Hubungan luar Hamas

Hubungan luar Hamas merujuk kepada hubungan antarabangsa Hamas, yang menjadi pihak berkuasa yang mentadbir Genting Gaza.[1] Sehingga setakat 23 November 2023, biro hubungan antarabangsa Hamas diketuai oleh Musa Abu Marzuk.[2]

Hubungan dengan Afrika

Hubungan antara Hamas dan negara lain
NegaraKeadaanMaklumat lain
 Afrika SelatanMenyokong secara diplomasiKementerian Luar mengeluarkan kenyataan menyeru kepada mengurangkan serangan dan menghentam pembakaran pada "pendudukan haram yang berterusan di tanah Palestin, menyambung perluasan pendudukan, penodaan Masjid Al Aqsa dan tapak suci Kristian, dan penindasan yang sedang berlangsung ke atas orang Palestin.". Afrika Selatan memperakui sokongan mereka kepada penyelesaian dua negara.[3]
 AngolaBerkecualiAngola menyeru kepada pembendungan dan dialog bagi kedua-dua pihak, Hamas dan Israel.[4]
 BotswanaBerkecualiBotswana mengecam keganasan terhadap orang awam oleh Hamas dan Israel dan menggesa untuk perhentian pertempuran segera.[5]
 CameroonMembangkang secara diplomasiCameroon menyokong Israel dan mengecam Hamas dalam mencetuskan perang Israel-Palestin 2023.[6]
 ChadMenyokong secara diplomasiPada 2023, Chad mengundi untuk menolak kecaman kepada Hamas di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.[7]
 CongoMenyokong secara diplomasiPada 2018, Congo mengundi untuk menolak kecaman kepada Hamas di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.[8]
 EritreaMembangkang secara diplomasiPada 2018, Eritrea mengundi mengecam Hamas di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.[8]
 GhanaMembangkang secara diplomasi tetapi menyeru kepada dialogKementerian Luar mengeluarkan kenyataan menyebut "Dalam pada Ghana menegaskan sokongannya kepada hak Israel untuk wujud dan mempertahankan diri, Ghana menyeru kepada pemerintah Israel untuk mengawal tindakan mereka terhadap serangan Hamas".[9]
 KenyaMembangkang secara diplomasiKorir Sing'Oei, Setiausaha Utama Jabatan Negara bagi Hal Ehwal Luar, berkata bahawa negaranya dengan tegas mengecam "serangan pengganas yang keji ke atas Israel dan mengkesali pembunuhan dan kehilangan nyawa yang tidak masuk akal", sambil menafikan "perancang, pembiaya dan pelaksana serangan keji ini." Ia mengakui "hak untuk membalas dendam" Israel, tetapi menggesa "sebuah jalan damai untuk penyelesaian pembangunan yang malang ini."[10]
 LesothoMembangkang secara diplomasiPada 2018, Lesotho mengundi untuk mengecam Hamas di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.[8]
 LiberiaMembangkang secara diplomasiPada 2018, Liberia mengundi untuk mengecam Hamas di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.[8]
 MalawiMembangkang secara diplomasiPada 2018, Malawi mengundi untuk mengecam Hamas di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.[8]
 NamibiaMenyokong secara diplomasiKerajaan mengecam peningkatan keganasan, menggesa kepada penyelesaian diplomasi dan menyeru kepada Israel untuk "menamatkan serangan mereka dan elakkan diri daripada terlibat dalam tindakan provokatif terhadap orang Palestin."[11]
 Republik Afrika TengahMenyokong secara diplomasiPada 2023, Republik Afrika Tengah mengundi untuk menolak kecaman kepada Hamas di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.[7]
 Republik Demokratik CongoMembangkang secara diplomasiRepublik Demokratik Congo menyokong Israel dan mengecam Hamas dalam mencetuskan perang Israel-Palestin 2023.[12]
 RwandaMembangkang secara diplomasiKerajaan menyokong Israel menentang Hamas dan perang 2023.[13]
 Sahara BaratMenyokong secara diplomasiBarisan Polisario menzahirkan sokongan kepada orang Palestin menentang Israel dalam mencetuskan perang Israel-Palestin 2023.[14]
 SeychellesMembangkang secara diplomasiSeychelles mengundi untuk mengecam Hamas di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.[7]
 Sudan SelatanMembangkang secara diplomasiPresiden Salva Kiir Mayardit menulis kepada Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu bahawa Sudan Selatan menzahirkan "simpati terdalam [...] bagi rakyat anda yang hilang disebabkan kekejaman dan ancaman keganasan oleh Hamas," menyatakan lagi bahawa "tiada aduan politik boleh mewajarkan pembunuhan rakyat yang tidak bersalah."[15]
 Tanjung VerdeMembangkang secara diplomasiPada 2018, Tanjung Verde mengundi untuk mengecam Hamas di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.[8]
 TanzaniaHubungan rumitKementerian Luar mengecam semua keganasan dan menyeru kepada dialog antara kedua-dua pihak.[16] Pada 2023, Tanzania mengundi untuk menolak kecaman kepada Hamas di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.[7]

Polis Tanzania menghalang sebuah unjuk rasa bagi menyokong hak Palestin di Dar es Salaam. Sebelum itu, polis Tanzania menahan pemuda yang memegang bendera Palestin semasa perlawanan bola sepak antara Kelab Simba (Tanzania) dan Kelab Al-Hali (Mesir).

