Konflik Ecuador 2024

Konflik bersenjata antara Polis Kebangsaan Ecuador dengan Los Choneros dan pakatan samsengnya telah berlaku di Ecuador sejak tarikh 9 Januari 2024. Pemerintah negeri itu kemudian meluaskan perkhidmatan penguatkuasaan, yang bukan hanya ingin menghancurkan Los Choneros tetapi semua kumpulan penjenayah terancang di Ecuador.

Konflik Ecuador 2024
Sebahagian daripada krisis keselamatan Ecuador
Tarikh9 Januari 2024 – kini
(5 bulan dan 4 minggu)
Lokasi
StatusSedang berlangsung
Pihak yang terlibat

Orang awam bersenjata
Kumpulan jenayah terancang, terutamanya Los Choneros
Komandan dan pemimpin
  • José Adolfo Macías Villamar
  • Fabricio Colón Pico
Kerugian dan korban
2 pegawai polis terbunuh[1]
4 pegawai polis diculik[2]
14 orang yag disyaki ditahan[1]
8 orang awam terbunuh[1]

Tembakan-tembakan dari serangan bersenjata di Guayaquil terdengar, terutamanya di dalam penjara, jalanan pasar, jalan-jalan, dan sekitar kawasan universiti.[3][4] Serangan berskala besar digalakkan sebagai pelakaran tindak balas kepada tindakan pemimpin Los Choneros, José Adolfo Macías Villamar yang melarikan diri dari penjara di Guayaquil.[5] Presiden Daniel Noboa telah mengisytiharkan keadaan perang dan darurat bagi sivil (termasuk penggalakan belajar di rumah bagi pelajar sekolah dan universiti).

Perisytiharan itu berlaku selepas Los Choneros melakukan tindakan terorisme sebagai balas dendam ke pelbagai tempat dalam negara, salah satunya penyerangan ke stesen TV AFP ketika sedang penyiaran tajuk akhbar.[4]

Latar Belakang

Awal kemelut berlaku sejak tarikh 7 Januari 2024. Ketika itu Bos Samseng Los Choneros, José Adolfo Macías Villamar berjaya kabur dari penjaranya semasa jadual pemindahannya ke penjara dengan pengawasan yang lebih ketat. Peristiwa kaburnya Bos Samseng itu hanya diketahui oleh pihak penjara sehari selepasnya. Kedua pengawas yang mengawasi Villamar dijatuhi hukuman rasuah.[6][7]

Pada 8 Januari, Presiden Daniel Noboa mengazamkan tetapan darurat negara selama 60 hari,[8] aktiviti masyarakat awam diawasi oleh polis secara ketat dan tentera berkhidmat mengawasi ke dalam penjara. Kekecohan besar berlaku sederum di pelbagai penjara di seluruh Ecuador.[9] Pada malam harinya, empat pegawai polis ditawan di bandar Quito dan Quevedo.[6]

Rujukan