Kampong Pisang Bersiri-siri

siri drama televisyen Malaysia 2020 arahan dan skrip oleh Mamat Khalid

Kampong Pisang Bersiri-siri ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2020 arahan dan skrip oleh Mamat Khalid.[1][2][3] Berdasarkan daripada siri filemnya yang bertajuk sama, siri ini berdasarkan kehidupan penduduk di Kampong Pisang, sebuah perkampungan rekaan yang terletak di negeri Perak, dan mengisahkan pengamalan mereka dengan unsur ghaib yang melanda kampung mereka. Ia diterbitkan di bawah jenama Astro Originals dan bersiaran di Astro Citra dari 7 Disember 2020 sehingga 8 Mac 2021.[4][5][6][7]

Kampong Pisang Bersiri-siri
GenreKomedi seram
PenciptaMamat Khalid
Ditulis olehMamat Khalid
PengarahMamat Khalid
Dibintangi oleh
Penggubah lagu tema
Trabye
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod14
Penerbitan
Penerbit eksekutifHasmah Hassan
Mamat Khalid
Penyunting
Tempoh siaran45 minit
Syarikat penerbitan
Astro Shaw
Penyiaran
Saluran asalAstro Citra
Format audioDolby Digital
Siaran asal7 Disember 2020 (2020-12-07) – 8 Mac 2021 (2021-03-08)
Kronologi
Diikuti olehProjek: Anchor SPM

Premis

Kisah penduduk Kampung Pisang yang dilanda misteri dan masalah. Setiap minggu ada sahaja yang datang menggangu penduduk kampung, dan yang menghairankan, semuanya berbeza-beza seperti toyol, hantu rempit, serigala jadian, hantu sungai, orang minyak, zombi, makhluk asing, pocong dan paling unik hantu Kak Limah! Huru-hara jadinya penduduk kampung dan mereka akan bergandingan untuk mengharmonikan semula kampung kesayangan mereka.

Pelakon

Watak utama

  • Kazar Saisi sebagai Pak Din Pest Control[4] – Ketua Kampong Pisang yang mengagungkan kerajaan dan bahaskan isu-isu politik yang bercakap besar.[8]
  • Bell Ngasri sebagai Barkoba[4] – Seorang pengusaha MLM yang juga orang terkaya di Kampong Pisang. Merupakan seorang duda yang mempunyai seorang anak perempuannya Cempaka.[8] Wataknya berdasarkan watak Ngas (yang turut dilakonkan oleh Bell) dari filem 16 Puasa dan 17 Puasa, kedua-duanya arahan Allahyarham Mamat Khalid.
  • Aziz M. Osman sebagai Pak Jabit[4] – Pengusaha dan pemilik Warong Pak Jabit yang sering dikunjungi oleh penduduk Kampung Pisang.[8] Aziz mengambil alih watak Pak Jabit daripada pelakon asalnya, Man Kadir yang telah meninggal dunia sebelum tayangan perdana siri tersebut.
  • Dewa Sapri sebagai Cik Purnama[4] – Seorang pemandu bas di syarikat Bas Mogah.[8] Dewa Sapri pernah melakonkan watak Abang Sapri dari filem 17 Puasa.
  • Mat London sebagai Pak Karim[4] – Seorang mantan guru silat yang mempunyai masalah jantung.

Watak pembantu

  • Ahmad Yassin sebagai Yassin[4][9] – Seorang penyanyi buta yang menyanyikan lagu lagu Allahyarham Ahmad Jais
  • Rashid Othman sebagai Faguha Jabar[4] – Rakan karib Yassin yang bisu.
  • Adi Afendi sebagai Madi[4] – Pembantu Perubatan klinik desa kampong pisang.
  • Nizam Mokram sebagai Mok[4] – Pembantu kepada Madi yang suka menceritakan pengalamannya di universiti.
  • Avaa Vanja sebagai Cik Nab Kezambo[4] – Pengurus perniagaan "food truck"-nya bersama-sama dengan anaknya
  • Nazeera Sardi sebagai Cik Chun Kezambo[4] – Anak kepada Cik Nab yang juga menguruskan perniaggan "food truck"-nya.
  • Messalini sebagai Cempaka[4] – Anak perempuan Barkoba yang lebih tinggi daripadanya.
  • Afea Deanna Baharuddin sebagai Yah Kuchai[4] – Seorang gadis yang tiga suku akibat dijatuhkan secara tidak sengaja oleh ibunya semasa dia masih bayi.
  • Jasper Supayah sebagai Izlin[4]
  • Latiff Zami sebagai Manap[4]
  • Joey Daud sebagai Daud M[4]
  • Reza Hasbi sebagai Ehson[4]
  • Ozlynn Waty sebagai Chik Chom[4]