 ZambiaMembangkang secara diplomasiMenteri Luar Stanley Kakubo mempertahankan Israel dalam sebuah kenyataan mengecam serangan Hamas.[17]
 ZimbabweMenyokong secara diplomasiZimbabwe mengecam tindakan Israel di Gaza.[13]
Negara anggota Pertubuhan Kerjasama Islam
 GabonMenyokong secara diplomasi tetapi menyeru kepada dialogGabon ialah satu daripada empat negara yang mengundi bersama Rusia dalam Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dalam sebuah resolusi untuk mengecam keganasan di Gaza, tanpa mengecam Hamas.[18]
 GuineaMenyokong secara diplomasiPada 2018, Guinea mengundi untuk menolak kecaman kepada Hamas di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.[8]
 Guinea-BissauBerkecualiPresiden Umaro Sissoco Embalo mengecam tindakan Israel apabila beliau menyeru "sebuah gencatan senjata di Genting Gaza, meratapi peningkatan keganasan dan kehilangan nyawa manusial"[19] Beliau kemudiannya menyeru kepada "kedua-dua pihak perlu berhenti kerana terdapat banyak kehilangan nyawa di sana."
 MaliMenyokong secara diplomasiMali menyatakan sokongannya kepada Palestin.[6]
 MozambiqueMenyokong secara diplomasi tetapi menyeru kepada dialogMozambique ialah satu daripada empat negara yang mengundi bersama Rusia dalam Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dalam sebuah resolusi untuk mengecam keganasan di Gaza, tanpa mengecam Hamas.[18]
 NigerMenyokong secara diplomasiNiger menyatakan sokongannya kepada Palestin.[6]
 NigeriaMembangkang secara diplomasiMenteri Luar Yusuf Tuggar menyeru kepada mengurangkan, dan meminta kedua0dua pihak "untuk menahan operasi, mengutamakan keselamatan orang awam dan memberi ruang untuk pertimbangan kemanusiaan".[20] Pada 2023, Nigeria mengundi untuk mengecam Hamas di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.[21]
 SenegalMenyokong secara diplomasiPada 2023, Senegal mengundi untuk menolak kecaman kepada Hamas di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.[7]
 GambiaMenyokong secara diplomasiPada 2023, Gambia mengundi untuk menolak kecaman kepada Hamas di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.[7]
 TogoMembangkang secara diplomasiMenteri Luar Togo, Robert Dussey, membuat kenyataan yang mana beliau dengan tegas mengutuk serangan pengganas yang dibuat Hamas kepada rakyat Israel.[22]
 UgandaMenyokong secara diplomasiPresident Yoweri Museveni has called for dialogue between Israel and Hamas and urged for a peaceful resolution.[23] Pada 2023, Uganda mengundi untuk menolak kecaman kepada Hamas di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.[7]
Negara anggota Pertubuhan Kerjasama Islam & Liga Arab
 AlgeriaMenyokong Hamas[24]Kementerian Luar mengeluarkan kenyataan mengecam keras pengeboman ke atas Gaza oleh Israel, menggesa badan antarabangsa untuk campur tangan dalam konflik dan mengisytiharkan rasa simpati kepada warga Palestin yang berjuang menentang "penempatan penjajah Israel". Algeria menjadi penyokong besar Hamas.[25]
 ComorosMenyokong secara diplomasiPada 2018, Comoros mengundi untuk menolak kecaman kepada Hamas di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.[8]
 DjiboutiMenyokong secara diplomasiDjibouti menyatakan sokongan mereka kepada Palestin susuan Perang Israel-Palestin.[17]
 LibyaMenyokong secara diplomasiDewan Perwakilan menzahirkan sokongan kepada Gaza.[26]
 MesirMenentang HamasPada Jun 2015, mahkamah rayuan Mesir membalikkan keputusan awal dengan menyenaraikan Hamas sebagai pertubuhan pengganas.[27] Pada Februari 2015, Mahkamah Urusan Segera Kaherah menandakan Hamas sebagai pertubuhan pengganas, sebagai sebahagian daripada kejatuhan gerakan Ikhwan Muslimin susulan rampasan kuasa Mesir 2013. Mahkamah menuduh Hamas membawa serangan pengganas di Mesir melalui terowong yang menghubungkan Semenanjung Sinai dengan Genting Gaza.[28] Pada Mac 2014, mahkamah yang sama mengharamkan kegiatan Hamas di Egypt, memerintahkan penutupan pejabatnya di Mesir dan menahan mana-mana anggota Hamas yang diemui di negara tersebut.[29][30]
 MauritaniaMenyokong secara diplomasiKementerian Luar berkata (dalam maklum balas kepada konflik Israel-Palestin 2023) dalam sebuah kenyataan bahawa "Apa yang berlaku ialah keputusan yang tidak dapat dielakkan daripada provokasi dan keganasan berterusan terhadap hak-hak orang Palestin dan juga kesucian Masjid Al-Aqsa oleh penjajahan pihak berkuasa Israel."[31]
 MaghribiBerkecualiKementerian Luar menzahirkan "keprihatinan mereka yang mendalam terhadap kemerosotan keadaan dan tercetusnya tindakan ketenteraan di Genting Gaza," dan mengecam "serangan terhadap orang awam di mana sahaja mereka berada."[32]
 SomaliaMenyokong secara diplomasiSomalia mengecam Israel atas tindakan pengeboman Hospital al-Ahli Arab.[33]
 SudanHubungan rumitKementerian Luar menyatakan Sudan menyokong "hak sah orang Palestin untuk mempunyai negara sendiri yang merdeka", dan memanggil "kepada pendirian untuk resolusi antarabangsa dan perlindungan kepada rakyat yang tidak bersalah."[34][17]

Sudan menyita aset Hamas pada 2021.[35]

 TunisiaMenyokong secara diplomasiNegara ini menyatakan sokongan kepada perjuangan rakyat Palestin.[36]

Sebelum ini

Hubungan antara Hamas dan negara lain
NegaraKeadaanMaklumat lain
 MesirMenyokong HamasMesir di bawah Presiden Mohamed Morsi yang memerintah pada 2011 hingga 2013, menyokong Hamas.[37]
 SudanMenyokong HamasSudan di bawah Presiden Omar al-Bashir ialah penyokong utama Hamas, dan menyediakan roket kepada Hamas.[38]

Hubungan dengan Asia

Hubungan antara Hamas dan negara lain
NegaraKeadaanMaklumat lain
 ArmeniaMembangkang secara diplomasiKementerian Luar menyatakan mereka terkejut dengan keganasan antara rakyat Palestin dan Israel yang mensasarkan orang awam, berkata bahawa mereka menyertai "masyarakat anatarabangsa yang m,enuntut untuk penamatan keganasan."[39]

Pada 2023, Armenia mengundi untuk mengecam Hamas di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.[40]

