Laurent Ciman

Pemain bola sepak Belgium

Laurent Franco Ciman (lahir 5 Ogos 1985) merupakan pemain bola sepak Belgium yang bermain di kelab Standard Liège dan pasukan kebangsaan Belgium.

Laurent Ciman
Maklumat peribadi
Nama penuhLaurent Franco Ciman[1]
Tarikh lahir (1985-08-05) 5 Ogos 1985 (umur 38)
Tempat lahirFarciennes, Belgium
Ketinggian1.85 m (6 ka 1 in)
Posisi permainanPertahanan
Maklumat kelab
Kelab terkini
Standard Liège
Nombor6
Kerjaya Senior*
TahunPasukanKmcln(Gol)
2004–2008Charleroi85(3)
2008–2010Club Brugge16(0)
2009–2010Kortrijk (pinjaman)34(2)
2010–Standard Liège131(4)
Pasukan kebangsaan
2004–2008Belgium B216(0)
2010–Belgium8(0)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 31 Oktober 2014
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 31 Oktober 2013

Kerjaya kelab

Ciman telah berpindah dari Charleroi ke Club Brugge pada Jun 2008 menandatangani kontrak tiga tahun bersama kelab Belgium, beliau juga dipinjam ke Kortrijk untuk musim 2009–10. Pada 16 Jun 2010, beliau menyertai kelab profesional Belgium, Standard Liège dalam kontrak selama empat tahun.[2]

Kerjaya antarabangsa

Ciman bermain dalam pasukan bawah-21 dan dipanggil oleh jurulatih Georges Leekens untuk perlawanan persahabatan menentang Bulgaria pada 19 Mei 2010 di mana perlawanan itu merupakan debut beliau.

Pada 13 Mei 2014, Ciman telah disenaraikan dalam skuad Belgium untuk Piala Dunia FIFA 2014 di Brazil.[3]

Pasukan kebangsaan Belgium
TahunKmnclnGol
201020
201160
Jumlah80

Penghargaan

Club Brugge
  • Bruges Matins (1): 2009[4]
Standard Liège
  • Piala Belgium (1): 2010–11

Rujukan