Istana Kampong Gelam

(Dilencongkan dari Istana Kampung Glam)

Templat:Maklumat bangunanIstana Kampung Gelam[1] (juga dieja sebagai Istana Kampung Glam; Jawi: إستان كمڤوڠ ڬلم) adalah bekas istana di Tasik. Kawasannya berdekatan Masjid Sultan di Kampung Gelam. Bangunan istana bersama kawasan sekitarnya dibaik pulih Taman Warisan Melayu pada 2004. Bangunan ini diwartakan sebagai Bangunan/Monumen Negara ke-70 pada 6 Ogos 2015, berkenaan Jubli Emas.[2][1]

Sejarah

Sejarah asal

Istana Kampong Gelam telah dibina oleh Sultan Hussain Shah dari Johor pada 1819 di atas sebidang tanah berkeluasan 23 hektar (57 ekar) di kawasan Kampong Gelam, di mana ia ialah pemberian daripada Syarikat Hindia Timur Inggeris.[3] Apabila istana ini siap dibina, ia memenuhi kawasan dua kali ganda lebih besar berbanding saiz pada hari ini, bilamana ia telah dikecilkan pada tahun 1824 untuk pembinaan Jalan Jambatan Utara. Baginda sultan bersemayam di situ sehingga kemangkatannya di Melaka pada 1835.[3]

Pembinaan semula

Istana dua tingkat yang baru dipercayai direka bentuk oleh arkitek George Drumgoole Coleman. Beberapa ciri-ciri seni bina yang direka oleh Coleman seperti Bangunan Parlimen Lama dan Gereja Armenia turut terdapat pada bangunan istana ini. Reka bentuk Istana Kampong Gelam merupakan gabungan gaya Palladio yang terkenal di England dengan motif Melayu tradisional.[4] Perkarangan luas istana ini telah dipagari dengan tembok dan rumah-rumah ala kampung kecil telah dibina di sekitarnya untuk kerabat, orang suruhan dan tukang sultan.

Selepas disiapkan pada 1843, anakanda sulung Sultan Ali, Tengku Ali, tinggal bersemayam di istana ini sehingga kemangkatan baginda pada 1891. Pajakan bahagian tanah di mana istana ini berdiri telah diberikan oleh Sultan Ali dan Tengku Alam terus mengumpulkan sewa dan menyokong ahli keluarga ayahandanya menurut adat Melayu.[3] Selepas kemangkatan Tengku Alam, baginda dimakamkan di perkuburan diraja berdekatan Masjid Sultan.[perlu rujukan]

Nota

Rujukan

  • Lembaga Warisan Negara (2006), Discover Singapore - Heritage Trails, ISBN 981-05-6433-3
  • Tommy Koh et al. (2006), Singapore: The Encyclopedia, Editions Didier Millet and National Heritage Board, ISBN 981-4155-63-2

Pautan luar