Jonathan Tah

Jonathan Glao Tah (lahir 11 Februari 1996) merupakan seorang pemain bola sepak Jerman yang bermain di posisi bek tengah untuk kelab Bayer Leverkusen. Ibunya merupakan orang Jerman manakala bapanya berasal dari Ivory Coast.

Jonathan Tah
Maklumat peribadi
Nama penuhJonathan Glao Tah
Tarikh lahir (1996-02-11) 11 Februari 1996 (umur 28)
Tempat lahirHamburg, Jerman
Ketinggian1.92 m (6 ka ​3 58 in)
Posisi permainanBek tengah
Maklumat kelab
Kelab terkini
Bayer Leverkusen
Nombor4
Kerjaya remaja
2000–2009Altona 93
2009SC Concordia
2009–2014Hamburger SV
Kerjaya Senior*
TahunPasukanKmcln(Gol)
2013–2014Hamburger SV II8(0)
2013–2015Hamburger SV16(0)
2014–2015→ Fortuna Düsseldorf (dipinjam)23(0)
2015–Bayer Leverkusen39(0)
Pasukan kebangsaan
2011–2012Jerman B165(1)
2012–2013Jerman B1713(0)
2014–2015Jerman B196(1)
2015–Jerman B214(0)
2016–Jerman3(0)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 18 November 2016
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 15 November 2016

Kerjaya kelab

Tah memulakan kerjayanya di Altona 93. Seterusnya beliau sertai SC Concordia sebelum berpindah ke Hamburger SV. Pada 4 Ogos 2013, Tah melakukan penampilan pertamanya untuk Hamburger SV pada perlawanan Piala DFB menentang SV Schott Jena. Beliau kemudian melakukan penampilan sulungnya di Bundesliga pada 21 September 2013 ketika tewas 2-0 kepada Werder Bremen.

Pada 1 September 2014, beliau dipinjam ke Fortuna Düsseldorf selama setahun. Pada 15 Julai 2015, beliau menandatangani kontrak lima tahun bersama Bayer Leverkusen.

Kerjaya antarabangsa

Tah menerima panggilan pertama oleh pasukan kebangsaan Jerman pada Mac 2016 untuk perlawanan persahabatan menentang England dan Itali. Beliau melakukan penampilan pertamanya pada perlawanan antarabangsa ketika menentang England. Beliau menggantikan Mats Hummels pada separuh masa dan perlawanan berkesudahan Jerman tewas 3-2. Beliau telah dipanggil untuk ke Euro 2016 bagi menggantikan Antonio Rüdiger.

Statistik kerjaya

Sehingga 22 November 2016
KelabMusimLigaPialaEropahJumlah
KmnclnGolKmnclnGolKmnclnGolKmnclnGol
Hamburg2013-1416040200
Fortuna Düsseldorf2014-152300000230
Leverkusen2015–1629040120450
2016–171002050170
Jumlah39060170621
Jumlah kerjaya7801001701050

Pautan luar