Hristo Stoichkov

Hristo Stoichkov Stoichkov (Bahasa Bulgaria: Христо Стоичков Стоичков; lahir 8 Februari 1966) merupakan bekas pemain bola sepak Bulgaria. Beliau merupakan antara pemain terbaik bola sepak pada generasinya dan pemain bola sepak Bulgaria terhebat sepanjang zaman.[1][2] Ketika beliau di Barcelona, beliau sebahagian daripada "pasukan impian" Johan Cruyff yang meraih empat gelaran La Liga dan satu trofi Liga Juara-Juara Eropah.

Hristo Stoichkov
Maklumat peribadi
Nama penuhHristo Stoichkov Stoichkov
Tarikh lahir (1966-02-08) 8 Februari 1966 (umur 58)
Tempat lahirPlovdiv, Bulgaria
Ketinggian1.78 m (5 ka ​10 18 in)
Posisi permainanPenyerang
Kerjaya remaja
1976–1982Maritsa Plovdiv
Kerjaya Senior*
TahunPasukanKmcln(Gol)
1981–1982Zavod "Yuri Gagarin"16(3)
1982–1984Hebros32(14)
1984–1990CSKA Sofia119(81)
1990–1995Barcelona151(77)
1995–1996Parma23(5)
1996–1998Barcelona26(7)
1998CSKA Sofia4(1)
1998Al-Nassr2(1)
1998–1999Kashiwa Reysol28(13)
2000–2002Chicago Fire51(17)
2003D.C. United21(5)
Jumlah473(225)
Pasukan kebangsaan
1986–1999Bulgaria84(38)
Pasukan diurus
2004–2007Bulgaria
2007Celta Vigo
2009–2010Mamelodi Sundowns
2012–2013Litex Lovech
2013CSKA Sofia
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik

Stoichkov menjadi penjaring terbanyak kejohanan Piala Dunia 1994 dan berjaya membawa skuadnya ke tempat keempat kejohanan. Beliau kemudian menerima anugerah Kasut Emas Eropah, Ballon d'Or, Kasut Emas Piala Dunia dan juga Bola Gangsa Piala Dunia. Pada 1992 dan 1994, beliau menjadi naib juara anugerah Pemain Terbaik Dunia FIFA. Beliau kemudian termasuk dalam senarai FIFA 100 iaitu "125 Pemain Bola Sepak Terhebat" pada 2004 oleh Pele.[3]

Pasukan kebangsaan

Pasukan kebangsaan ‎‎Bulgaria‎‎‎
TahunKmnclnGol
198611
198730
1988113
198981
199040
199132
199252
199364
1994119
199577
199655
199741
1998101
199951
Jumlah8337

Rujukan

Pautan luar