Laluan MRT Timur Laut

Laluan Timur Laut atau Laluan Utara Timur[2] (NEL) ialah laluan kereta api ketiga dalam Sistem Pengangkutan Gerak Cepat (MRT) Singapura. Laluan ini merupakan laluan alihan laju bermuatan berat pertama di dunia yang menggunakan kereta api tanpa pemandu dan automatik sepenuhnya yang menggunakan teknologi roda keluli konvensional (berbanding tayar getah, teknologi bermuatan sederhana yang dijumpai dalam sistem seperti VAL). NEL kini mempunyai kepanjangan 20 kilometer (12 bt) dengan 16 buah stesen dari HarbourFront ke Punggol[3] dan keseluruhan perjalanan mengambil masa kira-kira 33 minit.[4]


Laluan MRT Timur Laut
لالوان تيمور لاءوت
Laluan Timur Laut yang ditandakan dengan warna ungu pada peta.
Umum
Nama lain东北地铁线
வடக்கு கிழக்கு எம்ஆர்டி வழி
Nama asalNorth East Line
JenisTransit aliran deras
SistemSistem Pengangkutan Gerak Cepat (Singapura)
StatusBeroperasi
Dalam pembinaan (Punggol Coast)
TerminalHarbourFront
Punggol (hingga 2023)
Punggol Coast (2023)
Stesen16 (tidak termasuk stesen peruntukan NE2)
1 (Dalam pembinaan)
Perkhidmatan1
Penumpang harian601,000 (2019)[1]
Operasi
Dirancang dibuka2023; 1 tahun yang lalu (2023) (Punggol Coast)
Dibuka20 Jun 2003; 21 tahun yang lalu (2003-06-20)
15 Januari 2006; 18 tahun yang lalu (2006-01-15) (Buangkok)
20 Jun 2011; 13 tahun yang lalu (2011-06-20) (Woodleigh)
PemilikPenguasa Pengangkutan Darat
PengendaliSBS Transit (ComfortDelGro Corporation)
CiriBawah tanah
DepotSengkang
Stok kereta apiC751A
C751C
C851E (Masa depan)
Teknikal
Panjang aliran19.2 km (11.9 bt) (Beroperasi)
1.6 km (0.99 bt) (Dalam pembinaan)
Tolok landasan1,435 mm (4 kaki 8 12 in) tolok piawai
Pengelektrikan1500V DC Talian katenari
Kelajuan operasihad laju 90 km/j (56 mph)
Peta laluan
Templat:Laluan MRT Singapura/Timur Laut

Pada peta, gambar rajah dan papan tanda, laluan Downtown ditunjukkan dengan warna ungu (    ) dan stesen-stesennya ditandakan dengan nombor beserta kod "NE". Laluan NEL juga ialah laluan pertama yang menampilkan Seni dalam Transit di kesemua stesennya dan liputan Wireless@SG turut boleh didapati di stesen–stesen.

Stesen

NomborStesenGambarPertukaran/Catatan
 NE1  CC29 HarbourFront Pertukaran dengan  CCL  Laluan Circle
 NE2 Stesen peruntukan(diperuntukan untuk kegunaan akan datang)
 NE3  EW16  TE17 Outram Park Pertukaran dengan  EWL  Laluan Timur Barat dan  TEL  Laluan Thomson–Pantai Timur (2021)
 NE4  DT19 Chinatown Pertukaran dengan  DTL  Laluan Downtown
 NE5 Clarke Quay  
 NE6  NS24  CC1 Dhoby Ghaut Pertukaran dengan  NSL  Laluan Utara Selatan dan  CCL  Laluan Circle
 NE7  DT12 Little India Pertukaran dengan  DTL  Laluan Downtown
 NE8 Farrer Park  
 NE9 Boon Keng  
 NE10 Potong Pasir  
 NE11 Woodleigh 
 NE12  CC13 Serangoon Pertukaran dengan  CCL  Laluan Circle
 NE13 Kovan  
 NE14 Hougang  
 NE15 Buangkok  
 NE16  STC Sengkang Pertukaran dengan  SKLRT  Laluan LRT Sengkang
 NE17  PTC Punggol Pertukaran dengan  PGLRT  Laluan LRT Punggol
Lanjutan laluan Timur Laut (Dalam perancangan) (Dijangka siap pada 2023)
 NE18 Punggol Coast

Rujukan

Pautan luar