 KembojaBerkecualiKementerian Luar mengeluarkan kenyataan mengecam sebarang bentuk keganasan dan tindakan pengganas dan menyeru semua pihak yang terlibat dalam pertempuran di Israel untuk menggerakkan gencatan segera dan mencari jalan keluar.[41]
 Republik Rakyat ChinaMenyokong secara diplomasiKementerian Luar menzahirkan keprihatinan mendalam "terhadap peningkatan tekanan dan keganasan semasa antara Palestin dan Israel" dan menggesa pihak-pihak yang berkenaan untuk "kembali tenang, menggerakkan gencatan dan mengakhirkan segera kekejaman untuk melindungi orang awam dan mengelakkan kemerosotan akan datang."[42][43] Selepas seorang diplomat dari kedutaan Israel mengkritik Beijing yang tidak mengecam Hamas, jurucakap kementerian Mao Ning memperbaharui gesaan untuk pernyelesaian dua negara dan berkata sebagai "seorang rakan kepada kedua-dua Israel dan Palestin, apa yang kami harapkan islah untuk kedua-dua negara hidup bersama dengan damai."[44][45] China mengundi untuk menolak kecaman kepada Hamas di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.[7]
 CyprusMembangkang secara diplomasiPresiden Nikos Christodoulides dan kedutaan Cyprus di Israel mengecam serangan dan menyatakan Cyprus berada bersama Israel.[46][47]
 Georgia (negara)Membangkang secara diplomasiKementerian Luar mengecam dengan tegas serangan terhadap Israel, dan menzahirkan kebersamaa dengan kerajaan dan rakyat Israel. Kementerian juga menzahirkan takziah dan berharap kesembuhan segera bagi yang cedera.[48]
 IndiaMembangkang secara diplomasiPrime Minister Narendra Modi berkata kerajaan mengecam "serangan pengganas ke atas Israel", dan menambah bahawa "kami berdiri bersama Israel dalam jam-jam sukar ini".[49][50]
 IsraelMusuh HamasIsrael ialah musuh utama Hamas.
 JepunMembangkang secara diplomasiSeorang jurucakap Kementerian Luar berkata negaranya "mengecam keras serangan roket dan serangan mendadak bersenjata ke atas Israel" dan menzahirkan "takziahnya kepada yang kematian keluarga dan rasa simpati kepada yang cedera."[51]
 LaosMenyokong secara diplomasiPada 2018, Laos mengundi untuk menolak kecaman kepada Hamas di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.[8]
 MongoliaMembangkang secara diplomasiKementerian Luar mengeluarkan kenyataan berkata negaranya mengecam "serangan roket dan pengganas dari Gaza ke atas Israel, yang menyebabkan kematian dan kecederaan kepada ramai orang awam yang tidak bersalah." Ia juga menyeru "kepada semua pihak mengambil berat untuk menghentikan keganasan segera dan melindungi keselamatan dan keamanan orang awam walau apa pun."[52]
 MyanmarMembangkang secara diplomasiSusulan pengeboman Hospital al-Ahli Arab, Kementerian hal Ehwal Luar yang dikawal junta menyeru kepada "pihak yang terlibat untuk menghentikan serangan dan menyelesaikan isu dengan aman".[53] Myanmar mengundi untuk mengecam Hamas di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.[54]
   NepalMembangkang secara diplomasiPerdana Menteri Pushpa Kamal Dahal mengecam serangan Hamas ke atas Israel dan memanggilnya "serangan pengganas".[55]
 Korea UtaraMenyokong secara diplomasiRodong Sinmun, akhbar rasmi parti pemerintah Parti Buruh Korea, menerbitkan sebuah terbitan mengecam Israel bagi konflik ini, menyatakan bahawa "masyarakat antarabangsa menuntut bahawa kemelut ini ialah keputusan daripada tindakan jenayah berterusan Israel terhadap orang Palestin, dan jalan keluar asas ialah membina sebuah negara Palestin yang merdeka".[56] Korea Utara mengundi untuk menolak kecaman kepada Hamas di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.[7]
 FilipinaMembangkang secara diplomasiPejabat Presiden Ferdinand Marcos Jr. mengeluarkan kenyataan menyampaikan "simpati terdalam dan takziah kepada sesiapa yang kehilangan anggota keluarga dan yang tersayang dalam serangan baru-baru ini." Ia juga mengecam serangan tersebut dan berkata "Filipina memahami hak negara untuk mempertahankan diri daripada serangan luar sebagaimana dinyatakan dalam Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu."[57] Majlis Keselamatan Negara mengusulkan untuk menandakan secara rasmi Hamas sebagai pertubuhan pengganas.[58]
 SingapuraMembangkang secara diplomasiSeorang jurucakap Kementerian Ehwal Luar mengeluarkan kenyataan berkata negara itu mengecam keras "serangan roket dan pengganas daripada Gaza kepada Israel."[59]
 Korea SelatanMembangkang secara diplomasiKementerian Luar mengeluarkan sebuah kenyataan bahawa kerajaann mengecam keras "serangan sembarangan ke atas Israel dari Gaza termasuk serangan roket", dan memanggil kepada "sebuah arahan berhenti segera" kepada mereka.[60]
 Sri LankaHubungan rumitPresiden Wickremesinghe mengecam Hamas dan memberi amaran keganasan akan memberi kesan kepada Sri Lanka. Sri Lanka mengundi untuk menolak kecaman kepada Hamas di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.[7]
 TaiwanMembangkang secara diplomasiKementerian Luar mengeluarkan sebuah kenyataan mengatakan bahawa negara mengecam keras "serangan sembarangan kepada Israel yang dilakukan Hamas." Ia juga berkata Taiwan berdiri "dalam kebersamaan dengan Israel" dan mengecam "sebarang bentuk keganasan", menambah bahawa perhatian mereka ialah "dengan mangsa dan keluarga pada waktu tragik ini."[61][62]
 ThailandMembangkang secara diplomasiPerdana Menteri Srettha Thavisin menzahirkan takziah terdalamnya kepada kerajaan dan rakyat Israel, dan mengecam serangan Hamas.[63] Timbalan menteri ehwal luar Jakkapong Sangmanee kemudiannya berkata kedudukan negara ialah "keberkecualian" dan kerajaan mengutamakan "sebuah penyelesaian yang akan membenarkan kewujudan Palestin dan Israel."[64]
 Timor LesteMembangkang secara diplomasiTimor Leste mengundi untuk mengecam Hamas di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.[7]
 VietnamMenyokong secara diplomasiPada 2018, Vietnam mengundi untuk menolak kecaman kepada Hamas di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.[8]
Negara anggota Pertubuhan Kerjasama Islam
 AfghanistanMenyokong HamasKementerian Luar pimpinan Taliban berkata negara "memantau secara berhati-hati peristiwa semasa di Genting Gaza" dan mempertimbangkan "kejadian seperti itu adalah akibat daripada Zionis Israel yang menginjak-injak hak rakyat Palestin yang tertindas dan berulang kali menghina dan tidak menghormati tempat-tempat suci umat Islam, dan apa-apa jenis pertahanan dan penentangan rakyat Palestin untuk kebebasan."[65]
 AzerbaijanBerkecualiKementerian Luar mengecam "keganasan terhadap orang awam dalam zon konflik Israel-Palestin" dan menyeru "kepada pengurangan ketegangan segera."[66]
 BangladeshMenyokong secara diplomasiKementerian Ehwal Luar mengeluarkan sebuah kenyataan media memanggil gencatan senjata segera dan menyelesaikan konflik dengan dialog dan diplomasi. Ia mengecam konflik bersenjata, menzahirkan keperihatinan mendalam terhadap "kehilangan nyawa awam yang tragik", dan menggesa kedua-dua pihak untuk "menjalankan tempoh bertenang secara maksimum".[67][68] Ia turut mengecam "pendudukan Israel dan pendudukan paksa di wilayah Palestin" dan menegaskan sokongannya kepada penyelesaian dua negara.[69][70][71]
 BruneiBerkecualiBrunei mengulangi solidariti dengan rakyat Palestin dan menyeru "semua pihak untuk segera menghentikan segala bentuk keganasan dan menahan diri sepenuhnya."[72]
 IndonesiaBerkecualiKementerian Ehwal Luar mengeluarkan kenyataan menzahirkan keprihatinan mendalam mereka "terhadap konflik yang terjadi antara Palestin dan Israel", dan menggesa penamatan segera keganasan bagi mengelak kehilangan nyawa akan datang. Ia juga memanggil kepada pendudukan wilayah Palestin oleh Israel ialah akar kepada konflik ini, untuk diselesaikan mengikut parameter yang dipersetujui oleh Bangsa-Bangsa Bersatu.[73] Presiden Joko Widodo, dalam ucapannya pada 10 Oktober, menggesa kedua-dua pihak untuk menghentikan konflik, mengurangkan tekanan, dan mengarahkan kementerian luar untuk melindungi warga Indonesia yang berada di Palestin dan Israel.[74]
 IranMenyokong HamasLihat: Sokongan Iran untuk Hamas.
 KazakhstanHubungan rumitAibek Smadiyarov, setiausaha akhbar Kementerian Luar menggesa semua pihak untuk tidak menggunakan tindakan yang boleh memburukkan lagi keadaan antara kedua-dua negeri dan rantau Timur Tengah.[75] Kazakhstan mengundi untuk menolak kecaman kepada Hamas di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.[7]
 KyrgyzstanMenyokong secara diplomasiKementerian Luar menyeru kepada dialog dan pemberhentian permusuhan antara Israel dan Hamas.[76] Kyrgyzstan mengundi untuk menolak kecaman kepada Hamas di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.[7]
 MalaysiaMenyokong HamasKementerian Luar mengeluarkan kenyataan menyatakan "keprihatinan terhadap kejadian terkini di Timur Tengah", menyalahkan punca pada "pendudukan haram berpanjangan, sekatan dan penderitaan, penodaan Masjid Al-Aqsa, dan juga politik perampasan di atas bahu Israel sebagai penjajah". Ia juga menggesa untuk kembali kepada sempadan pra-1967 dan kepada Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk "meminta semua pihak untuk hentikan keganasan dan menghormati dan melindungi nyawa yang tidak bersalah".[77]
 MaldivesMenyokong secara diplomasiKementerian Luar mengeluarkan kenyataan berkata kerajaan mempertimbangkan "tindakan pencerobohan yang disengajakan terhadap penduduk awam Palestin yang tidak bersalah ini secara terang-terangan mengabaikan dan melanggar undang-undang kemanusiaan antarabangsa, sama seperti jenayah perang."[78]
 PakistanMenyokong secara diplomasiPejabat Ehwal Luar menerbitkan kenyataan menggesa gencatan senjata segera dan kembali kepada rundingan damai, menyatakan bahawa mereka "memantau dengan dekat keadaan yang berlaku".[79] Pakistan mengulangi pendiriannya bahawa penyelesaian konflik itu adalah penyelesaian dua negara, termasuk penubuhan Negara Palestin yang berdaya maju, berdaulat dan bersebelahan dengan Baitulmaqdis sebagai ibu negaranya..[80]
 TajikistanMenyokong secara diplomasiTajikistan mengundi untuk menolak kecaman kepada Hamas di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.[7]
 TurkiMenyokong HamasLihat: Sokongan Turki untuk Hamas.
 UzbekistanMenyokong secara diplomasiPada 2018, Uzbekistan mengundi untuk menolak kecaman kepada Hamas di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.[8]
Negara anggota Pertubuhan Kerjasama Islam & Liga Arab
 BahrainMembangkang secara diplomasiKementerian Luar menyeru kepada pengurangan serangan, dan menyatakan sokongannya kepada penyelesaian dua negara.[81] Pada 9 Oktober ia secara rasmi mengecam serangan dan penculikan oleh Hamas.[82][83] Pada 2023, Bahrain mengundi untuk menolak kecaman kepada Hamas di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.[84]

