iTunes Store

iTunes Store (juga dikenali sebagai Gedung iTunes) ialah gedung media digital dalam talian berasaskan perisian yang dikendalikan oleh Apple Inc. Ia telah dibuka pada 28 April 2003, hasil daripada saranan Steve Jobs untuk membuka sebuah pasaran digital untuk muzik. Setakat Januari 2017, iTunes menawarkan lebih daripada 35 hingga 40 juta lagu, 2.2 juta aplikasi, 25 ribu rancangan televisiyen dan 65 ribu filem. Apabila ia dibuka, iTunes Store menjadi satu-satunya katalog muzik digital yang sah, yang menawarkan lagu-lagu daripada lima syarikat rakaman utama.[2] Setakat Jun 2013, iTunes Store memiliki 575 juta akaun pengguna aktif,[3] dan menyediakan perkhidmatan kepada 315 juta peranti mudah alih termasuklah Apple Watch, iPod, iPhone, Apple TV dan iPad.[4]

iTunes Store
Dibuka (2003-04-28) 28 April 2003 (umur 21)
PlatformmacOS, iOS, Windows, tvOS
FormatAAC tidak dilindungi (.m4a) @ 256 kbit/s (muzik), AAC dilindungi (.m4p) @ 35 64 dan 128 kbit/s (buku audio), Video MPEG-4 tidak dilindungi (.m4v) (video muzik), Video MPEG-4 dilindungi (.m4v) (video lain)
Pembatasan(Dilindungi) Muzik: penstriman sehingga 5 buah komputer bagi setiap 24 jam, CD tanpa had (tujuh dengan senarai main tidak berubah), iPod dan iPhone tanpa had.
Katalog37,000,000+ lagu dari seluruh dunia, 1,000,000+ audio siar (A.S.), 40,000+ video muzik (A.S.), 3,000+ rancangan TV (A.S.), 20,000+ buku audio (A.S.), 45,000+ filem (A.S.), 1,000,000+ aplikasi App Store[1]
Pralihat30–90 saat (muzik, TV, video, buku audio, filem) tersedia secara percuma
PenstrimanYa (untuk filem dan rancangan TV yang dibeli). Penstriman muzik melalui Apple Music.
ProtokoliTunes Music Store Protocol (itms://)
Laman webwww.apple.com/itunes/

Lihat juga

Rujukan