Kim Seung-gyu

Kim Seung-gyu (sebutan bahasa Korea: [kim.sɯŋ.ɡju]; lahir 30 September 1990) ialah seorang pemain bola sepak Korea Selatan yang bermain sebagai penjaga gol bagi kelab Arab Saudi, Al-Shabab dan pasukan kebangsaan Korea Selatan.

Kim Seung-gyu
Maklumat peribadi
Tarikh lahir (1990-09-30) 30 September 1990 (umur 33)
Tempat lahirUlsan, Korea Selatan
Ketinggian1.87 m (6 ka 2 in)[1]
Posisi permainanPenjaga gol
Maklumat kelab
Kelab terkini
Vissel Kobe
Nombor18
Kerjaya remaja
2003–2007Ulsan Hyundai
Kerjaya Senior*
TahunPasukanKmcln(Gol)
2006–2015Ulsan Hyundai114(0)
2016–2019Vissel Kobe49(0)
2019Ulsan Hyundai(0)
2020–2022Kashiwa Reysol72(0)
2022–Al-Shabab(0)
Pasukan kebangsaan
2006–2007Korea Selatan B-1717(0)
2008–2009Korea Selatan B-2016(0)
2009–2014Korea Selatan B-2315(0)
2013–Korea Selatan33(0)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 23 Februari 2017
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 7 Jun 2018
Kim Seung-gyu
Hangul김승규
Hanja金承奎
Perumian SemakanGim Seunggyu
McCune–ReischauerKim Sŭnggyu

Kerjaya kelab

Ulsan Hyundai

Kim ialah seorang pemain remaja dari akademi bola sepak Ulsan Hyundai. Ia mula menyertai pasukan senior sebagai pemain simpanan selepas menamatkan darjahnya di sekolah menengah. Bersama dengan kelabnya, kim memenangi Piala Korea Selatan 2010-11 dan Liga Juara-Juara AFC 2011-12. Dia ditunjuk oleh jurulatih sebagai penjaga gol utama Ulsan selepas menunjukan aksi mengagumkan dalam peluang penting pada satu perlawanan Liga K 2013-14.

Ketika itu penjaga gol Ulsan Hyundai, Kim Young-kwang mendapat cedera yang memaksanya beranjak dari padang. Kim ditunjuk sebagai salah satu daripada barisan XI Paling Baik Liga K pada musim itu.[2]

Vissel Kobe

Pada awal 2016, Kim memutuskan bagi memulakan kerjayanya di luar negara dengan menyerai Vissel Kobe sebagai kelab baharu. Selepas musim Liga J. 2016-17 berakhir, dia dipilih sebagai salah seorang daripada tiga penjaga gol J.League paling cemerlang dan dicalonkan sebagai barisan XI Paling Baik Liga J. tetapi tewas kepada Shusaku Nishikawa.[3]

Al Shabab

Kim memulakan kerjayanya di Arab Saudi dengan menyertai Al-Shabab pada tarikh 6 Julai 2022.[4] Dia berjaya mendapat jumlah penjagaan sempurna ketiga tertinggi dalam liga dengan 11 perlawanan tanpa gol pada Liga Profesional Arab Saudi 2022–23.[5] Pada Piala Juara Kelab Arab 2023, Kim memejalkan rekod sempurna dalam semua empat perlawanan sehingga suku akhir Piala Juara Kelab Arab 2023, tetapi rekodnya patah selepas Al-Hilal menjaringkan tiga gol.[6]

Kim menjadi perhatian beberapa tajuk akhbar selepas berjaya menghalau sepakan penalti Neymar pada tarikh 30 September 2023, dalam perlawanan Liga Profesional Arab Saudi 2023-24, tetapi tidak mampu mencegah serangan dari Koulibaly dan Mitrović yang berakibat ditewaskan 2-0 oleh pasukan penentang.

Rujukan

Pautan luar


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.

🔥 Top keywords: Hari Raya AidiladhaLaman UtamaDua Darjat (drama)The Hardest Singing ShowKhilaf Yang TertulisKhas:CariJamrahAbang AdikIbadah korbanCinta Untuk Sekali LagiTempoh haram puasaHari TasyrikKhas:Perubahan terkiniDharma Harun Al RashidAniq DurarZim Zim Ala KazimNabi Ismail a.s.Bunga SaljuUEFA Euro 2024Aku Bukan UstazahMuhammad Yassin MohammadSolat sunat hari rayaNabi Ibrahim a.s.Erysha EmyraWukufWanita Milik Tuan Putra6 JahanamProjek: Anchor SPMAgak LaenOzlynn WatyAnak Perjanjian Syaitan 2Senarai peribahasa (A–M)Nabi Muhammad SAWInna lillahi wa inna ilaihi raji'unSolatNafarAzahari HusinRiena DianaHaji