Putera Mahkota Bahrain merangkap Perdana Menteri, Salman bin Hamad Al Khalifa menjadi pemimpin Arab pertama yang secara peribadi mengecam Hamas dan menggelar serangan 7 Oktober sebagai "kejam dan ngeri".[85]

 IraqMenyokong secara diplomasiJurucakap rasmi kerajaan berkata operasi ketenteraan yang dilakukan orang Palestin ialah hasil daripada berdekad-dekad "tekanan bersistem" oleh "pihak Pendudukan Zionis".[86]
 JordanHubungan rumitHamas diharamkan pada 1999, dilaporkan sebagai sebahagian daripada permintaan Amerika Syarikat, Israel dan Pihak Berkuasa Palestin.[87] Pada 2012, Jordan menerima lawatan rasmi Hamas dan Qatar.[88] Pada 2019, sumber Jordan dikatakan telah mendedahkan "kerajaan menalik balik permohonan daripada Sekretariat Umum Liga Arab pada Mac untuk mengharamkan Hamas dan menyenaraikannya sebagai pertubuhan pengganas."[89]
 KuwaitMenyokong secara diplomasiKuwait mempersalahkan Israel atas apa yang dipanggilnya sebagai "serangan terang-terangan".[90]
 LubnanMenyokong secara diplomasiLebanon mengundi untuk menolak kecaman kepada Hamas di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.[7]
 OmanMenyokong secara diplomasiKementerian Luar memanggil masyarakat antarabangsa untuk "campur tangan segera untuk menghantikan penentangan yang sedang berlaku dan mengikut peraturan dari undang-undang antarabangsa". Ia juga menyatakan sokongannya kepada penyelesaian dua negara termasuklah sebuah negara Palestiin dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negara.[91]
 QatarMenyokong HamasLihat: Sokongan Qatar untuk Hamas.
 Arab SaudiHubungan rumitKementerian Luar menerbitkan sebuah kenyataan menyeru kepada "perberhentian segera" terhadap "peningkatan serangan" di Israel dan Gaza. Ia menambah mereka "secara rapat mengikuti perkembangan dalam situasi yang tidak pernah berlaku antara sebilangan kumpulan rakyat Palestin dan angkatan tentera penjajahan Israel, yang mana mengakibatkan tahap keganasan yang tinggi berlaku di sana" dan mengulangi "amaran berulangnya [kepada Israel] akan bahaya ledakan situasi ini ialah akibat daripada pendudukan berterusan dan perampasan hak orang Palestin dan pengulangan provokasi bersistem terhadap kesuciannya.".[92][93]
 SyriaHubungan rumitSyria mengundi untuk menolak kecaman kepada Hamas di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.[7]
 Emiriah Arab BersatuHubungan rumitKementerian Luar menyeru untuk gencatan senjata segera.[94] Kemudian ia mengecam Hamas di atas "peningkatan tekanan yang serius" dan pengambilan tebusannya.[95] Pada 2023, UAE mengundi untuk menolak kecaman kepada Hamas di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.[96]
 YamanMenyokong secara diplomasiKementerian Luar mengesahkan kerajaannya mengikuti perkembangan yang berlaku dan peningkatan tekanan berlaku di wilayah Palestin yang dijajah, dan menggesa kepada perlindungan orang awam dan penamatan provokasi daripada tentera Israel dan serangan berulang mereka kepada orang Palestin dan kawasan sucinya. Ia juga menegaskan pendirian "tegas" kerajaan untuk membantu mencapai aspirasi rakyat Palestin untuk kehidupan yang selayaknya, dan penubuhan negara Palestin merdeka dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negaranya, selaras dengan Inisiatif Keamanan Arab dan resolusi dan perundangan antarabangsa yang relevan.[97]

Sebelum ini

Hubungan antara Hamas dan negara lain
NegaraKeadaanMaklumat lain
 SyriaMenyokong HamasRepublik Arab Syria adalah penyokong tegar Hamas sehingga 2011. Pada Januari 2012, Hamas menyebelahi masyarakat awam menentang rejim Bashar al-Assad.[98] Hubungan telah dipulihkan sejak itu tetapi sokongan tidak melepasi sokongan diplomatik.

