Konfeti

Konfeti (disebut [kon.fé.ti]) diertikan sebagai kepingan kertas yang dilemparkan untuk tujuan keraian seperti perarakan, konsert atau majlis perkahwinan.[1]

Pasangan pengantin disambut konfeti

Ia asalnya daripada tradisi seberapa masyarakat Eropah yang membaling atau melempar bijirin atau gula-gula[2][3] dari zaman purba hingga zaman Pembaharuan. Kata "konfeti" ini menyerap bahasa Itali confetti iaitu bentuk jamak confetto yang bermaksud "gula-gula kecil";[4] gula-gula yang dihasilkan untuk tujuan ini lazim dibuat menggunakan biji ketumbar (coriandolo) sebagai inti - malah ia turut memberi nama kepada bahan kertas seumpama dalam bahasa tersebut iaitu coriandoli.[5]

Rujukan