JDAM

(Dilencongkan dari Joint Direct Attack Munition)

Joint Direct Attack Munition (JDAM) adalah satu kit panduan yang menukarkan bom tanpa panduan, atau "bom bodoh", menjadi bom panduan tepat untuk semua keadaan cuaca. Bom-bom yang dipasang dengan JDAM akan terpandu oleh sebuah sistem panduan inersia yang diintegrasikan dengan sebuah penerima Sistem Kedudukan Global, memberi ia satu jarak berkesan sehingga 15 batu nautika (28 km). Julat berat bom yang dipasang dengan kit JDAM bermula dengan 500 paun (230 kg) sehingga 2,000 paun (910 kg).[1] Sistem panduan JDAM telah dibangunkan secara bersama oleh Tentera Udara Amerika Syarikat dan Tentera Laut Amerika Syarikat, oleh itu menyumbang penggunaan perkataan "joint" dalam JDAM.[2] Apabila dipasang pada sebuah bom, kit JDAM memberi sebuah pengenalan GBU (Guided Bomb Unit), menggantikan pengenalan Mark 80 atau BLU (Bomb, Live Unit) pada bom yang dipasang dengan kit ini.

Joint Direct Attack Munition
(JDAM)
GBU-31: Sebuah bom Mk 84 yang dipasang dengan kit JDAM
JenisKit panduan bom
Tempat asalAmerika Syarikat
Sejarah perkhidmatan
Dalam perkhidmatan1997–kini
Digunakan olehLihat pengguna
PerangKonflik Kurdish–Turki
Perang Menentang Keganasan
Perang Afghanistan (2001–kini)
Perang di Pakistan Barat Laut
Keganasan Al-Qaeda di Yaman
Perang Iraq
Perang Somalia (2006–2009)
Perang Saudara Somalia (2009–kini)
Perang Saudara Syria
Campur tangan diketuai Amerika dalam Perang Saudara Syria
Campur tangan diketuai Amerika di Iraq (2014–kini)
Campur tangan ketenteraan Turki di Syria
Operasi Olive Branch
Perang Saudara Iraq (2014–2017)
Perang Saudara Yaman (2015–kini)
Campur tangan diketuai Arab Saudi di Yaman
Konflik di Najran, Jizan dan Asir
Pertempuran Marawi
Sejarah pengeluaran
Kos unitSekitar US$25,000 (bergantung pada lot pembelian. Jualan kepada pelanggan luar dengan harga lebih mahal.)
AnekaLihat versi
Spesifikasi
Panjang9.9–12.75 kaki (3.02–3.89 m)

Jarak tembakan maksimumSehingga 15 batu nautika (28 km)

Lebar sayap19.6 hingga 25 inci (500 hingga 640 mm)
Sistem
pemanduan
Panduan inersia/GPS
KetepatanSpesifik 43 kaki (13 m); Berkesan sekitar 23 kaki (7 m)

JDAM bukan sebuah senjata stand-alone; sebaliknya satu pakej panduan "bolt-on" yang mengubah bom-bom graviti tanpa panduan kepada bom panduan tepat. Komponen utama sistem ini terdiri daripada satu komponen ekor yang mempunyai permukaan kawalan aerodinamik, satu kit (badan) strake, dan satu gabungan unit kawalan panduan sistem panduan inersia dan GPS.[2]

JDAM bertujuan untuk meningkatkan teknologi bom panduan laser dan pengimejan infra merah, yang mana boleh terganggu oleh permukaan daratan yang teruk dan keadaan cuaca. Penjejak laser kini dipasang pada beberapa JDAM.[3]

Bermula pada tahun 1998 sehingga November 2016, Boeing telah menyiapkan lebih daripada 300,000 kit panduan JDAM. Pada tahun 2017, ia telah membina lebih daripada 130 kit setiap hari.[4] Setakat Februari 2020, 430,000 kit telah dikeluarkan.[5]

Integrasi

JDAM yang dipasang pada Heavy Stores Adaptor Beam (HSAB) terletak di bawah sayap B-52H Stratofortress
2,000lb GBU-31 digugurkan di Afghanistan oleh dua buah F-15E, 2009.

