Lajos II dari Hungary

Lajos II[nota 1] (1 Julai 1506 – 29 Ogos 1526) adalah Raja Hungary dan Bohemia bermula pada tahun 1516 sehingga 1526[1].

Louis II
Raja Hungary
Pemerintahan15161526
Didahului olehLadislaus II
Diikuti olehFerdinand I
János Szapolyai
Raja Bohemia
Pemerintahan15161526
Didahului olehLadislaus II
Diikuti olehFerdinand I
PasanganMary dari Habsburg
KerabatDinasti Jagiellon
AyahandaVladislas II dari Hungary
BondaAnne de Foix

Keputeraan

Louis semasa muda (kanan-depan) dan keluarga Maharaja Maximilian I

Baginda diputerakan di Buda (kini Budapest), Hungary kepada Ladislaus V Jagiellon dari permaisuri ketiganya Anne de Foix.

Selepas kematian ayahandanya pada tahun 1516, Louis II yang masih muda menaiki takhta Hungary dan Bohemia. Sambil ini baginda diasuh sebagai putera angkat oleh Maharaja Suci Rom Maximilian I pada tahun 1515. Apabila Maximilian I mangkat pula pada tahun 1519, baginda dibesarkan oleh pupundanya selaku penjaga sah baginda Georg von Hohenzollern, margrave dari Brandenburg-Ansbach.

Pemerintahan

Dalam pertempuran menentang pihak Uthmaniyah

Pada 29 Ogos 1526, Lajos memimpin bala tentera baginda berperang di Mohács menentang angkatan Uthmaniyah Süleyman. Askar-askar Lajos dikepung dengan berkesannya oleh pihak Uthmaniyah yang menyerang dengan senjata meriam dan senapang lantak para janissari sehingga sebahagian besar angkatan Lajos terkorban.

Lajos dan askar-askar yang terselamat berundur kalah, namun dalam keberangkatan baginda dicatatkan terjatuh dari kuda tunggangan baginda semasa mendaki suatu ngarai curam lalu terjatuh ke dalam suatu sungai rendah; baju zirahnya yang sangat berat menekannya dalam air tidak boleh berdiri sehingga melemaskan baginda.[2][3]

Nota

Rujukan

Bibliografi

  • Takáts, Sándor: II. Lajos király fia (A Son of King Louis II Jagiellon), Századok (Periodical Centuries), pp. 183-185, 1903

Pautan luar

Kategori berkenaan Lajos II dari Hungary di Wikimedia Commons

Didahului oleh
Ladislaus II
Raja Bohemia
1516–1526
Diikuti oleh:
Ferdinand I
Didahului oleh
Ladislaus II
Raja Hungary
1516–1526
Diikuti oleh:
Ferdinand I dan
János I

Templat:Raja Bohemia