Hubungan dengan Amerika

Hubungan antara Hamas dan negara lain
NegaraKeadaanMaklumat lain
 Antigua dan BarbudaMembangkang secara diplomasiKerajaan mengeluarkan sebuah kenyataan mengecam Hamas dan menyampaikan simpati kepada keluarga mangsa serangan.[99]
 ArgentinaMembangkang secara diplomasiPresiden Alberto Fernández mengutuk "serangan pengganas kejam" terhadap Israel,[100] manakala Kementerian Luar menyatakan bahawa ia "kesal" "tindakan pengganas Hamas terhadap wilayah Israel", seterusnya menyatakan solidariti dengan rakyat Israel dan menyampaikan ucapan takziah kepada mereka yang terjejas.[101]F ernández kemudiannya berkata di media sosial bahawa dia telah membuat panggilan telefon kepada presiden Israel Isaac Herzog di mana dia menyatakan "penolakan bertenaga Argentina dan mengutuk serangan pengganas yang kejam yang dilakukan oleh Hamas."[102]
 BahamasBerkecualiMenteri Luar Fred Mitchell menyeru "pemberhentian aktiviti antara Hamas dan Israel."[103]
 BarbadosMembangkang secara diplomasiBarbados mengundi untuk mengecam Hamas di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.[7]
 BelizeMenyokong secara diplomasiMenteri Luar Negeri Eamon Courtenay menggesa agar de-eskalasi dan menggesa untuk negara Palestin, dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negara.[99] Pada 2023, Belize mengundi untuk menolak kecaman kepada Hamas di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.[7]
 BoliviaMenyokong secara diplomasiKerajaan menyatakan "kebimbangan yang mendalam" terhadap situasi itu dan mengkritik "ketidaktindakan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan Majlis Keselamatan."[104] Bolivia mengundi untuk menolak kecaman kepada Hamas di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Pada 31 Oktober, negara itu memutuskan hubungan dengan Israel kerana "jenayah terhadap kemanusiaan".[105]
 BrazilMembangkang secara diplomasiKementerian Luar menyatakan bahawa sebagai presiden Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Brazil akan memanggil mesyuarat tergempar badan itu dan berusaha untuk meredakan keadaan.[106] Brazil mengutuk serangan ke atas Israel dan mengucapkan takziah kepada rakyat Israel.[107] Brazil juga mengulangi sokongannya terhadap penyelesaian dua negara berdasarkan sempadan yang dipersetujui bersama.[106]
 KanadaMembangkang secara diplomasiDi bawah Akta Anti-Keganasan, Kerajaan Kanada telah menyenaraikan Hamas sebagai entiti pengganas, lantas menetapkannya sebagai kumpulan pengganas, sejak 2002.[108][109]
 ChileMembangkang secara diplomasiChile mengundi untuk mengecam Hamas di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.[7]
 ColombiaBerkecualiKementerian Luar mengeluarkan kenyataan yang menggesa disambung semula segera "dialog antara Israel dan Palestin untuk memulakan proses damai yang membawa kepada kewujudan bersama secara aman, dalam sempadan selamat yang dipersetujui bersama dan diiktiraf di peringkat antarabangsa, dengan sokongan penuh untuk integriti wilayah pihak-pihak tersebut. "[110] Israel kemudiannya menghentikan semua eksport keselamatan ke Colombia selepas presiden Gustavo Petro membandingkan IDF dengan Nazi Jerman.[111] Sebagai tindak balas, Petro mengancam untuk menggantung hubungan diplomatik antara kedua-dua negara, dengan menyatakan bahawa "kami tidak menyokong genosid".[112] Pada 31 Oktober, Petro memanggil pulang duta Colombia ke Israel sebagai protes terhadap "pembunuhan beramai-ramai rakyat Palestin".[113]
 Costa RicaMembangkang secara diplomasiKementerian Luar mengutuk serangan Hamas sebagai keganasan, dan menyatakan solidaritinya dengan Israel.[114]
 CubaMenyokong secara diplomasiKementerian Luar berkata bahawa peningkatan itu adalah akibat daripada tindakan Israel.[perlu rujukan]
 DominikaMembangkang secara diplomasiPada 2018, Dominica mengundi untuk mengecam Hamas di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.[8]
 Republik DominikaMembangkang secara diplomasiRepublik Dominika mengundi untuk mengecam Hamas di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.[115]
 EcuadorMembangkang secara diplomasiKerajaan mengutuk serangan ke atas Israel, menyatakan solidariti dengan rakyat Israel, dan mengulangi bahawa ia komited kepada penyelesaian yang dirundingkan, muktamad dan adil untuk Israel dan Palestin.[116]
 El SalvadorMembangkang secara diplomasiPresiden Nayib Bukele, yang berketurunan Palestin, menggambarkan Hamas sebagai "binatang buas" di laman X, menyatakan bahawa Hamas "tidak mewakili rakyat Palestin" dan membandingkan kumpulan itu dengan MS-13, sebuah kumpulan penjenayah Salvador. Bukele menyatakan sokongannya kepada rakyat Palestin dan menyeru rakyat Palestin untuk "menyingkirkan haiwan itu [Hamas] dan membiarkan orang baik berkembang maju".[117]
 GuatemalaMembangkang secara diplomasiKementerian Luar mengutuk keras serangan itu. Ia menyampaikan solidaritinya kepada Rakyat dan Kerajaan Israel, dan menyokong pemulihan segera keamanan.[118]
 HaitiMembangkang secara diplomasiPada 2018, Haiti mengundi untuk mengecam Hamas di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.[8]
 HondurasMembangkang secara diplomasiKerajaan mengeluarkan kenyataan mengutuk Hamas atas serangan itu, menyatakan solidariti dengan rakyat Israel dan membuat gesaan untuk gencatan senjata.[119]
 JamaicaMembangkang secara diplomasiPerdana Menteri Andrew Holness mengutuk serangan ke atas Israel dan menyampaikan simpatinya kepada rakyatnya.[99]
 MexicoMembangkang secara diplomasiKementerian Luar mengutuk serangan ke atas Israel, dan menyatakan bahawa Israel dan Palestin mempunyai hak untuk hidup bersama dengan aman.[120][121] Presiden Andrés Manuel López Obrador mengulangi perkara itu pada 9 Oktober, menyeru penyelesaian dua negara.[122]
 NicaraguaMenyokong secara diplomasiPresiden Daniel Ortega mengutuk konflik yang "buruk dan mengerikan" dan berkata bahawa negara itu sentiasa "berpadu dengan perjuangan Palestin."[123]
 PanamaMembangkang secara diplomasiPresiden Laurentino Cortizo "dengan tegas" mengutuk serangan itu dan menyatakan solidariti dengan rakyat Israel.[104]
 ParaguayMembangkang secara diplomasiSayap ketenteraan Hamas, Briged Izzuddin al-Qassam, disenaraikan sebagai pertubuhan pengganas. Presiden Santiago Peña mengutuk "tindakan tidak berperikemanusiaan ini (oleh Hamas) yang mengancam keamanan dunia", manakala Kementerian Luar mengutuk serangan oleh Hamas.[124]
 PeruMembangkang secara diplomasiKementerian Luar mengutuk sekeras-kerasnya serangan Hamas, dan menegaskan komitmennya terhadap proses damai antara Israel dan Palestin.[125]
 Saint Kitts dan NevisMembangkang secara diplomasiPada 2018, Saint Kitts dan Nevis mengundi untuk mengecam Hamas di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.[8]
 Saint Vincent dan Kepulauan GrenadineBerkecualiPerdana Menteri Ralph Gonsalves menggesa agar peredaan dan keamanan.[126]
 Amerika SyarikatMembangkang secara diplomasiPresiden Joe Biden mengeluarkan kenyataan mengutuk serangan itu dan mengatakan bahawa dia bersedia untuk menawarkan "semua cara sokongan yang sesuai kepada Kerajaan dan rakyat Israel".[127] Seorang Ahli Dewan Perwakilan, Rashida Tlaib yang berketurunan Palestin mengkritik sokongan AS terhadap Israel ketika tentera Israel membalas dengan pengeboman yang telah membunuh beribu-ribu rakyat Palestin di Gaza, dalam masa yang sama Rashida telah berulang kali mengutuk serangan Hamas. Dewan Perwakilan bagaimanapun meluluskan usul mengecam Rashida atas dakwaan "mempromosikan naratif palsu" [128]
 UruguayMembangkang secara diplomasiPresiden Luis Lacalle Pou berkata beliau mengutuk sekeras-kerasnya serangan Hamas dan menyeru agar "pemberhentian segera keganasan terhadap rakyat Israel".[129][130] Kementerian Luar mengeluarkan satu kenyataan di mana ia menyatakan bahawa kerajaan dan rakyat Uruguay "kesal dengan ketegasan terbesar tindakan pengganas yang dijalankan terhadap Israel dan penduduknya," dan menekankan penolakan mereka terhadap keganasan dan komitmen mereka terhadap keselamatan Israel.[131][132]
 VenezuelaMenyokong secara diplomasiPada 2018, Venezuela mengundi untuk menolak kecaman kepada Hamas di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.[8]
Negara anggota Pertubuhan Kerjasama Islam
 GuyanaMenyokong secara diplomasiPada 2023, Guyana mengundi untuk menolak kecaman kepada Hamas di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.[7]
 SurinameMembangkang secara diplomasiSuriname mengecam tindakan Hamas dan menggesa agar peredaan ketegangan.[133]

