Kalākaua

Kalākaua (Nama panjang: David Laʻamea Kamananakapu Mahinulani Naloiaehuokalani Lumialani Kalākaua;[2] 16 November 1836 - 20 Januari 1891) adalah raja terakhir Kerajaan Hawaiʻi yang memerintah dari 12 Februari 1874 sehingga kemangkatan baginda di mana takhtanya diambil alih oleh adindanya, Liliʻuokalani.

Kalākaua
Raja Hawaii
Pemerintahan12 Februari 1874 – 20 Januari 1891
  • Pertabalan
  • Pemahkotaan
Didahului olehLunalilo
Diikuti olehLiliʻuokalani
Keputeraan(1836-11-16)16 November 1836
Honolulu, Kerajaan Hawai'i
KemangkatanJanuari 20, 1891(1891-01-20) (umur 54)
San Francisco, California,
Amerika Syarikat
PemakamanFebruary 15, 1891[1]
Mauna ʻAla Royal Mausoleum
PasanganKapiʻolani
Nama penuh
David Laʻamea Kamananakapu Mahinulani Naloiaehuokalani Lumialani Kalākaua
KerabatWangsa Kalākaua
AyahandaCaesar Kapaʻakea
BondaAnalea Keohokālole
AgamaChurch of Hawaii
TandatanganTandatangan Kalākaua

Baginda dikenali rakyat jelatanya kerana mempunyai keperibadian yang ramah dan senang menghiburkan para tetamu. Pemerintahannya baginda melaksanakan dasar-dasar penting yang memakmurkan hasil hubungan dengan negara luar (khususnya Amerika Syarikat melalui Perjanjian Balas Budi 1875) malah menggalakkan pemekaran budaya orang Hawaii setelah sekian lama ditekan para mubaligh Kristian serta memulakan suatu rancangan biaya menaja pelajar yang berkelayakan melanjutkan pelajaran luar negara.

Keputeraan

Kalākaua diputerakan pada pukul 2:00 pagi tanggal 16 November 1836 kepada Caesar Kaluaiku Kapaʻakea dan Analea Keohokālole di suatu pondok rumput milik nenda sebelah bundanya ʻAikanaka di kaki sebuah kawah gunung berapi bernama "Puowaina" (kini "Punchbowl Crater" di Honolulu, pulau Oʻahu.[3][4] Baginda diputerakan dalam kalangan bangsawan melalui Keaweaheulu dan Kame`iamoku, dua penasihat Kamehameha I, kerabatnya salah satu cabang dalam wangsa Kamehameha keturunan Keawe'īkekahiali'iokamoku, seorang pembesar hebat pada abad ke-18.

Baginda diputerakan pada "Hari Pertempuran" yang turut memberi nama kepada baginda, tarikh kelahirannya bertepatan dengan penandatanganan perjanjian yang tidak sama yang dikenakan oleh Kapten Britain Lord Edward Russell dari Actaeon kepada Kamehameha III. Baginda dan para adindanya diambil asuh sepertimana yang lazim dalam istiadat orang peribumi Hawaii (disebut hānai).

Kerjaya ketenteraan

Kalākaua diajarkan ilmu ketenteraan oleh Francis Funk, seorang mejar tentera Kerajaan Prusia.[5][6] Baginda dipilih seorang Putera Liholiho sebagai adikung turus baginda tahun 1852. Kalākaua kemudiannya dilantik sebagai seorang kapten brebet askar infantri pimpinan putera tersebut.[7][8]

Kalākaua mula berkhidmat dalam tentera Hawaii sebagai leftenan pertama pasukan ayahandanya seramai 240 orang askar. Baginda kemudiannya bekerja sebagai setiausaha tentera jeberal kapit tentera diraja iaitu Mejar John William Elliott Maikai.[5][6] Baginda dinaikkan pangkat menjadi mejar masuk ke dalam pasukan utama Putera Liholiho sebaik putera tersebut naik takhta sebagai Raja Kamehameha IV tahun 1855. Baginda naik pangkst sebagai kolonel tahun 1858.[7][6]

