Lemak Kampung Santan

Filem komedi romantik Malaysia 2013 arahan Datuk Hans Isaac

Lemak Kampung Santan ialah sebuah filem komedi romantik Malaysia 2013 arahan Hans Isaac yang turut menulis skrip bersama Harith Iskander dan berlakon.[1]

Lemak Kampung Santan
PengarahHans Isaac
PenulisHans Isaac
Harith Iskander
Dihasilkan olehHans Isaac
Dibintangi
Syarikat
penerbitan
Tall Order Productions
Tarikh tayangan
8 Ogos 2013
Masa tayangan
99 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
BajetRM1.7 juta
Pecah panggungRM120,000

Sinopsis

Mengisahkan tentang seorang pemuda bandar, Ridzuan (Hans Isaac), yang jatuh cinta dengan seorang gadis kampung bernama Tiqa (Neelofa). Ridzuan merupakan seorang pereka binaan untuk sebuah syarikat Terkemuka manakala Tiqa pula seorang penjual nasi lemak di Kampung Santan. Pertemuan pertama mereka berlaku tanpa diduga di Kampung Santan di mana gadis itu tidak tahu Ridzuan merupakan ketua projek yang akan membina sebuah resort selain memaksa semua penduduk Kampung Santan untuk berpindah.

Pelakon

Penerbitan dan keluaran

Lemak Kampung Santan diarahkan oleh Hans Isaac yang sebelum ini mengarahkan filem Cuci (2008). Skrip filem ini ditulis bersama oleh Hans dan Harith Iskander. Sewaktu diawal pembikinan filem ini, Hans dan Neelofa pernah digosipkan bercinta, namun mereka berdua menafikan khabar angin itu dan menegaskan bahawa mereka hanya sekadar teman rapat sahaja.[2]

Filem ini ditayangkan pada 8 Ogos 2013, bersempena dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri dan merupakan satu kegagalan komersial, hanya mencatat kutipan sebanyak RM120,000 sahaja sepanjang tayangannya pada musim Aidilfitri.[3][4] Hans kemudian menyatakan di laman sosial Twitter bahawa beliau akan berhenti mengarah setelah Lemak Kampung Santan kurang mendapat sambutan.[5][6]

Tayangan media

Lemak Kampung Santan telah dipertontonkan secara eksklusif di Tonton pada 9 September 2013.[7]

Rujukan

Pautan luar