Hound

jenis anjing

Hound (Sebutan bahasa Melayu: [hau̯n]) ialah sejenis anjing pemburu yang digunakan oleh pemburu untuk menjejak atau mengejar mangsa.[1][2]

Beagle ialah baka hound kecil.

Perihal

Hound dapat dibezakan dengan gundog yang membantu pemburu dengan mengenal pasti mangsa dan/atau mengembalikan buruan tertembak. Baka hound ialah anjing pemburu pertama. Ia sama ada mempunyai deria bau tajam, kelajuan tinggi, atau kedua-dua.[3] Terdapat tiga jenis hound, dengan beberapa jenis baka:

  • Anjing pemburu penglihatan mengikuti mangsa terutamanya dengan kelajuan, lalu mengekalkan mangsa dalam pandangan. Anjing ini pantas dan membantu pemburu dalam penangkapan buruan: rubah, kelinci, rusa, dan elk.[4]
  • Anjing pemburu bau mengikuti mangsa atau yang lain (seperti orang hilang) dengan menjejaki bau. Anjing ini mempunyai daya ketahanan, tetapi bukan pelari pantas.[5]
  • Selebih baka hound mengikuti mangsa dengan menggunakan kedua-dua penglihatan dan bau. Ia sukar dikelaskan, kerana bukan betul-betul anjing pemburu penglihatan mahupun betul-betul anjing pemburu bau.

Senarai baka hound

Lihat juga

Rujukan

Pautan luar

  • Kategori berkenaan Hound di Wikimedia Commons