Hospital Duchess of Kent

hospital di Malaysia
(Dilencongkan dari Hospital Sandakan)

Hospital Duchess of Kent (HDOK) ialah sebuah hospital kerajaan terletak sekitar 3.2 kilometer daripada pusat bandar Sandakan, Sabah, Malaysia. Hospital ini luasnya sekitar 42.93 ekar, dengan luas bangunan hospital terdiri daripada 2,245.3 persegi meter.[1] Nama ini dinamakan sempena puteri British Puteri Marina, Duchess Kent.[2]

Hospital Duchess of Kent
Bangunan Hospital Duchess of Kent.
Geografi
LokasiSandakan, Sabah, Malaysia
Koordinat5°51′31″N 118°6′12″E / 5.85861°N 118.10333°E / 5.85861; 118.10333 118°6′12″E / 5.85861°N 118.10333°E / 5.85861; 118.10333
Organisasi
Sistem penjagaanHospital kerajaan
PembiayaanKementerian Kesihatan
Perkhidmatan
Katil400[1]
Sejarah
Diasaskan1952[2]
Pautan
Laman sesawanghdok.moh.gov.my

Sejarah

Tapak Hospital Duchess of Kent kini merupakan bekas tapak bangunan kayu lama yang dibina oleh British pada tahun 1900. Ketika Perang Dunia II, bangunan lama itu hancur oleh serangan Tentera Jepun.[3] Selepas perang berakhir, sebuah bangunan moden kemudian dibina oleh British pada tahun 1951. Bangunan ini dirasmikan oleh YTM Duchess Kent Puteri Marina pada 20 Oktober 1952 dan dinamakan sempenanya,[2] sebelum habis disiapkan pada tahun 1953. Bermula dari tahun 1996, bangunan ini mengalami lebih banyak pengubahsuaian dengan penambahan lebih banyak blok bangunan, dengan satu bangunan pakar pada tahun 1999, bangunan penyimpanan pada tahun 2001, bangunan forensik pada tahun 2002 dan bangunan tambahan untuk wad hospital pada tahun 2007.[4]

Alamat

Hospital Duchess of Kent
KM 3.2 Jalan Utara
90000 Sandakan
Sabah
Malaysia

Lihat juga

Rujukan

Pautan luar


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.

🔥 Top keywords: Laman UtamaAzahari HusinThe Hardest Singing ShowYang di-Pertua Negeri Pulau PinangKhas:CariNuh & NaylaDedaun Hijau Di Angin LaluPuteri KhareezaScha ElinneaHari AsyuraAepul RozaJazmy JumaHarissa AdlynnPasukan bola sepak kebangsaan SepanyolSenarai peribahasa (A–M)Leez RosliKhas:Perubahan terkiniTony EusoffYang di-Pertua NegeriNabi Muhammad SAWMandi wajibPutera MuhammadInna lillahi wa inna ilaihi raji'unUEFA Euro 2024Rina NoseDan Mimpi Pun BerguguranBawah BlokPiala Eropah UEFAPertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17Zizi KiranaYang di-Pertuan AgongLamine YamalBubur AsyuraMalaysiaNuha BahrinBunga SaljuKeladi tikusAnwar IbrahimPlat pendaftaran kenderaan Malaysia