Katamaran

Katamaran (catamaran) merupakan sejenis kapal yang memiliki dua buah lambung sebagai badan utamanya.

Lakaran sebuah kapal katamaran dari sisi dan atas (menunjukkan dua lambung asas)

Sejarah

Binaan berlambung sebegini dikembangkan daripada masyarakat orang Austronesia yang mengikat dua kayu balak dalam satu badan menjadi suatu kapal ringkas. Kayu balak ini kemudiannya berkembang menjadi sampan di mana satu sampan lebih kecil daripada satu lainnya; sampan lambung kecil ini membeza menjadi suatu kapal outrigger yang boleh wujud secara tunggal atau berpasangan (malah juga bertiga seperti trimaran)[1][2][3] - kapal berlimbung dua lebih digemari penduduk Nusantara, Madagascar dan Comoros kerana membolehkan kestapilan sambil mereka berpaling arah, manakala penduduk Micronesia dan Polynesia lebih mempunyai kapal berlimbung tunggal yang biasa.[1][2][3][4][5]

Teknologi pelayaran ini mula didedahkan kepada penduduk bukan Austronesia di Sri Lanka dan selatan India termasuk kepulauan Maladewa dan Lakadewa sejak 1000 hingga 600SM: di sinilah perkataan "katamaran" mula diberikan daripada perkataan bahasa Tamil kattumaram (கட்டுமரம்) yang bermaksud "balak diikat bersama."[6][7]

Binaan

Jenis mengikut kegunaan

Berlayar

Rekaan kapal jenis layar ini turut boleh membeza dengan terperinci lagi mengikut fungsi diingini:

  • Sukan dan rekreasi: direka menampung sepasang anak kapal. Banyak model kapal fungsi ini mempunyai trampolin, tiang berputar, beroti serta juga sebuah trapez untuk tujuan penumpang menstabilkan diri menghadapi cuaca kuat kencang.[8]
  • Pelayaran libur:

Berkuasa

Kapal katamaran berkuasa lebih mengutamakan kelajuan dan kebolehan mengemudi laut dengan lancar. Ia sering digunakan untuk tujuan pengawalan dan pemerhatian tentera, malah juga boleh dipakai seumpama feri untuk membawa penumpang.

Rujukan