Kecelakaan Sukhoi Superjet 100 di Gunung Salak

Kecelakaan Sukhoi Superjet 100 (SSJ-100) di Gunung Salak terjadi pada 9 Mei 2012 apabila sebuah pesawat SSJ-100 hilang dalam satu penerbangan pertunjukan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Halim Perdanakusuma, Jakarta, Indonesia.[1] Pada 10 Mei, bangkai pesawat Sukhoi Superjet tersebut dilihat di suatu tebing di Gunung Salak, sebuah gunung berapi di provinsi Jawa Barat. Disebabkan luasnya kawasan serpihan di sekitar bagkai kapal terbang, para penyelamat percaya yang pesawat ini melanggar gunung secara terus dan "tiada harapan mangsa terselamat."[2][3] Setakat 11 Mei, pasukan mencari dan menyelamat yang baru tiba telah menemui 12 mayat penumpang.[4]

Sukhoi Superjet 100 terhempas di Gunung Salak
Pesawat serba putih dilihat daripada bawah.
97004, pesawat yang terbabit
kecelakaan
Tarikh09 Mei 2012 (2012-05-09)
RingkasanDalam siasatan
Tapak kejadianGunung Salak, Indonesia
6°42′35″S 106°44′03″E / 6.70972°S 106.73417°E / -6.70972; 106.73417 106°44′03″E / 6.70972°S 106.73417°E / -6.70972; 106.73417
Pesawat
Jenis pesawatSukhoi SSJ-100-95
PengendaliSukhoi
Kod pendaftaran97004
Asal penerbanganLTA Halim Perdanakusuma, Jakarta, Indonesia
DestinasiLapangan Terbang Antarabangsa Halim Perdanakusuma
Penumpang37
Anak kapal8
Kematian45
Terselamat0

Mangsa

WarganegaraPenumpangAnak kapalJumlah
Indonesia35035
Rusia088[5]
Amerika Syarikat101[6]
Perancis101[7]
Jumlah37845[5]

Kebanyakan penumpang merupakan wartawan dan bakal pelanggan.[1][8] 45 orang di dalam pesawat termasuklah 14 orang daripada syarikat penerbangan Sky Aviation dan tiga pemberita, Ismie dan Aditya Sukardi daripada Trans TV dan Femi Adi daripada Bloomberg News[5] Antara mangsa, Peter Adler daripada Sriwijaya Air memegang pasport A.S.[6] Dipercayai dua rakyat Itali dan seorang Perancis turut berada dalam pesawat.[7] Juruterbang jet ini ialah Alexander Yablontsev, bekas juruterbang tentera Rusia.[9] Pembantu juruterbang ialah Alexander Kotchetkov.[10]

Rujukan

Pautan luar