Lana Condor

Lana Therese Condor (lahir 11 Mei 1997) ialah seorang pelakon dan penari Amerika Syarikat. Beliau memegang watak Jubilation Lee/Jubilee dalam filem adiwira 2016, X-Men: Apocalypse dan memiliki peranan utama pertamanya sebagai Lara Jean Covey dalam filem adaptasi 2018 dari To All the Boys I've Loved Before. Beliau juga membintangi peranan sebagai Koyomi K. dalam filem cereka sains Alita: Battle Angel (2018).

Lana Condor
Kelahiran
Tran Dong Lan

(1997-05-11) 11 Mei 1997 (umur 27)
Cần Thơ, Vietnam
Pekerjaan
  • Pelakon
  • Penari
Tahun aktif2016-kini
Kampung asalChicago, Illinois, Amerika Syarikat

Kehidupan awal

Lana Condor dilahirkan di Vietnam. Awalnya, beliau dibesarkan di sebuah pusat asuhan di Cần Thơ, Vietnam, dan kemudian diambil sebagai anak angkat di Chicago, Illinois[1]. Beliau djaga oleh pasangan Amerika Mary Carol dan Bob Condor, pada 6 Oktober 1997, bersama adik lelaki bukan kandungnya, Arthur[2]. Nama sebenar Lana Condor ialah Tran Dong Lan, yang kemudian dibaptis menjadi Lana Therese Condor setelah diambil sebagai anak angkat.

Kehidupan peribadi

Lana Condor menjalin hubungan dengan Anthony De La Torre sejak Ogos 2015[3].

Filemografi

Filem

TahunTajukPerananCatatan
2016X-Men: ApocalypseJubilation Lee / Jubilee
Patriots DayLi
2018To All the Boys I've Loved BeforeLara Jean CoveyDicalonkan – Teen Choice Award untuk Aktris Film Drama[4]
2019Alita: Battle AngelKoyomi K.
Summer NightLexi
2020To All the Boys: P.S. I Still Love YouLara Jean Covey
Girls NightAlex
2021To All the Boys: Always and Forever, Lara JeanLara Jean Covey

Televisyen

TahunTajukPerananCatatan
2017High School LoverAllisonFilem TV
2019Deadly ClassSaya Kuroki
2019Rilakkuma and KaoruKaoru (suara)Versi Bahasa Inggeris
2019BoJack HorsemanCasey The Assistant (suara)2 episod

Rujukan

Pautan luar