Kapal selam Type 092

Kapal selam Type 092 Daqingyu (julukan oleh Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat sebagai Kelas-Xia, julukan oleh China sebagai09-II) adalah sebuah kapal selam berkuasa nuklear, pembawa peluru berpandu balistik (SSBN) pertama yang diatur gerak oleh Angkatan Laut Tentera Pembebasan Rakyat China. Kapal selam seberat 6,500-tan ini juga merupakan SSBN pertama yang dibina di Asia. Ia direka oleh Peng Shilu (彭士禄) dan Huang Xuhua (黄旭华)[2], dan merupakan terbitan daripada kapal selam berkuasa nuklear Kelas-Han, dengan badan kapal yang dipanjangkan bagi memuatkan empat buah tiub peluru berpandu.

Gambaran keseluruhan kelas
Pembina:Limbungan Huludao
Pengguna:Bendera tentera laut Republik Rakyat China Angkatan Laut Tentera Pembebasan Rakyat
Selepasnya:Type 094 (Kelas-Jin)
Berkhidmat pada:1981
Jumlah disiapkan:2
Jumlah aktif:1
Lost:1
Ciri-ciri umum
Sesaran:6,500 tan, 7,000 tan tenggelam.[1]
Panjang:120 m
Lunas:10 m
Draught:8 m
Jana kuasa:1 × reaktor nuklear bertekanan air, 58MW; 2 × turbin air; 1 x aci.
Halaju:22 knot
Jarak:Tiada had
Kedalaman ujian:300 m
Anak kapal:100
Persenjataan:6 × tiub torpedo 533 mm (haluan); peluru berpandu - 12 JL-1A SLBM.

Lihat juga

Rujukan

Pautan luar