La fanciulla del West

Senarai opera Giacomo Puccini

Le Villi (1884)
Edgar (1889)
Manon Lescaut (1893)
La bohème (1896)
Tosca (1900)
Madama Butterfly (1904)
La fanciulla del West (1910)
La rondine (1917)
Il trittico: Il tabarro (1918)
Il trittico: Suor Angelica (1918)
Il trittico: Gianni Schicchi (1918)
Turandot (1926)


La fanciulla del West ("The Girl of the Golden West" atau "Wanita dari bahagian Barat yang mahsyur") ialah opera tiga babak arahan penggubah Giacomo Puccini untuk libreto Itali, ditulis bersama Guelfo Civinini dan Carlo Zangarini. Opera ini diambil dari cerita The Girl of the Golden West hasil tulisan David Belasco. Persembahan pertama "La fanciulla del West" dibuat di Metropolitan Opera atau lebih dikenali sebagai "The Met" di bandaraya New York pada tahun 1910.

Latar belakang

Selepas kejayaan opera Madama Butterfly, Puccini kembali kepada sumber inspirasinya, pengarang David Belasco. Belasco ialah penulis untuk Madame Butterfly juga penulis untuk cerita The Girl of the Golden West. Oleh kerana skrip dan aria opera adalah di dalam bahasa Itali, Puccini menukarkan tajuk asal kepada bahasa ibundanya dan mempersembahkan cerita ini untuk dalam opera beliau yang seterusnya.

Persembahan pembukaan opera ini dibuat pada 10 Disember 1910 di bandaraya New York di rumah opera yang berprestij Metropolitan Opera, di bawah pimpinan konduktor muzik, Arturo Toscanini. La fanciulla del West merupakan opera bertaraf antarabangsa yang pertamakali dibuat di "The Met" dan mendapat sambutan besar di Amerika Syarikat.

Walau bagaimanapun, opera ini tidak mendapat sambutan baik di Eropah melainkan di Jerman. Pada Mac 1913, persembahan pembukaan opera ini di Berlin, Jerman yang bertempat di Deutsche Opernhaus (kini dikenali sebagai Deutsche Opera), di bawah pimpinan konduktor muzik Ignatz Waghalter mendapat kejayaan yang amat besar.

Peranan

PerananJenis suaraTayangan pembukaan
Disember 10, 1910
(Konduktor: Arturo Toscanini)
MinniesopranoEmmy Destinn
Jack Rance, ketua polisbaritonPasquale Amato
Dick Johnson/Ramerrez, penjahattenorEnrico Caruso
Nick, pekerja bar di Polka saloontenorAlbert Reiss
Ashby, ajen Wells FargobesAdamo Didur
Sonora, penggali lombongbaritonDinh Gilly
Trin, penggali lombongtenorAngelo Badà
Sid, penggali lombongbaritonGiulio Rossi
Handsome, penggali lombongbaritonVincenzo Reschiglian
Harry, penggali lombongtenorPietro Audisio
Joe, penggali lombongtenorGlenn Hall
Happy, penggali lombongbaritonAntonio Pini-Corsi
Jim Larkens, penggali lombongbesBernard Bégué
Billy Jackrabbit, orang asli IndianbesGeorges Bourgeois
Wowkle, pembantu Jackrabbitmezzo-sopranoMarie Mattfeld
Jake Wallace, orang dari jelajah berkhemahbaritonAndrés de Segurola
José Castro, orang dari kumpulan RamerrezbesEdoardo Missiano
Penunggang Pony ExpresstenorLamberto Belleri
Orang ramai dari tempat perkhemahan

Aria-aria terkenal

  • "Laggiù nel Soledad" - Minnie dalam Babak I
  • "Minnie, dallla mia casa" - Jack Rance dalam Babak I
  • "Oh, se sapeste" - Minnie dalam Babak II
  • "Or son sei mesi" - Dick Johnson a.k.a Ramerrez dalam Babak II
  • "Ch'ella mì creda libero" - Dick Johnson a.k.a Ramerrez dalam Babak III

Rakaman terpilih

TahunPenyanyi-pelakon
(Minnie, Dick Johnson, Jack Rance)
Konduktor,
rumah opera dan orkestra
Label
1982Carol Neblett,
Plácido Domingo,
Silvano Carroli
Nello Santi,
Royal Opera House, Covent Garden Orchestra and Chorus
DVD: Kultur Video
ASIN: 032031203822
1991Mara Zampieri,
Plácido Domingo,
Juan Pons
Lorin Maazel,
Teatro alla Scala Orchestra and chorus
DVD: BBC / Opus Arte
ASIN: B00027LD66
1992Barbara Daniels,
Plácido Domingo,
Sherrill Milnes
Leonard Slatkin,
Metropolitan Opera Orchestra and Chorus
DVD: Deutsche Grammophon
ASIN: B000787X0A

Nota: "Kat:" ialah singkatan untuk nombor katalog syarikat rakaman; manakala ASIN ialah nombor rujukan amazon.com

Buku rujukan

  • Hamilton, David, ed. (1987). The Metropolitan Opera Encyclopedia. New York: Simon & Schuster. ISBN 0-671-61732-X.CS1 maint: multiple names: authors list (link) CS1 maint: extra text: authors list (link)

Pautan luar