Hubungan dengan Eropah

Hubungan antara Hamas dan negara lain
NegaraKeadaanMaklumat lain
 AndorraMembangkang secara diplomasiPerdana Menteri Xavier Espot mengeluarkan kenyataan mengutuk "serangan pengganas yang dilakukan di pelbagai lokasi di Israel", menyatakan "solidariti dengan pihak berkuasa Israel dan penduduk awam", serta seruan untuk "menghentikan peningkatan keganasan dan menghormati undang-undang kemanusiaan antarabangsa dan mengerahkan semua usaha diplomatik untuk melindungi penduduk awam kedua-dua Israel dan Palestin"..[134]
 AustriaMembangkang secara diplomasiMenteri Luar Negeri Alexander Schallenberg mengumumkan penggantungan penghantaran 19 juta euro ($20 juta) bantuan ke kawasan Palestin pada 9 Oktober sebagai tindak balas kepada serangan Hamas dan berkata bahawa ia akan mengkaji semula projek sedia ada di Palestin. Dia juga berkata bahawa dia akan memanggil duta Iran untuk menangani "reaksi menjijikkan" Iran terhadap serangan itu.[135]
 BelarusMenyokong secara diplomasiKerajaan menggesa agar sekatan dan dialog oleh kedua-dua pihak.[136] Belarus mengundi untuk menolak kecaman kepada Hamas di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.[7]
 BelgiumMembangkang secara diplomasiMenteri Luar Hadja Lahbib berkata pada X bahawa negara itu mengutuk sekeras-kerasnya "serangan roket besar-besaran terhadap orang awam Israel" dan mengatakan bahawa "fikiran mereka adalah dengan semua yang terjejas."[137]
 Bosnia dan HerzegovinaMembangkang secara diplomasiPengerusi Majlis Menteri Borjana Krišto mengutuk serangan Hamas sebagai "tidak adil dan kejam" dan menyatakan sokongan kepada Israel. Menteri Luar Negeri Elmedin Konaković mengutuk Hamas juga, tetapi juga berkata bahawa "beliau tidak pernah menyembunyikan sokongannya kepada rakyat dan kerajaan Palestin untuk menjaga dan melindungi kawasan yang mereka diami, untuk memperjuangkan kedaulatan dan integriti wilayah mereka. tanah dan melindungi objek keagamaan mereka di kawasan itu yang sangat penting bagi orang beriman dari seluruh dunia".[138]
 BulgariaMembangkang secara diplomasiPerdana Menteri Nikolai Denkov menyatakan kebersamaan negaranya dengan rakyat Israel dan mengutuk serangan Hamas..[139]
 CroatiaMembangkang secara diplomasiPerdana Menteri Andrej Plenković mengutuk serangan yang merujuk kepada mereka sebagai "tindakan pengganas terhadap orang awam" dan menyatakan solidariti dengan Israel.[140] Menteri Luar Gordan Grlić-Radman turut mengutuk serangan itu dan menyatakan solidariti dengan Israel.[141] Berikutan serangan Israel ke atas Gaza, presiden Zoran Milanović secara terbuka menyatakan bahawa Israel telah kehilangan simpatinya kerana jenayah kemanusiaan dan "tindakan balas dendam".[142] Beliau berkata pada 18 Oktober bahawa rakyat Palestin berhak mempunyai sebuah negara, yang sepatutnya dihormati sejak dahulu lagi, dan kebanyakan kengerian dan pahit itu tidak akan berlaku.[143]
 Republik CzechMembangkang secara diplomasiPerdana Menteri Petr Fiala mengecam serangan itu, dengan menyatakan pemikirannya "bersama mangsa keganasan yang tidak bersalah" dan berharap "rakan-rakan kita di Israel dapat menangani keadaan secepat mungkin dan memenuhi cita-cita mereka untuk hidup dalam keamanan dan keselamatan."[144]
 DenmarkMembangkang secara diplomasiMenteri Luar Negeri Lars Løkke Rasmussen mengutuk sekeras-kerasnya serangan terhadap Israel, sambil menambah bahawa pemikirannya "bersama mangsa, keluarga mereka dan seluruh Israel".[145]
 EstoniaMembangkang secara diplomasiMarko Mihkelson, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Luar Riigikogu, mengutuk sekeras-kerasnya serangan terhadap Israel, berkata beliau "prihatin tentang pengembangan aktiviti pengganas di rantau ini". Beliau menjemput pertubuhan antarabangsa untuk "menghadapi percubaan rejim pengganas untuk mewujudkan ketidakstabilan dan huru-hara di seluruh rantau Timur Tengah."[146]
 FinlandMembangkang secara diplomasiMenteri Luar Elina Valtonen mengutuk sekeras-kerasnya "serangan roket pengganas yang menyasarkan Israel".[147]
 PerancisMembangkang secara diplomasiPerancis mengundi untuk mengecam Hamas di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.[7]
 JermanMembangkang secara diplomasiJerman mengundi untuk mengecam Hamas di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.[7]
 YunaniMembangkang secara diplomasiPerdana Menteri Kyriakos Mitsotakis mengutuk sekeras-kerasnya serangan pengganas terhadap Israel, yang menyebabkan jumlah korban yang tinggi dalam kalangan orang awam. Dia juga menyatakan sokongan penuhnya kepada rakyat Israel dan haknya untuk mempertahankan diri.[148]
 HungaryMembangkang secara diplomasiPerdana Menteri Viktor Orbán mengutuk sekeras-kerasnya serangan terhadap Israel, dan menyatakan bahawa beliau secara tidak berbelah bahagi menyokong hak Israel untuk mempertahankan diri. Beliau juga menyatakan "simpati dan takziah" kepada Perdana Menteri Benjamin Netanyahu, sambil menambah bahawa "fikiran dan doa kami bersama rakyat Israel dalam masa-masa gelap ini".[149]
 IcelandMembangkang secara diplomasiIceland mengundi untuk mengecam Hamas di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.[7]
 Republik IrelandMembangkang secara diplomasiIreland mengundi untuk mengecam Hamas di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.[7]
 ItaliMembangkang secara diplomasiMenteri Luar Negeri Antonio Tajani berkata kerajaan mengutuk sekeras-kerasnya serangan ke atas Israel; mengatakan bahawa "kehidupan rakyat, keselamatan wilayah dan penyambungan semula sebarang proses politik adalah berisiko." Beliau juga menggesa Hamas untuk "segera menghentikan keganasan biadab ini" dan mengatakan bahawa Itali menyokong "hak Israel untuk wujud dan mempertahankan dirinya".[150]
 KosovoMembangkang secara diplomasiPresiden Vjosa Osmani mengecam serangan Hamas, melabelkannya sebagai "serangan pengganas terhadap rakyat Israel yang tidak bersalah," dan menyatakan solidariti yang tidak berbelah bahagi dengan Negara Israel.[151][152] Begitu juga, Perdana Menteri Albin Kurti dengan tegas mengutuk "serangan pengganas terhadap Israel", sambil menambah bahawa Kosovo berdiri dalam solidariti dengan mereka yang terjejas.[153]
 LatviaMembangkang secara diplomasiPresiden Edgars Rinkēvičs menyatakan "sokongan tidak berbelah bagi negaranya terhadap hak sah Israel untuk mempertahankan diri daripada pengganas".[154]
