Institut perguruan

institusi pendidikan bagi melatih guru

Institut perguruan atau institut pendidikan guru ialah sebuah institusi yang ditubuhkan untuk melatih guru-guru dengan mengajar mereka norma-norma pedagogi dan kurikulum. Di Amerika, sebelum ini institusi ini dipanggil sebagai kolej penormaan atau sekolah penormaan (bahasa Inggeris: normal school, lit.'sekolah norma'). Namun kini ia telah dipanggil sebagai kolej latihan perguruan atau kolej guru. Di Mexico, ia terus digunakan dengan istitusi yang dipanggil normalistas. [1]

"County Normal" di atas pintu masuk sebuah sekolah norma di Viroqua, Wisconsin
Pintu masuk Universiti Perguruan Beijing, sebuah contoh terkemuka bagi sebuah universiti penyelidikan menyeluruh yang ditubuhkan sebagai sebuah sekolah perguruan.

Penamaan

Istilah "sekolah norma" bermula pada awal abad ke-16 daripada perkataan Perancis, école normale.[2] Konsep Perancis bagi "école normale" ialah dengan menyediakan sebuah sekolah contoh dengan kelas contoh bagi mengajar amalan pengajaran contoh kepada bakal guru-guru. [perlu rujukan] Namanya juga diambil daripada tujuan penubuhan institusi ini iaitu bagi mengajar norma atau peraturan pedagogi.

Lihat juga

  • Institut pendidikan guru (Malaysia)
  • Institut keguruan dan ilmu pendidikan (Indonesia)

Rujukan

Bibliografi

Pautan luar