Sekarang

JDAM kini boleh digunakan pada pesawat:

Sebelumnya

JDAM boleh digunakan pada pesawat berikut:

Pengguna

Peta dengan pengguna JDAM dalam warna biru

Selain digunakan oleh pengguna utamanya, angkatan tentera Amerika Syarikat—kerajaan Amerika Syarikat juga telah meluluskan penjualan JDAM untuk pasaran eksport di bawah Akta Kawalan Eksport Senjata, walaubagaimanapun ianya terhad kepada beberapa negara sahaja.[perlu rujukan]

Pengguna sekarang


Ciri-ciri umum

  • Fungsi utama: Senjata udara ke permukaan terpandu
  • Kontraktor: Boeing
  • Panjang: (JDAM dan kepala peledak) GBU-31 (v) 1/B: 152.7 inci (3,880 mm); GBU-31 (v) 3/B: 148.6 inci (3,770 mm); GBU-32 (v) 1/B: 119.5 inci (3,040 mm); GBU-38 (v) /B: 2.35 m (92.64 inci)
  • Berat pelancaran: (JDAM dan kepala peledak) GBU-31 (v) 1/B: 2,036 paun (924 kg); GBU-31 (v) 3/B: 2,115 paun (959 kg); GBU-32 (v) 1/B: 1,013 paun (459 kg); GBU-38 (v) /B: 590 paun (268 kg)
  • Rentang sayap: GBU-31: 25 inci (640 mm); GBU-32: 19.6 inci (500 mm)
  • Jarak: Sehingga 15 batu nautika (28 km)
  • Siling: 45,000 kaki (14,000 m)
  • Sistem panduan: GPS/INS
  • Kos seunit: Sekitar $22,000 per kit ekor (FY 07 dolar)[2]
  • Tarik diperkenalkan: 1999
  • Inventori: Kit ekor pada skala pengeluaran penuh. Anggaran inventori sekitar 240,000 total, 158,000 untuk Tentera Udara A.S dan 82,000 Tentera Laut A.S. (setakat Oktober 2005)

Kelainan

Gambaran artis akan kit JDAM yang dipasang pada bom-bom tanpa panduan Mk 84, BLU-109, Mk 83, dan Mk 82.
  • 2,000 lb (900 kg) berat nominal
    • GBU-31(V)1/B (USAF) Mk 84
    • GBU-31(V)2/B (USN/USMC) Mk 84
    • GBU-31(V)3/B (USAF) BLU-109
    • GBU-31(V)4/B (USN/USMC) BLU-109
    • GBU-31(V)5/B (USAF) BLU-119/B
    • GBU-31v11: pengantian bom berangkai terpandu BLU-136[24]
  • 1,000 lb (450 kg) berat nominal
    • GBU-32(V)1/B (USAF) Mk 83
    • GBU-32(V)2/B (USN/USMC) Mk 83
    • GBU-35(V)1/B (USN/USMC) BLU-110
  • 500 lb (225 kg) berat nominal
    • GBU-38(V)1/B (USAF) Mk 82 and BLU-111
    • GBU-38(V)2/B (USN/USMC) Mk 82 and BLU-111
    • GBU-38(V)3/B (USAF) BLU-126/B
    • GBU-38(V)4/B (USN/USMC) BLU-126/B
    • GBU-38(V)5/B (USAF) BLU-129/B
    • GBU-54/B Laser JDAM Mk 82

Sistem serupa

  • Paveway IV dikeluarkan oleh Raytheon UK dan digunakan oleh Tentera Udara Diraja. Sejenis munisi mod-dual panduan laser/GPS.
  • HGK (bom) direka dan dikeluarkan oleh Institut Pertahanan Turki TUBITAK-SAGE[25][26]
  • Spice (bom) –kit panduan yang dibangunkan oleh Rafael untuk Tentera Udara Israel
  • SMKB – kit panduan yang dibangunkan oleh Mectron dan Britanite dari Brazil
  • AASM – kit panduan dengan ketepatan metrik yang dibangunkan oleh Safran dari Perancis.
  • B61 Mod 12 (juga dikenali sebagai B61-12) – bom jatuh bebas nuklear Amerika Syarikat yang dipasang dengan kit panduan jenis JDAM. Ketepatan yang tinggi membolehkan sasaran diperkuat boleh dimusnahkan dengan sebuah senjata nuklear lebih kecil.
  • FT PGB - Sebuah sistem buatan China yang serupa.

Lihat juga

  • Bom Diameter Kecil GBU-39
  • HOPE/HOSBO
  • JSOW
  • Kit Panduan Tepat XM1156
  • M982 Excalibur
  • XM395 Precision Guided Mortar Munition
  • M712 Copperhead
  • Krasnopol (senjata)
  • Bom mortar Strix

Rujukan

Bibliografi

Pautan luar