 LiechtensteinMembangkang secara diplomasiPada 2018, Liechtenstein mengundi untuk mengecam Hamas di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.[8]
 LithuaniaMembangkang secara diplomasiPresiden Gitanas Nausėda berkata bahawa negara itu dengan tegas mengutuk serangan Hamas terhadap orang awam di Israel dan berkata negara itu menyokong penuh "Israel dalam masa-masa yang mengerikan ini", dan menyatakan "takziah kepada keluarga mangsa". Dia juga berkata bahawa "Israel mempunyai hak untuk mempertahankan dirinya."[155] Seimas sebulat suara menerima pakai resolusi yang mengutuk serangan Hamas.[156]
 LuxembourgMembangkang secara diplomasiMenteri Luar Jean Asselborn mengutuk serangan Hamas, dan menggariskan keperluan untuk komitmen antarabangsa yang diperbaharui untuk penyelesaian dua negara.[157]
 MaltaMembangkang secara diplomasiPada 2018, Malta mengundi untuk mengecam Hamas di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.[8]
 MoldovaMembangkang secara diplomasiPresiden Maia Sandu mengutuk sekeras-kerasnya "serangan Hamas terhadap orang awam Israel yang tidak bersalah".[158]
 MonacoMembangkang secara diplomasiPada 2018, Monaco mengundi untuk mengecam Hamas di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.[8]
 MontenegroMembangkang secara diplomasiPresiden Jakov Milatović mengutuk "serangan yang dilakukan oleh Hamas terhadap Israel" dan menyatakan "takziah untuk nyawa Israel yang terkorban dalam serangan ini".[159][160]
 BelandaMembangkang secara diplomasiBelanda mengundi untuk mengecam Hamas di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.[7]
 Macedonia UtaraMembangkang secara diplomasiPresiden Stevo Pendarovski mengutuk "serangan pengganas yang dilancarkan terhadap Israel dan pembunuhan orang awam yang tidak bersalah".[161]
 NorwayMembangkang secara diplomasiPerdana Menteri Jonas Gahr Støre mengutuk sekeras-kerasnya serangan terhadap orang awam Israel, dengan menyifatkan keadaan itu "belum pernah berlaku sebelum ini". Dia berkata bahawa "Israel mempunyai hak untuk mempertahankan diri daripada serangan tentera" dan bahawa "adalah penting bahawa keganasan tidak meningkat".[162]
 PolandMembangkang secara diplomasiMenteri Luar Zbigniew Rau mengutuk "dengan sekeras-kerasnya serangan berterusan oleh Hamas terhadap Israel".[163]
 PortugalMembangkang secara diplomasiPortugal mengundi untuk mengecam Hamas di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.[7]
 RomaniaMembangkang secara diplomasiPresiden Klaus Iohannis mengutuk sekeras-kerasnya serangan terhadap Israel, sambil menambah bahawa negara itu berdiri "dalam solidariti penuh dengan Israel pada saat-saat yang mengerikan ini."[164]
 RusiaMenyokong secara diplomasiRussia mengundi untuk menolak kecaman kepada Hamas di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.[7] Lihat Hubungan Rusia–Hamas.
 San MarinoMembangkang secara diplomasiSan Marino mengecam serangan Hamas ke atas Israel.[165]
 SerbiaMembangkang secara diplomasiPresiden Aleksandar Vučić menyatakan sokongannya kepada Israel dan mengutuk "serangan ngeri terhadap Israel." Dia menambah bahawa "rakyat Yahudi telah mengalami sejarah penderitaan dan Israel layak untuk hidup dengan aman dan selamat".[166]
 SlovakiaMembangkang secara diplomasiSlovakia mengundi untuk mengecam Hamas di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.[7]
 SloveniaMembangkang secara diplomasiSlovenia mengundi untuk mengecam Hamas di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.[7]
 SepanyolMembangkang secara diplomasiPerdana Menteri Pedro Sánchez mengutuk sekeras-kerasnya apa yang disebutnya sebagai keganasan dan menuntut pemberhentian serta-merta keganasan sewenang-wenangnya terhadap penduduk awam, dan juga mengesahkan komitmen tetap Sepanyol terhadap kestabilan serantau.[167][168]
 SwedenMembangkang secara diplomasiMenteri Luar Tobias Billström mengutuk serangan terhadap Israel, dan berkata kerajaan berdiri dalam solidariti dengan semua orang awam yang dicederakan oleh penyerang.[169]
  SwitzerlandMembangkang secara diplomasiKerajaan mengecam serangan itu dan meminta semua pihak berusaha ke arah penyelesaian yang aman. Ia juga "menggariskan bahawa de-eskalasi adalah keutamaan" dan "menyeru mereka yang bertanggungjawab melakukan segala yang mungkin untuk mewujudkan gencatan senjata dan mengelakkan peningkatan serantau."[170]
 UkraineMembangkang secara diplomasiKementerian Luar berkata Ukraine mengutuk sekeras-kerasnya "serangan pengganas" terhadap Israel, termasuk serangan roket terhadap penduduk awam di Baitulmaqdis dan Tel Aviv. Ia juga menyatakan "sokongannya kepada Israel dalam haknya untuk mempertahankan diri dan rakyatnya."[171][137] Presiden Volodymyr Zelenskyy mengulangi kenyataan ini dalam catatan di X, dengan menyatakan "Israel mempunyai hak penuh untuk mempertahankan dirinya daripada keganasan" dan bahawa "serangan pengganas hari ini ke atas Israel telah dirancang dengan baik, dan seluruh dunia tahu yang mana penaja keganasan boleh menyokong dan membolehkan organisasinya".
 United KingdomMembangkang secara diplomasiPerdana Menteri Rishi Sunak berkata beliau terkejut dengan serangan Hamas terhadap warga Israel. Dia menambah bahawa "Israel mempunyai hak mutlak untuk mempertahankan dirinya" dan berkata pegawai UK "berhubungan dengan pihak berkuasa Israel," dan menasihatkan warga Britain di Israel untuk "mengikut nasihat perjalanan."[172]
 Kota VatikanBerkecualiPope Francis menyeru perdamaian antara Israel dan Palestin.[173] Selepas doa Angelus pada 8 Oktober, beliau menyeru untuk menghentikan pertempuran, dan berkata bahawa "keganasan dan peperangan tidak membawa kepada sebarang penyelesaian, tetapi hanya kepada kematian dan penderitaan begitu ramai orang yang tidak bersalah," sambil menambah bahawa "perang adalah sentiasa kekalahan."[174] Beliau kemudiannya menggesa Hamas untuk membebaskan semua tebusannya, dan menyuarakan kebimbangan terhadap pengenaan Israel terhadap pengepungan total ke atas Gaza sambil mengatakan bahawa ia adalah "hak mereka yang diserang untuk mempertahankan diri", merujuk kepada tindak balas tentera Israel.[175]
Negara anggota Pertubuhan Kerjasama Islam
 AlbaniaMembangkang secara diplomasiPerdana Menteri Edi Rama dan Menteri Luar Igli Hasani menyatakan kecaman keras terhadap serangan itu dan menyatakan solidariti dengan mangsa, keluarga mereka dan seluruh Israel.[176][177]

