Histeria The Series

Histeria The Series ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2022 arahan James Lee dengan skrip oleh Lee, Baizura Kahar dan Sharmaine Othman. Dibintangi oleh Mia Sara Shauki, Sharifah Aryana, Amelia Christie dan Serra Kamal, ia mengisahkan tentang pelajar remaja di sebuah sekolah berasrama yang mula dihantui oleh kejadian misteri dan membawa mereka untuk menjejak kes pembunuhan yang berlaku 10 tahun lalu di sekolah mereka. Diadaptasi dari filem 2008 bertajuk sama juga arahan Lee, siri ini diterbitkan di bawah jenama Astro Originals dan memulakan tayangan perdana di Astro Citra bermula 6 Jun sehingga 25 Julai 2022.[1][2][3]

Histeria The Series
Genre
Berdasarkan daripada
Histeria oleh James Lee
Ditulis oleh
PengarahJames Lee
Dibintangi oleh
Lagu pembukaan"Histeria" oleh Nadia Hasnan
Lagu penutup"Histeria" oleh Nadia Hasnan
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod8
Penerbitan
Penerbit eksekutif
PenerbitSyahrul Imran Shariffuddin
SinematografiTan Teck Zee
Tempoh siaran40–45 minit
Syarikat penerbitan
Penyiaran
Saluran asalAstro Citra
Format gambar1080i (HDTV)
Format audioDolby Digital Plus
Siaran asal6 Jun 2022 – 25 Julai 2022
Kronologi
MengikutiKuasa
Diikuti olehMurder By Moonlight

Sinopsis

Mengisahkan tentang sekumpulan pelajar di sebuah sekolah asrama, Sekolah Sri Fatimah mulai dihantui oleh kejadian misteri dan membawa mereka untuk menjejak kes pembunuhan yang berlaku di sekolah mereka 10 tahun yang lalu. Sejak daripada penyiasatan mereka, satu per satu insiden dan perkara ngeri berlaku sehingga menyebabkan kejadian yang berlaku 10 tahun lalu bakal berulang.

Pelakon

Penerbitan

Histeria The Series ialah terbitan bersama Astro Shaw dan Infinitus Gold.[5][6]

Menurut James Lee, siri ini ada cabaran tersendiri berbanding versi filem yang mana tempoh masanya lebih pendek dan singkat. Katanya: "Cabaran utama adalah bagaimana untuk saya kembangkan jalan cerita siri ini. Saya perlu cipta karya yang relevan dengan waktu dan pada masa sama, perlu ada kesinambungan dengan cerita asal. Dalam proses itu, saya dan pasukan produksi membuat keputusan untuk membawa semula watak lakonan Liyana [Jasmay] sebagai Murni dan Nam Ron sebagai detektif,".[7]

Untuk menghidupkan watak Alia, Mia Sara Shauki menjayakan adegan merokok dalam siri ini. Beliau meminta pandangan bapanya yang juga pelakon, Afdlin Shauki sebelum melakonkan sebarang babak sensitif yang boleh mengundang kecaman ramai.[8]

Episod

No.TajukTarikh penyiaran asal
1"Mukadimah"6 Jun 2022 (2022-06-06)
2"Mati Hidup Kembali"13 Jun 2022 (2022-06-13)
3"Pulang"20 Jun 2022 (2022-06-20)
4"Pemangsa Mangsa"27 Jun 2022 (2022-06-27)
5"Skandal"4 Julai 2022 (2022-07-04)
6"Keraguan"11 Julai 2022 (2022-07-11)
7"Kebangkitan"18 Julai 2022 (2022-07-18)
8"Pengorbanan"25 Julai 2022 (2022-07-25)

Keluaran

Sebelum tayangan perdana rasmi di Astro Citra, Astro Shaw telah mengadakan sesi tayangan eksklusif Histeria The Series bersama pelajar jurusan Komunikasi Media di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 26 Mei 2022.[9]

Siaran

Histeria The Series memulakan tayangan perdana di Astro Citra pada 6 Jun 2022 menggantikan Kuasa.[10][11][12]

Rujukan

Pautan luar