Konsert M. Nasir... Kembara

Konsert M. Nasir... Kembara ialah konsert jelajah oleh M. Nasir. Diadakan dari 23 Mei sehingga 7 November 2015 di empat lokasi berbeza di Malaysia, konsert ini diadakan sebagai tanda penghargaan M. Nasir kepada peminat-peminatnya sepanjang menceburi bidang muzik selama hampir 4 dekad.[3] Senarai lagu yang dipersembahkan termasuk lagu-lagu popular beliau dari album-albumya serta lagu-lagunya dari kumpulan Kembara.[4][5][6]

Konsert M. Nasir... Kembara
Konsert jelajah oleh M. Nasir
Lokasi
Album berkaitan
Tarikh mula24 Mei 2015[a]
Tarikh tamat7 November 2015
Jumlah persembahan4
Artis jemputan
Kronologi konsert M. Nasir

Konsert

M. Nasir mengumumkan konsert jelajahnya dalam satu sidang media yang diadakan pada 7 Mei 2015 di Talent Lounge, Menara Mustapha Kamal, Damansara,[7] yang mana ia diadakan bagi menghargai peminat di luar Kuala Lumpur sempena 40 tahun penglibatannya dalam bidang seni.[3] Konsert jelajah M. Nasir... Kembara mewakili Zon Timur, Selatan, Utara dan Sentral di empat lokasi berbeza dengan penajaan daripada Celcom dan Perodua. Konsert pertama bermula pada 24 Mei di Stadium Tertutup SUKPA, Indera Mahkota, Kuantan, Pahang. Konsert jelajah kedua kemudian diadakan Stadium Tertutup Pasir Gudang, Johor pada 13 Jun; diikuti oleh Dewan Milenium Kepala Batas, Pulau Pinang pada 5 September dan konsert terakhir berlangsung di Stadium Malawati, Shah Alam, Selangor pada 7 November.[8][9] Spider, Fynn Jamal dan Pitahati tampil sebagai penyanyi jemputan untuk siri jelajah.[3] Ia turut dihadiri oleh penyair tempatan, Marsli No yang mendeklamasikan sajak bertajuk Kembara diikuti oleh persembahan silat.[10] Konsert ini menandakan kali pertama M. Nasir mengadakan konsert jelajah sepanjang kerjaya solo beliau.[11]

Ulasan kritis

Konsert M. Nasir... Kembara menerima ulasan positif daripada pengkritik muzik. Mohd Khairul Mohd Ali dari Utusan Malaysia memuji konsert jelajah M. Nasir secara keseluruhan, berpendapat bahawa "bukan sahaja aspek nyanyian, tetapi persembahan tarian, penguasaan pentas, interaksi dengan penonton serta gaya tersendiri membuatkan dia terus kekal mengungguli industri nyanyian tempatan sehingga kini" dan turut berpendapat konsert ini mematarbatkan lagi kedudukan dan pencapaian M. Nasir dalam bidang muzik.[11] Tengku Khalidah Tengku Bidin, juga dari akhbar sama menyifatkan M. Nasir "seniman tak lapuk dek hujan" dan berkata: "Sesuai dengan gelaran ‘sifu’ yang dimiliki, kelebihan M. Nasir tidak sekadar menyanyi, ada masanya dia cukup menceriakan suasana dengan lawak bersahaja. Mungkin yakin dengan kehebatan sistem bunyi di konsert itu juga, M. Nasir sempat berlaku jujur dengan memberitahu ada bahagian lagu yang dia tidak mampu nyanyikan kerana terlupa lirik. Nampak seperti tidak patut berlaku di sebuah konsert besar seperti itu...".[12] Dalam ulasannya mengenai konsert ini, Arina Azlan dari Kosmo! pula berpendapat konsert ini menjadi bukti M. Nasir "masih berbisa walau sudah 40 tahun merajai muzik tempatan".[13]

Susunan lagu

Susunan lagu
  1. "Rajawali Terbang Tinggi"
  2. "Apokalips"
  3. "Bonda"
  4. "Tanya Sama Itu Hud Hud"
  5. "Raikan Cinta"
  6. "Hati Emas"
  7. "Gerhana"
  8. "Mentera Semerah Padi"
  9. "Ada"
  10. "Bunga Bakawali"
  11. "Sentuhan Listrikmu"
  12. "Mustika"
  13. "Sahabat Gua"
  14. "Keroncong Buat Ana"
  15. "Kepadamu Kekasih"
  16. "Phoenix Bangkit Dari Abu"
  17. "Andalusia"
  18. "Bila Rumi Menari"
  19. "Duit"
  20. "Sang Pencinta"
  21. "Juwita... (Citra Terindah)"
  22. "Hijab Kekasih"
  23. "Malam"
  24. "Langgam Pak Dogo"


Tarikh jelajah

TarikhBandarNegaraTempat
Asia[4]
24 Mei 2015Kuantan, PahangMalaysiaStadium Tertutup SUKPA, Indera Mahkota
13 Jun 2015Pasir Gudang, JohorStadium Tertutup Pasir Gudang
5 September 2015Kepala Batas, Pulau PinangDewan Milenium Kepala Batas
7 November 2015Shah Alam, SelangorStadium Malawati

Tetamu jemputan

TarikhTetamu
24 Mei–7 November 2015Spider, Fynn Jamal, Pitahati[4]

Catatan

Rujukan

Pautan luar