-2012, susulan ketibaan Philippe Montanier sebagai pengurus pasukan. Pada 10 September 2011, dia membuat penampilan sulung La Liga, menggantikan Xabier Prieto pada minit ke-70 ketika seri 2–2 di tempat sendiri menentang FC Barcelona.[2]
Cadamuro menghabiskan musim pertamanya bersama pasukan utama Real dengan membuat 19 penampilan liga, membantu kelabnya menduduki tempat ke-12. Pada 2 Januari 2013, dia menandatangani kontrak lanjutan dua tahun bersama kelab itu, melanjutkan kontraknya sehingga tahun 2016.[3]
Pada 8 Januari 2014, Cadamuro menyertai kelab Segunda División, RCD Mallorca secara pinjaman sehingga bulan Jun.[4] Pada 31 Ogos, dia menyertai CA Osasuna secara pinjaman.[5]
Pada 10 Februari 2012, laman web Real Sociedad mengumumkan bahawa Cadamuro telah dipanggil oleh Halilhodžić untuk pusingan kelayakan Piala Negara-Negara Afrika 2013 menentang Gambia.[6] Dia membuat penampilan sulungnya ketika kemenangan 2–1 ke atas Gambia.[7]
Cadamuro dipilih ke dalam skuad 23 pemain Piala Dunia FIFA 2014,[8] sebagai pemain simpanan. Pada 26 Jun, walaupun berada di bangku simpanan, dia diberi kad kuning ketika perlawanan peringkat kumpulan menentang Rusia.[9]
Cadamuro menjaringkan gol pertamanya pada 11 Januari 2015 ketika seri 1-1 dalam perlawanan persahatan menentang Tunisia.[10]
# | Tarikh | Venue | Lawan | Skor | Keputusan | Pertandingan |
---|---|---|---|---|---|---|
1. | 11 Januari 2015 | Stade Olympique de Radès, Radès | Tunisia | 1–0 | 1–1 | Persahabatan |
Kelab | Musim | Liga | Piala | Benua | Jumlah | ||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Kmncln | Gol | Kmncln | Gol | Kmncln | Gol | Kmncln | Gol | ||
Real Sociedad | 2011–12 | 19 | 0 | 2 | 0 | – | 21 | 0 | |
2012–13 | 4 | 0 | 0 | 0 | – | 4 | 0 | ||
2013–14 | 4 | 0 | 2 | 0 | 2 | 0 | 8 | 0 | |
Mallorca | 2013–14 | 8 | 0 | 0 | 0 | – | 8 | 0 | |
Osasuna | 2014–15 | 12 | 0 | 1 | 0 | – | 13 | 0 | |
Jumlah | 47 | 0 | 5 | 0 | 2 | 0 | 54 | 0 | |
Jumlah karier | 47 | 0 | 5 | 0 | 2 | 0 | 54 | 0 |
Negara | Musim | Kompetitif | Persahabatan | Jumlah | Ref | ||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Kmncln | Gol | Kmncln | Gol | Kmncln | Gol | ||||
Algeria | 2012 | 3 | 0 | 0 | 0 | 3 | 0 | ||
2013 | 1 | 0 | 1 | 0 | 2 | 0 | |||
2014 | 1 | 0 | 2 | 0 | 3 | 0 | |||
2015 | 0 | 0 | 1 | 1 | 1 | 1 | |||
Jumlah | 5 | 0 | 4 | 1 | 9 | 1 |
Skuad Algeria | |||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|
Persondata | |
---|---|
Nama | Cadamuro-Bentaiba, Liassine |
Nama alternatif | Cadamuro, Liassine |
Pemerihalan ringkas | Pemain bola sepak Algeria |
Tarikh kelahiran | 5 Mac 1988 |
Tempat kelahiran | Toulouse, Perancis |
Tarikh kematian | |
Tempat kematian |