Kenny G

Kenneth Bruce Gorelick (lahir 5 Jun 1956), lebih dikenali dengan nama pentas Kenny G, ialah seorang pemain saksofon Amerika Syarikat yang dilahirkan di Seattle kepada sebuah keluarga Yahudi. Album 1986 beliau, Duotones, membawanya menerima kejayaan komersial.[1] Kenny G ialah antara artis terlaris sepanjang zaman, dengan penjualan global berjumlah lebih dari 75 juta rakaman.[2]

Kenny G
Kenny G pada 2013
Latar belakang
Nama lahirKenneth Bruce Gorelick
Juga dikenali sebagai
Kenny G
Kelahiran (1956-06-05) 5 Jun 1956 (umur 68)
Seattle, Washington, Amerika Syarikat
Berasal dariAnn Arbor, Michigan, A.S.
GenreSmooth jazz
Kontemporari dewasa
PekerjaanPemuzik, penulis lagu, penerbit rakaman
InstrumenSaksofon soprano
Saksofon alto
Saksofon tenor
Seruling
Tahun aktif1973 – 1982 (kumpulan)
1982 – kini (solo)
Syarikat rakaman
Arista (1982 – 2006)
Concord (2006 - kini)
Pengkarya berkait
Laman sesawang
www.kennyg.com

Kehidupan awal

Kenny G dilahirkan di Seattle, Washington. Ibunya berasal dari Saskatchewan, Kanada. Keluarganya beragama Yahudi, dan beliau dibesarkan di Seward Park, yang merupakan pusat komuniti Yahudi di bandar itu. Beliau mulai tertarik dengan saksofon ketika mendengar persembahan di The Ed Sullivan Show.[1] Beliau mula bermain saksofon, alto Buffet Crampon, pada tahun 1966 ketika berusia 10 tahun.[3]

Kenny G bersekolah di Whitworth Elementary School, Sharples Junior High School, Franklin High School, dan Universiti Washington, semuanya di bandar kelahirannya, Seattle. Ketika beliau memasuki sekolah menengah, beliau tidak dapat menyertai kugiram jazz namun mencuba nasib sekali lagi pada tahun berikutnya dan menerima pelawaan.[4][5] Rakan sekelas beliau di Franklin High School, Robert Damper (piano, keyboard) bermain dalam kugirannya.[6][7] Semasa belajar di sekolah menengah, beliau menghadiri kelas saksofon dan klarinet dari Johnny Jessen, seminggu sekali selama setahun.

Beliau juga ahli pasukan golf sekolah menengahnya. Beliau telah menjadi peminat sukan ini sejak abangnya, Brian Gorelick, memperkenalkannya kepada sukan golf ketika beliau berusia sepuluh tahun.[5]

Kerjaya

Kerjaya Kenny G bermula dengan pekerjaan sebagai pembantu untuk Love Unlimited Orchestra milik Barry White pada tahun 1973; beliau berusia 17 dan masih di sekolah menengah.[8][9] Beliau terus bermain secara profesional sambil mengikuti jurusan di bidang perakaunan di Universiti Washington di Seattle, dan lulus dengan menerima ijazah magna cum laude.[8][10] Beliau bermain bersama kumpulan funk Cold, Bold and Together[10] sebelum menjadi ahli The Jeff Lorber Fusion.[9] Beliau memulakan kerjaya solonya selepas tempohnya bersama Lorber.[9]

Diskografi

Album studio

  • Kenny G (RIAA: 1982)
  • G Force (RIAA: 1983)
  • Gravity (RIAA: 1985)
  • Duotones (RIAA: 1986)
  • Silhouette (RIAA: 1988)
  • Breathless (RIAA: 1992)
  • The Moment (RIAA: 1996)
  • Classics in the Key of G (RIAA: 1999)
  • Paradise (2002)
  • At Last...The Duets Album (2004, cover album) (RIAA: Gold)
  • I'm in the Mood for Love...The Most Romantic Melodies of All Time (2006, cover album)
  • Rhythm & Romance (2008)
  • Heart and Soul (2010)

Album percutian

  • Miracles: The Holiday Album (1994)
  • Faith: A Holiday Album (1999)
  • Wishes: A Holiday Album (2002)
  • The Greatest Holiday Classics (2005)
  • The Holiday Collection (2006)

Album secara langsung

  • Kenny G Live (1989)
  • Best (2006)

Album himpunan terbaik

  • The Very Best of Kenny G (1994)
  • Kenny G - Greatest Hits (1997)
  • Ultimate Kenny G (2003)
  • The Greatest Holiday Classics (2005)
  • The Essential Kenny G (2006)

Album kompilasi

  • The Collection (1993)
  • Montage (1993)
  • In America (2001)
  • The Romance of Kenny G (2004)
  • The Holiday Collection (2006)

Album saduran

  • Classics in the Key of G (1999)
  • At Last...The Duets Album (2004)
  • I'm in the Mood for Love...The Most Romantic Melodies of All Time (2006)

Rujukan

Pautan luar