Kiritimati

Kiritimati[1] atau Pulau 'Christmas adalah sebuah atol di Lautan Pasifik yang terletak di utara Kepulauan Line dan membentuk sebahagian dari Republik Kiribati.

Kiritimati
Gambar dari Stesen Angkasa Antarabangsa
CountryKiribati
Kumpulan pulauKepulauan Line

Pulau ini mempunyai luas daratan yang terbesar berbanding dengan mana-mana atol terumbu karang di dunia: iaitu kira-kira 322 kilometer persegi (124 bt2);[2] lagunnya mempunyai keluasan yang lebih kurang sama. Atol ini memiliki ukuran perimeter sepanjang 150 km (93 bt), sementara garis pantai lagun mengunjur lebih dari 48 km (30 bt).[3] Pulau Christmas membentuk lebih 70% daripada keseluruhan luas daratan di Kiribati, sebuah negara yang terdiri daripada 33 buah atol dan pulau.

Pulau Kiritimati (Christmas) dikenali dengan kaedah penangkapan ikan menggunakan tulang.[4] Ia juga memiliki tempat pemerhatian burung dan meluncur yang terbaik.[5]

Nota

Rujukan

Pautan luar


Templat:Kiribati

em:Kiritimati