ISO 639-5

sejarah dalaman

ISO 639-5:2008 "Kod perwakilan nama bahasa—Bahagian 5: Kod Alpha-3 bagi keluarga dan kumpulan bahasa" ialah piawaian antarabangsa tidak lengkap yang diterbitkan oleh Pertubuhan Pemiawaian Antarabangsa (ISO). Ia telah dibangunkan oleh Jawatankuasa Teknikal ISO 37, Jawatankuasa Kecil 2, dan pertama kali diterbitkan pada 15 Mei 2008. Ia adalah sebahagian daripada siri piawaian ISO 639. Namun begitu, set kod ISO 639-5 mewakili sebahagian kecil daripada keluarga dan kumpulan bahasa di dunia. Percubaan pengekodan yang lebih lengkap ialah ISO 639-6, tetapi ditarik balik pada 2014).

Kod kolektif

ISO 639-5 mentakrifkan kod alpha-3 (tiga huruf), dipanggil "kod kolektif", yang mengelaskan keluarga dan kumpulan bahasa. Selepas pengemaskinian Februari 2013, piawai ini mentakrifkan 115 kod kolektif.[1][2] Perpustakaan Kongres Amerika Syarikat menyelai senarai kod-kod Alpha-3 yang termasuk ISO 639-5.[3]

Piawaian ini tidak meliputi semua keluarga bahasa yang digunakan oleh ahli bahasa. Di samping itu, bahasa yang diliputi oleh kod kumpulan mungkin tidak berkaitan dari segi linguistik, tetapi mungkin mempunyai hubungan geografi atau kategori (seperti kreol).

Hubungan dengan kod ISO 639 lain

Sebilangan kod ISO 639-5 juga ada dalam ISO 639-2.[4] ISO 639-2 mengandungi kod bagi bahasa-bahasa individu, beberapa kod bahasa makro ISO 639 dan beberapa kod kolektif; sebarang kod yang terdapat dalam ISO 639-2 juga terdapat sama ada dalam ISO 639-3 atau ISO 639-5.

Bahasa, keluarga atau kod kumpulan dalam ISO 639-2 boleh terdiri daripada jenis "kumpulan" (g) atau "kumpulan baki" (r). "Kumpulan" terdiri daripada beberapa bahasa yang berkaitan; "kumpulan baki" ialah sekumpulan beberapa bahasa berkaitan yang mana beberapa bahasa tertentu telah dikecualikan daripadanya. Walau bagaimanapun, dalam ISO 639-5, "kumpulan baki" tidak mengecualikan sebarang bahasa. Oleh kerana ISO 639-2 dan ISO 639-5 menggunakan kod Alpha-3 yang sama, tetapi tidak selalu merujuk kepada senarai bahasa yang sama untuk mana-mana kod tertentu, bahasa yang dirujuk oleh kod Alpha-3 tidak dapat ditentukan melainkan ia diketahui sama ada kod tersebut digunakan dalam konteks ISO 639-2 atau ISO 639-5.

Contoh hubungan kod ISO 639-2 dan ISO 639-5
KodJenis ISO 639-2Takrifan ISO 639-2Takrifan ISO 639-5
afakumpulan baki (r)bahasa-bahasa Afro-Asiasemua bahasa Afro-Asia
algkumpulan biasa (g)semua bahasa Algonquinsemua bahasa Algonquin
sqjtidak ditakrifkantidak ditakrifkanbahasa-bahasa Albania

Sejarah

Draf jawatankuasa ISO 639-5 telah dikeluarkan pada 23 Februari 2005. Undian pada draf tersebut ditamatkan pada 5 Julai 2005, dan diluluskan. Pada tahun 2006, tarikh sasaran penerbitan untuk piawaian akhir telah ditetapkan pada 30 Oktober 2007. Semasa peringkat kelulusan untuk piawaian, draf akhir undian standard antarabangsa ISO tidak dimulakan sehingga 8 Februari 2008. Pengundian berakhir pada 10 April 2008 ("peringkat 50.60"). Piawaian itu diterbitkan pada 15 Mei 2008. Kemas kini telah dibuat pada Ogos 2008, Februari 2009 dan Februari 2013.[1]

Rujukan