Lepus alleni

Lepus alleni ialah satu spesies arnab di Amerika Utara, yang dikenali dengan gelaran Arnab Jack Antelop. Ia ditemui di negeri Arizona di Amerika Syarikat, dan negeri-negeri Chihuahua, Nayarit, Sinaloa dan Sonora di Mexico.[1]

Arnab Jack Antelop
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Order:
Keluarga:
Genus:
Spesies:
L. alleni
Nama binomial
Lepus alleni
Mearns, 1890
Taburan Lepus alleni

Habitat

Lepus alleni ditemui di pelbagai jenis habitat, baik kawasan bukit-bukau atau padang berumput, mahupun gurun di barat daya, ataupun kawasan bandar di mana ia membiasakan diri dengan kedekatan manusia dengan habitat mereka.

Pemerian fizikal

Tubuh Lepus alleni boleh membesar sehingga panjangnya 45–60 cm (18–24 inci). Ekornya boleh tumbuh sepanjang 3–10 cm (1–4 inci). Kaki depannya boleh membesar sekitar 10–20 cm (4–8 in.), manakala kaki belakangnya boleh mencapai 20–30 cm (8–12 inci). Kerana kakinya arnab ini digelar "Antelope Jackrabbit", sempena haiwan yang pantas melompat di Afrika yang bergelar antelop. Telinganya yang mencapai panjang 2–8 inci apabila matang, bukan sahaja untuk mendengar, bahkan juga mengawal haba dalam badan untuk bermandiri dalam habitat panas terik.

Subspesies

Arnab ini terbahagi kepada dua subspesies:

  • Lepus alleni alleni
  • Lepus alleni tiburonensis

Rujukan

Lihat juga

  • Jackalope - makhluk rekaan yang mencampuri antelop dan arnab