Indah Ruhaila (album)

Album studio 2008 oleh Indah Ruhaila

Indah Ruhaila merupakan album pop Malaysia 2008 oleh penyanyi Indah Ruhaila. Album ini merupakan album studio pertama dan terakhir beliau yang diterbitkan oleh Suria Records dan dikeluarkan pada 13 Oktober 2008.[2]

Indah Ruhaila
Album studio oleh
Dilancarkan pada13 Oktober 2008[1]
Dirakamkan pada2007-2008
TempatMalaysia Sunting nilai ini di Wikidata
GenrePop, balada
BahasaBahasa Melayu Sunting nilai ini di Wikidata
SyarikatSuria Records
Single daripada Indah Ruhaila
  1. "Dengarlah Kekasih"
    Dikeluarkan: 2008
  2. "Tak Mahu Mengerti"
    Dikeluarkan: 2009
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Latar belakang

Berkonsepkan pop balada, abum Indah Ruhaila mengambil masa setahun untuk disiapkan, bermula dengan proses pemilihan lagu dan diikuti dengan rakaman suara. Antara komposer yang terlibat dalam pembikinan album ini ialah Aiman, Alfa, Sharon Paul, Neves, Along Exists, Siew serta Faizal Tahir.

Keluaran

Indah Ruhaila dikeluarkan pada 13 Oktober 2008 di bawah syarikat rakaman Suria Records. Lagu "Dengarlah Kekasih" dan "Tak Mahu Mengerti" dikeluarkan sebagai single. "Dengarlah Kekasih" dipilih sebagai lagu tema drama Obsesi arahan Murali Abdullah lakonan Remy Ishak dan Lisa Surihani.[3]

Ulasan retrospektif Berita Harian mengenai album Indah Ruhaila menulis: "Kemampuan vokal Indah Ruhaila untuk tampil lebih mengesankan tidak diterokai sepenuhnya. Sebaliknya penerbit membiarkan nyanyiannya cukup berada pada tahap selesa tanpa mendesak gadis ini untuk berusaha menjangkau lebih daripada apa yang dimilikinya".[4]

Senarai runut

No.TajukPenulisMasa
1."Dengarlah Kekasih"Aiman / Zimi Sofaz4:02
2."Tak Mahu Mengerti"A Farrugia / Zimi Sofaz2:50
3."Berikanku Mimpi Indah"Alfa Booty Kesuma / Tisya4:12
4."Lihat Di Baris Tiga"Neves / Naziar3:38
5."Jujur Padaku"G-Nola / Musrad3:48
6."Siapa Luka Siapa"Neves / Layla Ismail3:45
7."Akan Ku Harungi"Sharon Paul / Mable4:07
8."Hati Ini"Faizal Tahir / Hani MJ4:29
9."Bukan Sehari"Aiman / Habsah Hassan4:34
10."Tak Kuasa Aku"Alfa Booty Kesuma / Tisya4:07
11."Retas"G-Nola / Ayang Batrisyia4:39


Rujukan