Insomniacks
- Rencana
- Perbincangan
Insomniacks | |
---|---|
Berasal dari | Kuala Lumpur, Malaysia |
Genre | Pop rock, pop |
Tahun aktif | 2015–kini |
Syarikat rakaman | Sony Music Malaysia (2017-2020)Universal Music Malaysia (2021–kini) |
Pengkarya berkait | Midnight Fusic |
Ahli | Syed Mir Iqbal (Iqie) Wan Arif Iskandar (Iskandar) Gavin Wong (Gavin) Danial Lee Hashim (Dan) |
Insomniacks ialah kumpulan pop rock Malaysia yang dianggotai oleh 4 orang pemuda.
Mereka telah mengeluarkan lagu pertama mereka, "Selalu" pada tahun 2017 yang menjadi runut bunyi drama televisyen yang diadaptasi daripada drama popular Korea Selatan My Coffee Prince di Astro Ria. Kumpulan yang berasal dari Kuala Lumpur ini dianggotai oleh Syed Mir Iqbal (Iqie), Wan Arif Iskandar (Iskandar), Gavin Wong (Gavin) dan Danial Lee Hashim (Dan). Mereka pernah dicalonkan untuk kategori Top 5 Artis Kolaborasi/Duo/Berkumpulan Popular di acara tahunan Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-32. Kerjaya seni mereka mendapat sokongan kelab peminat yang digelarkan sebagai 'Maniacks' & menjadikan kumpulan popular dari luar negara iaitu 5 Seconds of Summer dan Fall Out Boy sebagai pengaruh utama mereka[1].
Mereka juga memulakan debut dalam industri muzik Malaysia dengan mempertaruhkan single kedua berjudul Pulang yang merekodkan Most Week in Charts 2019 (Domestic Song), Most Streamed Domestic 2019 & TOP 10 Most Streamed Singles In Malaysia menurut sumber daripada Persatuan Industri Rakaman Malaysia. Penarafan tersebut menjadikan mereka merupakan satu-satunya kumpulan yang mencatatkan Lagu Paling Lama Berada Di Dalam Carta RIM sepanjang tahun 2019.[2] [3] [4]. Pada masa yang sama, perkhidmatan penstriman muzik Spotify turut menyenaraikan Insomniacks di dalam Carta 2019 Spotify Wrapped Tertinggi Malaysia sebagai Artis Top 5 Tempatan Paling Banyak Distrim.[5] [6] [7]
Pada tahun 2016, Insomniacks telah memuat naik video lagu cover Melayu mereka yang pertama, Terakhir oleh Sufian Suhaimi yang berjaya mencapai 300 ribu tontonan di YouTube.
Pada tahun 2017, Insomniacks akhirnya mengeluarkan single pertama mereka yang berjudul Selalu dan berjaya mencapai angka 500 ribu tontonan dalam beberapa bulan dilancarkan dan menjadikan lagu mereka sebagai runut bunyi drama bersiri popular My Coffee Prince di Astro Ria.
Selang kemudian, Insomniacks pada tahun 2018 sekali lagi mengeluarkan single kedua berjudul Pulang yang berjaya mencapai angka 18 juta tontonan di YouTube dan secara tidak langsung mengangkat nama mereka di dalam Industri Muzik Malaysia. Mereka juga mengeluarkan Pulang WEDisode secara eksklusif bagi menceritakan secara keseluruhan jalan cerita di dalam Muzik Video Pulang berkenaan sebanyak 4 episod di YouTube rasmi mereka. Atas sambutan yang amat menggalakkan, mereka juga mengeluarkan Pulang (Piano Version) pada tahun 2019. Pulang sehingga kini berjaya merekodkan Lagu Paling Banyak Distrim dan Paling Lama Bertahan selama 106 minggu berturut-turut di dalam Carta RIM mingguan.[8]
Pada tahun 2020, Insomniacks telah mengeluarkan single mereka yang ketiga berjudul Kepala Batu. Selang beberapa bulan, mereka telahpun mengeluarkan album EP mereka tersendiri iaitu Kepala Batu EP yang menampilkan 3 judul lagu baharu iaitu, Here Again, Reminisensi & Langgar di samping lagu mereka terdahulu Kepala Batu & Selalu.
Tahun | Album | Senarai runut | Catatan |
---|---|---|---|
2020 | Kepala Batu EP |
|
Tahun | Tajuk | Komposer | Penulis Lirik |
---|---|---|---|
2017 | Selalu | Insomniacks | Iqie, Iskandar & Danial |
2018 | Pulang | Insomniacks | Iqie, Danial, Damilia & Iskandar |
2019 | Pulang (Piano Version) | Insomniacks | Iqie, Danial, Damilia & Iskandar |
2020 | Kepala Batu | Insomniacks, Faizal Tahir, Mage, Mike Chan & Romeo | Iqie, Iskandar, Gavin, Dan, Faizal Tahir, Mage, Mike Chan & Romeo |
Reminisensi | Insomniacks | Insomniacks | |
Langgar | Insomniacks | Insomniacks | |
Here Again | Insomniacks | Insomniacks | |
Reminisensi (Piano Version) | Insomniacks | Insomniacks | |
2022 | Sempurna | Iqie, Iskandar, Danial , Gavin | Iqie, Danial |
Tahun | Tajuk | Album | Ruj. |
---|---|---|---|
2020 | Go There If You Miss Me (Night Skies & Visions ft. Iqie Insomniacks) | Tiada album single | [10] |
Tahun | Anugerah | Kategori | Keputusan |
---|---|---|---|
2018 | Anugerah Planet Muzik 2018 | Band Terbaik | Tercalon |
2019 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-32 | Artis Kolaborasi Duo/Berkumpulan Popular | Tercalon |
2020 | Anugerah MeleTOP Era 2020 | Artis Baharu MeleTOP | Tercalon |