Ice Age: Collision Course

Ice Age: Collision Course ialah sebuah filem animasi komputer stereoskopi Amerika 2016 terbitan Blue Sky Studios. Filem ini merupakan ansuran kelima dalam siri filem Ice Age dan kesinambungan dari filem 2012 Ice Age: Continental Drift. Denis Leary, Ray Romano, Queen Latifah, John Leguizamo, Keke Palmer, Jennifer Lopez dan Chris Wedge kembali menjayakan peranan mereka dari ansuran sebelumnya.[1] Simon Pegg juga menjayakan kembali peranannya sebagai Buck dari filem ketiganya.[2] Mike Thurmeier dan Galen T. Chu menggalas tugas sebagai pengarah.[3] Pelakon barunya termasuk Jesse Tyler Ferguson, Adam DeVine, Nick Offerman, Max Greenfield, Stephanie Beatriz, Melissa Rauch, Carlos Ponce, Michael Strahan, Jessie J dan Neil deGrasse Tyson.[1] Filem ini dikeluarkan pada 22 Julai 2016, oleh 20th Century Fox.

Ice Age: Collision Course
PengarahMike Thurmeier
Galen T. Chu
Dihasilkan olehLori Forte[1]
DibintangiRay Romano
John Leguizamo
Denis Leary
Queen Latifah
Jennifer Lopez
Syarikat
penerbitan
Blue Sky Studios
20th Century Fox Animation
Diedarkan oleh20th Century Fox
Tarikh tayangan
  • 22 Julai 2016 (2016-07-22)
NegaraAmerika Syarikat
BahasaInggeris

Sinopsis

Pada kali ini, kawanan binatang ini bekerjasama bagi menentang kemusnahan bumi dengan kemunculan asteroid secara tiba-tiba. Tanpa disedari oleh Scrat, buah oaknya secara tidak sengaja menyebabkan asteroid dihantar ke bumi. Sekali lagi bantuan Sid diperlukan bagi menyelamatkan kawanan ini. Turut disentuh keresahan Manny dan Ellie apabila anak mereka; Peaches telah menginjak dewasa dan bersedia untuk membina keluarga sendiri.

Pelakon

Rujukan

Pautan luar