Jason Thomas Mraz

(Dilencongkan dari Jason Mraz)
Jason Thomas Mraz
Pemenang Anugerah Grammy, Jason Mraz
AsalVirginia, Amerika Syarikat
Aktif2001 - kini
GenrePop/Rock
LabelAtlantis (2005- )
Elektra (2002-2005)

Jason Thomas Mraz (lahir 23 Jun, 1977) ialah seorang penyanyi dan penggubah dari Virginia, Amerika Syarikat.


Latar belakang

Dia menghadiri sesi persekolahan di Sekolah Rendah Chickahominy (gred 6-8) dan Sekolah Tinggi Lee Davis (gred 9-12). Nama terakhirnya dalam Bahasa Czech bermaksud "dingin". Dia tidak begitu aktif dalam muzik sehinggalah dia berusia 18 tahun. Selepas belajar seketika di Akademi Muzik dan Drama Amerika di New York, dia berpindah ke San Diego, California. Di sana dia menjadi terkenal di kelab-kelab malam California, dengan bermain bersama-sama dengan Toca Rivera dan abangnya Carlos Olmeda. Dia berkahwin dengan seorang wanita bernama Sheridan tetapi perkahwinan itu berakhir dengan penceraian. Mraz paling popular di Amerika Syarikat, Jepun, dan Australia.

Suaranya yang lunak dan sedap serta lirik lagunya yang sedap didengar dengan pantas membuatkan Mraz popular. Ia bermula pada tahun 2003 apabila single pertamanya "The Remedy (I Won't Worry)," mulai mendapat sambutan dikalangan peminat dan lagu itu sering kedengaran di radio. Lagu itu melonjakkan penjualan album Waiting for My Rocket to Come, yang mendapat anugerah paltinum.

Jason Mraz beraksi di San Diego, California pada 26 November 2005

Pengaruh yang dibawa Mraz semakin bertambah. Muzik nyanyiannya menggabungkan irama pop, rock, jazz, irama country, dan juga hip hop.

Mraz baru-baru ini mengadakan promosi seluruh Amerika Syarikat bersama-sama dengan Alanis Morissette dan Kumpulan Rolling Stones. Album dia yang seterusnya terus mendapat sambutan menggalakkan dan terjual hampir 90,000 buah dalam minggu pertamanya sahaja. Album itu kemudiannya mendapat pencalonan dalam Anugerah Grammy untuk kategori Penghasilan Album Terbaik.

Pada bulan Januari 2006 dia mengadakan dua konsert dia Manila, Filipina untuk mempromosikan albumnya, Mr. A-Z.

Dalam tahun 2006, dia menjelajah U.K. bersama-sama dengan James Blunt.

Dalam bulan Mac 2006 dia menjelajah Australia untuk mempromosikan albumnya. Sementara di Melbourne dia mengadakan persembahan selama dua malam berturut-turut. Tiket persembahan itu habis dijual.

Album dan Pencapaian

Album

  • Live at Java Joe's (2001) - keluaran bebas
  • Sold Out (In Stereo) (2002) - keluaran bebas
  • The E Minor EP in F (2002) - keluaran bebas
  • Waiting for My Rocket to Come (2002) #55 AS (Platinum)
  • Tonight, Not Again: Jason Mraz Live at the Eagles Ballroom (2004)
  • Mr. A-Z (2005) #5 AS
  • Geekin' Out Across the Galaxy (2006) - langsung

Lagu yang mendapat sambutan

  • I Melt With You (2004)
  • Summer Breeze (2004)
  • Rainbow Connection, daripada album For The Kids Too! (2004)
  • Shy That Way, (2005)
  • Good Old Fashioned Loverboy, (2005)
  • Keep on Hoping, (2005)

Carta

Lagu - Billboard (Amerika Utara)

TahunLaguCartaPosisi
2003"The Remedy (I Won't Worry)"Top 404
2003"The Remedy (I Won't Worry)"The Billboard Hot 10015
2003"The Remedy (I Won't Worry)"Top 40 Mainstream7
2003"The Remedy (I Won't Worry)"Top 40 Tracks7
2004"Curbside Prophet"Adult Top 4023
2004"You and I Both"Adult Top 4015
2004"You and I Both"Top 40 Mainstream37
2004"The Remedy (I Won't Worry)"Top 40 Adult Recurrents1

Anugerah dan Pencalonan

TahunAnugerah
2002Anugerah Muzik San Diego menang Akustik Terbaik
2003Anugerah Muzik San Diego menang Penyanyi Tahunan
2003Anugerah Muzik San Diego menang Lagu Sepanjang Tahun
2005Anugerah Grammy dicalonkan untuk Penghasilan Album Terbaik, Buka Klasik untuk Mr. A-Z

Pautan luar