Hubungan dengan Oceania

Hubungan antara Hamas dan negara lain
NegaraKeadaanMaklumat lain
 AustraliaMembangkang secara diplomasiMenteri Luar Penny Wong berkata bahawa "Australia dengan tegas mengutuk serangan terhadap Israel oleh Hamas termasuk tembakan roket sembarangan ke atas bandar dan orang awam."[178] Perdana Menteri Anthony Albanese juga mengutuk sekeras-kerasnya serangan itu.[179]
 FijiMembangkang secara diplomasiPerdana Menteri Sitiveni Rabuka mengutuk "serangan pengganas oleh Hamas yang menyasarkan bukan pejuang yang tidak bersalah" dan menegaskan semula sokongan Fiji terhadap hak Israel untuk "mempertahankan diri dan rakyatnya."[180]
 KiribatiMembangkang secara diplomasiPada 2018, Kiribati mengundi untuk mengecam Hamas di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.[8]
 Kepulauan MarshallMembangkang secara diplomasiPada 2018, Kepulauan Marshall mengundi untuk mengecam Hamas di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.[8]
 Persekutuan MikronesiaMembangkang secara diplomasiPada 2018, Negara Bersekutu Mikronesia mengundi untuk mengecam Hamas di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.[8]
 NauruMembangkang secara diplomasiKerajaan mengecam serangan dan "mengambil orang awam yang tidak bersalah sebagai tebusan," seterusnya menyeru masyarakat antarabangsa untuk "berdiri dalam solidariti dan berdoa dengan Negara Israel," sambil turut menyokong "hak Israel untuk mempertahankan diri."[181]
 New ZealandMembangkang secara diplomasiMenteri Luar Negeri Nanaia Mahuta melahirkan kebimbangan yang mendalam terhadap tercetusnya keganasan antara Israel dan Gaza. Dia menyeru agar keganasan dihentikan serta-merta, perlindungan semua orang awam, dan menegakkan undang-undang kemanusiaan antarabangsa.[182] Perdana Menteri Chris Hipkins kemudiannya menyatakan bahawa New Zealand dengan tegas mengutuk serangan keganasan Hamas, dengan menyatakan bahawa sasaran orang awam dan tebusan melanggar prinsip asas kemanusiaan antarabangsa. Hipkins juga menyatakan Israel mempunyai hak untuk mempertahankan diri.[183]
 PalauMembangkang secara diplomasiPresiden Surangel Whipps Jr. menulis kepada Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu di mana beliau mengutuk serangan oleh Hamas ke atas Israel, menyebutnya sebagai "tindakan keganasan," menambahkan lagi solidariti Palau dengan Israel.[184]
 Papua New GuineaMembangkang secara diplomasi tetapi menyeru kepada dialogPerdana Menteri James Marape mengutuk serangan di Israel. Beliau juga menyeru Hamas dan kumpulan militan lain untuk menyelesaikan perkara berkaitan Israel melalui dialog dan menyeru Israel untuk mempertimbangkan tindak balasnya terhadap serangan itu.[185]
 Kepulauan SolomonMembangkang secara diplomasiPada 2023, Kepulauan Solomon mengundi untuk mengecam Hamas di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.[7]
 TongaMembangkang secara diplomasiPada 2023, Tonga mengundi untuk mengecam Hamas di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.[7]
 TuvaluMembangkang secara diplomasiPada 2018, Tuvalu mengundi untuk mengecam Hamas di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.[8]

Hubungan dengan pertubuhan lain

Hubungan antara Hamas dan pertubuhan lain
PertubuhanKeadaanMaklumat lain
 HizbullahMenyokong HamasWalaupun Hizbullah dan Hamas tidak dikaitkan secara organisasi, Hizbullah menyediakan latihan ketenteraan serta sokongan kewangan dan moral kepada kumpulan Sunni Palestin.[186] Tambahan pula, Hizbullah adalah penyokong kuat Intifadah kedua.[187]
Gerakan HouthiMenyokong Hamas[188][189]
 Negara Islam di Iraq dan Levant (ISIS)Bermusuhan dengan HamasISIS mengisytiharkan perang terhadap Hamas dan dan telah menyeru ahli kumpulannya untuk melakukan pengeboman di lokasi Hamas.[190]
Jerumun SingaMenyokong HamasJerumun Singa telah aktif berperang bersama Hamas dalam perang Israel–Palestin 2023.[191]
Polisario FrontMenyokong HamasBarisan Polisario menyatakan sokongan kepada rakyat Palestin terhadap Israel dalam mencetuskan perang Israel-Palestin 2023.[192]
Angkatan Mobilisasi RakyatKononnya menyokong HamasAngkatan Mobilisasi Rakyat mendakwa menyediakan sokongan kepada Hamas.[193]
Jawatankuasa Penentangan Rakyat (PRC)Menyokong Hamas[194]
Pertubuhan dan parti politik di Palestin
DFLPMenyokong HamasDFLP telah secara aktif berperang bersama Hamas dalam perang Israel–Palestin 2023.[perlu rujukan]
FatahHubungan rumitPerdamaian sedang berlangsung.
Fail:Flag of the Islamic Jihad Movement in Palestine.svg Jihad Islam Palestin/Tanzim JihadMenyokong HamasTanzim Jihad telah secara aktif berperang bersama Hamas dalam perang Israel–Palestin 2023.[195]
Fail:PFLP Infobox Flag.svg PFLPMenyokong HamasPFLP telah secara aktif berperang bersama Hamas dalam perang Israel–Palestin 2023.[196]

Rujukan