Pelantikan

Kemangkatan Raja Lunalilo yang bujang dan tanpa sebarang pewaris takhta pada 3 Februari 1874 mendesak suatu pilihan raya seisi istana menentukan siapa yang layak menduduki takhta kerajaan Hawaii.[9] Pilihan raya ini diadakan pada 12 haribulan di mana Kalākaua memenangi majoriti 36 lawan 6 undian di Balai Sidang Wakil (Hale ʻAhaʻōlelo Aliʻi, Legislative Assembly). Keputusan ini ditentang kuat sehingga menyebabkan rusuhan antara para penyokong Permasiuri Kaleleonālani dengan penyokong Kalākaua; sebanyak 13 orang wakil cedera dalam rusuhan ini yang tidak terkawal kerana lucutnya balatentera diraja ketika ini sehingga pihak-pihak Kalākaua dan Lunalilo terpaksa memohon bantuan ketenteraan Amerika Syarikat dan British untuk meredakan keadaan.[10][11]

Pemerintahan

Raja Kalākaua dan orang bawahan baginda di depan Istana ʻIolani, tahun 1882

Jelajah

Baginda memulakan suatu penjelajahan keliling dunia pada tahun 1881 untuk menghebahkan peluang pekerjaan buruh di kepulauannya, baginda menjadi penguasa pertama melakukan perkara sedemikian.[12] Adindanya Liliʻuokalani dilantik selaku pemangku takhta kerajaan menguruskan pentadbiran negara selama keberangkatan ini.[13]

Kapal mereka singgah di Bangkok pada 26 April[14] disambut penuh meriah dan istiadat oleh yang membawa mereka melawati salah satu istana, di sanalah mereka bertemu Raja Chulalongkorn.[15] Rombongan Kalākaua kemudiannya menaiki kapal Bangkok dan berlepas pada 1 Mei, kapal ini berlabuh di Singapura pada 6 haribulan[16] di mana baginda berehat seketika. Di sinilah baginda bersua dengan Sultan Johor, Sultan Abu Bakar yang membawa mereka berdua ke semayaman baginda sultan di Istana Besar Johor Bahru tidak lama selepas ini.[16]

Kegeringan dan kemangkatan

Semasa baginda dalam keberangkatannya mencemar duli ke sekitar San Francisco[17], selatan California dan utara Mexico, baginda gering menghidap angin ahmar di Santa Barbara[18] di mana baginda dibawa segera kembali ke San Francisco untuk mendapatkan rawatan.

Baginda koma di kamar peraduannya dalam sebuah bilik hotel, Palace Hotel di San Francisco selama dua hari[17] sebelum mangkat pada 20 Januari 1891 jam 2:35 petang.[19][20] Para pegawai Tentera Laut AS yang memeriksa baginda mencatatkan bahawa baginda mangkat disebabkan suatu radang ginjal.[21]

Khabar kemangkatan baginda tidak sampai kepada rakyat baginda di Hawaii sehinggalah mayat baginda dibawa kembali ke Honolulu dalam kapal Charleston pada 29 Januari.[22] Pada hari yang sama ketibaan mayat tersebut, Liliʻuokalani mengangkat sumpah dan dimahkotakan sebagai Ratu Kerajaan Hawaii.[23][24]

Rujukan

Sumber utama

Pautan luar

🔥 Top keywords: Hari Raya AidiladhaLaman UtamaDua Darjat (drama)The Hardest Singing ShowKhilaf Yang TertulisKhas:CariJamrahAbang AdikIbadah korbanCinta Untuk Sekali LagiTempoh haram puasaHari TasyrikKhas:Perubahan terkiniDharma Harun Al RashidAniq DurarZim Zim Ala KazimNabi Ismail a.s.Bunga SaljuUEFA Euro 2024Aku Bukan UstazahMuhammad Yassin MohammadSolat sunat hari rayaNabi Ibrahim a.s.Erysha EmyraWukufWanita Milik Tuan Putra6 JahanamProjek: Anchor SPMAgak LaenOzlynn WatyAnak Perjanjian Syaitan 2Senarai peribahasa (A–M)Nabi Muhammad SAWInna lillahi wa inna ilaihi raji'unSolatNafarAzahari HusinRiena DianaHaji