Joule

Joule (disebut [jul], simbol J) ialah unit terbitan SI[1] untuk tenaga, kerja dan haba. Ia diambil sempena nama James Prescott Joule (1818–1889).[2][3][4].

Joule
Sistem unitUnit terbitan SI
Unit bagiTenaga
SimbolJ 
Dinamakan sempenaJames Prescott Joule
Penukaran unit
1 J dalam ...... adalah sama dengan ...
   Unit asas SI   kgm2s−2
   unit CGS   1×107 erg
   kilowatt jam   2.78×10−7 kW⋅h
   kilokalori (Termokimia)   2.390×10−4 kcalth
   Unit terma British   9.48×10−4 BTU
   elektronvolt   6.24×1018 eV

Unit ini ditakrifkan dari segi dimensi sebagai persamaan berikut:

...di mana kg mewakili kilogram, m mewaliki meter, s ialah saat, N ialah newton, Pa ialah pascal, W ialah watt, C mewakili coulomb dan V mewakili volt.

Satu joule juga boleh ditakrifkan sebagai:

  • Kerja yang diperlukan menggerakkan cas elektrik satu coulomb melepasi suatu perbezaan keupayaan elektrik satu volt, atau satu "coulomb-volt" (C⋅V). Hubungan ini boleh digunakan untuk mentakrifkan volt.
  • Kerja ya g diperlukan menghasilkan 1 watt daya selama satu saat, atau satu "watt-saat" (W⋅s) (lihat kilowatt jam – 3.6 megajoule). Hubungan ini boleh digunakan untuk mentakrifkan watt.

Rujukan