Kampung Amo

kampung di Daerah Temburong, Brunei

Kampung Amo ialah sebuah kampung di Daerah Temburong, Brunei. Ianya merupakan salah satu kampung di bawah Mukim Amo.[2] Ketua kampung semasa ialah Hujan anak Muit.[2][3] Kampung Amo mempunyai tiga kawasan poskod iaitu Kampung Amo 'A', Kampung Amo 'B' dan Kampung Amo 'C' dengan poskod-poskod PD1151, PD1351 dan PD1551.[4][5][6][7]

Kampung Amo
Kampung Amo is located in Bumi
Kampung Amo
Kampung Amo (Bumi)
Koordinat: 4°37′34″N 115°06′17″E / 4.6261°N 115.1046°E / 4.6261; 115.1046 115°06′17″E / 4.6261°N 115.1046°E / 4.6261; 115.1046
NegaraBrunei
DaerahTemburong
MukimAmo
Penduduk
 (2016)[1]
 • Jumlah507
Zon waktuUTC+8 (BNT)
Poskod
PD1151

Kemudahan

Sekolah Rendah Amo merupakan sebuah sekolah kerajaan yang menyediakan pendidikan rendah biasa kepada murid-murid yang tinggal di Kampung Amo. Sekolah ini juga berkongsi bangunan dengan Sekolah Ugama Amo iaitu sebuah sekolah yang menyediakan pendidikan rendah agama Islam; pendidikan ini wajib bagi kanak-kanak beragama Islam di Brunei.[8]

Pada 2017 seramai 36 orang belia dari Kampung Amo ‘B’ dan guru-guru Human Library Project dari Universiti Brunei Darussalam (UBD), telah mengadakan aktiviti di air terjun Sungai Lucak yang terletak di Taman Negara Ulu Belalong, Temburong. Para mahasiswi UBD yang sedang menjalani Community Outreach Program (COP) pada Tahun Ke-3 dalam pengajian mereka itu berkonsepkan library dengan mengetengahkan mahasiswa-mahasiswi UBD yang bertindak sebagai sumber rujukan ilmu. Mereka bukan sahaja mengongsikan ilmu pengetahuan, tetapi juga pengalaman-pengalaman yang berguna kepada penuntut-penuntut sebagai salah satu alternatif selain dari kaedah konvensional seperti membaca buku dan sebagainya.[9][berkaitan? ]

Lihat juga

Rujukan


🔥 Top keywords: Hari Raya AidiladhaLaman UtamaDua Darjat (drama)The Hardest Singing ShowKhilaf Yang TertulisKhas:CariJamrahAbang AdikIbadah korbanCinta Untuk Sekali LagiTempoh haram puasaHari TasyrikKhas:Perubahan terkiniDharma Harun Al RashidAniq DurarZim Zim Ala KazimNabi Ismail a.s.Bunga SaljuUEFA Euro 2024Aku Bukan UstazahMuhammad Yassin MohammadSolat sunat hari rayaNabi Ibrahim a.s.Erysha EmyraWukufWanita Milik Tuan Putra6 JahanamProjek: Anchor SPMAgak LaenOzlynn WatyAnak Perjanjian Syaitan 2Senarai peribahasa (A–M)Nabi Muhammad SAWInna lillahi wa inna ilaihi raji'unSolatNafarAzahari HusinRiena DianaHaji