Khenti-kheti

Dalam mitologi Mesir, Khenti-kheti, ialah dewa buaya, namun dia kemudiannya digambarkan sebagai dewa falkon. Nama dia bermaksud "pengundur terulung".[1]

Asal usul & perubahan

Pada awalnya, dia dewa buaya di wilayah yang dipanggil Athribis, Mesir Hilir. Inilah sebabnya, dalam sejarah Mesir, dia sering dikaitkan dengan Sobek dan dikatakan adalah Pemilik Athribis. Walau bagaimanapun, semasa Kerajaan Baru, dia digambarkan mempunyai pertalian dengan Horus dan berbentuk seperti burung helang. Pada masa itu namanya Horas Khenti-Kheti.[2]

Legenda

Dia boleh menukar bentuk kepada seekor lembu jantan hitam gergasi, bernama Kemwer. [3] Dia kemudiannya digantikan oleh Osiris, juga dikenali sebagai "Osiris, yang tinggal di Athribis".[2]

Rujukan