Watak undangan

Pelakon undangan mengikut episod
  • Dato Awie sebagai Husin, anak jati Kampung Pisang (Episod Husin Kembali Bersama Zombi)
  • Azlan Komeng sebagai Rashid, pemburu hantu (Episod Wolfen! Wolfen!)
  • Adam AF sebagai Adam, pengamal perubatan traditional
  • TJ Isa sebagai Khuda
  • Hazama sebagai Firdaus, anak kepada Pak Karim yang suka berlumba haram kemudian meninggal dalam kemalangan (Episod Monyet Rempit)
  • Ellie Suriati sebagai Kak Som (Episod Monyet Rempit)
  • Shuk Sahar sebagai Orang Minyak (Episod Orang Minyak)
  • Delimawati sebagai Kak Limah (Episod Lailasari Mak Kak Limah)
  • Kamarool Haji Yusoff sebagai Chomprak, Bomoh Siam
  • Soffi Jikan sebagai Pak Salam Joko
  • Pekin Ibrahim sebagai Imam Ahmad Zakaria, penunggu (Episod Hutan dan Penunggunya)
  • Wan Raja (Episod Wolfen! Wolfen!)
  • Hushairy Hussein (Episod Wolfen! Wolfen!)
  • Imuda sebagai Zali Zanzibar (Episod Alam Pak Din)
  • Nasir Jani sebagai Alien Ek (Alam Pak Din)
  • Faizal Chal sebagai Alien Uk (Episod Alam Pak Din)
  • Mohd Azwan sebagai Igor (Episod Alam Pak Din)

Episod

No.TajukTarikh penyiaran asal
1"Toyol Oh Toyol"7 Disember 2020 (2020-12-07)
2"Monyet Rempit"14 Disember 2020 (2020-12-14)
3"Wolfen! Wolfen! (Bahagian 1)"21 Disember 2020 (2020-12-21)
4"Wolfen! Wolfen! (Bahagian 2)"28 Disember 2020 (2020-12-28)
5"Orang Minyak"4 Januari 2021 (2021-01-04)
6"Husin Kembali Bersama Zombi (Bahagian 1)"11 Januari 2021 (2021-01-11)
7"Husin Kembali Bersama Zombi (Bahagian 2)"18 Januari 2021 (2021-01-18)
8"Hutan dan Penunggunya"25 Januari 2021 (2021-01-25)
9"Lailasari Mak Kak Limah"1 Februari 2021 (2021-02-01)
10"PomCom Kampung Pisang"8 Februari 2021 (2021-02-08)
11"Alam Pak Din (Bahagian 1)"15 Februari 2021 (2021-02-15)
12"Alam Pak Din (Bahagian 2)"22 Februari 2021 (2021-02-22)
13"Alam Pak Din (Bahagian 3)"1 Mac 2021 (2021-03-01)
14"Kampung Pisang Redux"8 Mac 2021 (2021-03-08)[10]

Penerbitan

Menurut Mamat Khalid, Kampong Pisang Bersiri-siri memberikan satu cabaran baharu buat dirinya selaku pengarah. Beliau menyifatkan bahawa siri ini "juga dianggap sebagai satu cabaran baharu buat saya kerana ini merupakan pertama kali saya mengarahkan drama bersiri, namun begitu perlu mengekalkan kualiti dan hasil akhir setanding filem".[11][12]

Penggambaran dijalankan di daerah Kuala Kangsar dan Sungai Siput, Perak, seperti dalam semua media lain di siri filem Kampong Pisang.

Anugerah

TahunAnugerahKategoriPenerima/Karya tercalonKeputusan
2021Anugerah MeleTOP Era 2021Drama MeletopKampong Pisang Bersiri-siriMenang

Rujukan

Pautan luar